Sunday, April 27, 2008

Fatwa Syirik

Al-Harari dalam fatwanya menyatakan boleh seseorang itu menggunakan harta atau duit yang dicuri untuk membeli barang-barang dan barang tersebut akan menjadi halal. al-Harari juga menfatwakan bolehnya mengambil riba dan berjudi. dia juga terkenal menggunakan helah di dalam agama dengan menukarkan sesuatu yang haram menjadi halal.

Pengikut-pengikut al-harari beri'tiqad bahawa si al-Harari boleh terbang dan kahak yang keluar dari mulut al-Harari itu berbau harum. dan al-Harari ini boleh bercakap dengan Nabi s.a.w.

Friday, April 18, 2008

Fatwa Syirik- Rakaman suara kesesatan fatwa Abdullah al-Harari



Ditanya kepada Abdullah al-Harari tentang hukum orang yang memohon pertolongan kepada mayat di dalam kuburdan menyeru mereka di dalam kubur seperti dia berkata Wahai Syed Badawi (orang dah mati) tolonglah aku

Al-Harari menjawab:

Ya Semua itu dibolehkan. Dibolehkan bagi seorang berkata: Tolonglah aku wahai Badawi, bantulah aku wahai Badawi.

Ditanya kepada Abdullah al-Harari: Roh-roh berada di alam barzakh bagaimana nak memohon pertolongan daripada mereka sedangkan mereka itu jauh?

Al-Harari menjawab: Allah Ta’ala memuliakan mereka dengan memperdengarkan mereka suara dari jauh sedang mereka berada di dalam kubur, maka mereka berdoa kepada yang memohon dan menyelamatkannya. Kadang-kadang mereka keluar dari kubur-kubur mereka dan menunaikan segala hajat orang yang memohon pertolongan daripada mereka kembali kembali semula ke kubur-kubur mereka…


Tidakkah mereka membaca firman-firman Allah Ta’ala di dalam al-Quran supaya memohon doa pertolongan hanya kepada Allah???

Memohon kepada makhluk yang dah mati di dalam kubur merupakan kesesatan yang nyata dan syirik kepada Allah Ta’ala. Mayat itu sendiri tidak boleh memberi manfaat untuk dirinya sendiri dan tidak mampu menolak mudarat dari terkena kepada diri mereka sendiri bagaimana mungkin boleh member dan menunaikan hajat orang yang hidup….

Aqal yang sihat pun tidak boleh menerimanya kecuali mereka yang mempunyai aqal fikiran yang sempit dan bebal…


Ahbash lah yang sebenarnya musyabbihah, menyamakan Allah dengan makhluk, kerana hanya yang boleh memberi manfaat dan mendatangkan mudarat itu adalah Allah, jika sekiranya anda menyatakan makhluk juga boleh menunaikan hajat makhluk yang lain anda TELAH MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK…wal ‘iyazubillah

 

© Free blogger template 3 columns