Tuesday, June 23, 2009

Ahbash Gerakan sesat di Lubnan -Majalah al-Islam Julai 2009

Beirut: Satu gerakan dakwah yang menggunakan nama Islam iaitu kumpulan Ahbash telah diisytiharkan sesat oleh Dr Said Ramadhan Al-Butti dan Dr Wahbah Zuhaili. Ahbash bersempena dengan nama pengasasnya mempunyai pusat pengajiannya di Lubnan. Gerakan ini banyak mengkafirkan tokoh-tokoh Islam seperti Syed Qutb, tokoh-tokoh salaf dan ulamak-ulamak yang masih hidup. Gerakan mereka juga dicurigai kerana sikap melampau dalam menghukum, serta sering mengkafirkan para ulamak. Dikatakan gerakan ini sedang meluaskan pengaruhnya sehingga ke Asia Tenggara.
 

© Free blogger template 3 columns