Tuesday, January 29, 2008

Soalan dari Switzerland dan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah (Lembaga Fatwa Mesir) Tentang Ahbash


Kami para pelajar di Switzerland - dengan kurniaan dari Allah - kami memelihara solat dan menunaikannya secara berjamaah di dua buah dewan yang diberi oleh pihak Universiti untuk kegunaan penganut agama yang berbagai, termasuk pelajar muslimin, alhamdulillah.

Memandangkan kelas-kelas pengajian berjalan pada hari Jumaat, maka kami semenjak beberapa tahun telah mendirikan solat jumaat di sana dan beberapa orang dari kalangan kami akan bergilir-gilir menyampaikan khutbah dan menjadi Imam. Semenjak hampir satu tahun setengah yang lalu, kami bertemu secara mingguan untuk belajar tajwid dan memahami ayat-ayat dalam surah al-Baqarah, belajar fikeh dan sirah. Dengan pertemuan ini - dengan kurnian dari Allah - memberi kesempatan kepada kami untuk saling berkenalan dan tolong menolong dalam urusan harian, pelajaran dan saling nasihat menasihati.

Kami mendapat tahu ada dikalangan kami orang yang meraguikan Pusat Islam di bandar Lausanne dari kalangan pengikut syeikh Habashi yang namanya Muhammad bin Abdillah al-Harari yang menetap di Lubnan dan pengikutnya dinamakan sebagai al-Ahbash. Kami memdapat maklumat dan membaca tentang pandangan dan pemikiran mereka, kami dapati mereka memeliki penyelewengan-penyelewengan yang bertentangan dengan apa yang telah kami pelajari tentang agama kami yang hanif.

Sehinggalah sekarang ini hanya beberapa meter dari kami, mereka lakukan solat Jumaat bersaingan dengan solat yang kami lakukan semenjak lebih 9 tahun yang lalu. Mereka juga tidak solat bersama kami, kami mendapat tahu juga dari sumber yang boleh dipercayai, mereka di tanah haram Mekah di musim haji memboikot solat jamaah (di masjid al-Haram) dan mereka tidak menunaikan solat melainkan di belakang imam dari kalangan mereka sahaja.

Mereka telah menarik ramai penduduk Lausanne dari kalangan para pelajar dan selainnya. Apabila mereka memperkenalkan orang kepada Islam mereka perkenalkan kepada kumpulan dan pusat (markaz) mereka, bahkan mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hubungan dan rangkaian dengan Universiti al-Azhar. Apabila kami membaca statement Reaktor Universiti al-Azhar yang lalu Dr. 'Umar Hasyim yang menafikan adanya sebarang hubungan dengan golongan Ahbas dan beliau juga memberi peringatan akan merbahayanya pemikiran-pemikiran mereka, golongan Ahbash menafikannya dan mendakwa statement itu palsu. Mereka sentiasa mempnyai hubungan dengan pihak berkuasa Switzerland, mereka menghimpunkan orang ramai dan bersikap angkuh sambil mendakwa Universiti al-Azhar memberi sokongan dan bantuan kepada kerja-kerja mereka.

Berdasarkan ini, kami memohon daripada pihak tuan (Dar al-Ifta' al-Misriyah) memberi fatwa kepada kami tentang jemaah ini (Ahbash):

Apakah dicadangkan untuk mengikut kumpulan ini dan membaca kitab-kitab syeikh mereka atau sepatutnya memboikot jamaah ini dan menasihati ahli-ahlinya untuk keluar darinya.
Sesungguhnya kami benar-benar memerlukan penjelasan dalam perkara ini, sehingga kami memberanikan diri untuk menulis soalan ini kepada pihak anda disebabkan berita yang kami dengar tentang kemuliaan akhlak anda kelimpahan maklumat yang ada dipihak anda. Kami harap dapat menerima jawapan dari pihak tuan dalam masa terdekat dan kami mengalu-alukan keluarnya satu kenyataan rasmi tentang mereka (Ahbash), dan disiarkan di lamanweb rasmi Dar al-Ifta' atau lamanweb rasmi Universiti al-Azhar di internet, agar golongan Ahbash tidak lagi berani mendakwa sesiapa yang menemui pendustaan mereka.

Bersama risalah ini kami sertakan sama naskah statement Fadhilah Dr. 'Umar Hasyim dan naskah statement dengan bahasa Perancis yang dikeluarkan oleh Markaz (pusat) Ahbash di Lausanne di Switzerland pada bulan yang ke-6 tahun lepas, yang mana mereka mendakwa di dalamnya mereka ada hubungan dengan Universiti al-Azhar.

Potongan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah yang berkaitan dengan Ahbash
Jika yang dinamakan dengan Jemaah Ahbash melakukan seperti apa yang dinisbahkan kepada mereka di dalam soalan, maka mereka adalah satu jemaah yang Sesat yang telah melakukan perkara yang dilarang didalam Syara'. Wajib menjauhi mereka dan tidak mengadakan sebarang ikatan dengan mereka.

Tidak ada juga sebarang hubungan antara Jemaah ini (Ahbash) dengan al-Azhar al-Syarif, dan tidak pernah keluar dari kami sebarang urusan dengan kumpulan Ahbash ini. Tidak ada dari pihak Universiti al-Azhar al-Syarif, tidak ada juga dari pihak Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah, tidak ada juga dari pihak Dar al-Ifta' al-Misriyyah, tidak ada juga dari pihak Kementerian Wakaf Mesir.

Penipuan ke atas institusi-institusi seumpama ini, untuk memberi gambaran yang meragukan, adalah perkara yang merobek (mencacatkan) maruah diri yang sepatutnya dijauhi oleh seorang Muslim terutamanya penuntut ilmu. wallahu swt a'lam.

No comments: