Monday, January 21, 2008

Lagi Badan fatwa Menyesatkan kumpulan Ahbash: Majlis Fuqaha al-Syariah Amerika

Majlis Fuqaha' al-Syariah Amerika telah menerima satu permintaan fatwa tentang kumpulan Ahbash berikutan timbulnya fitnah disebahagian bandar di Amerika. Sebagai jawapan kepada permintaan tersebut, dan selepas melakukan penyelidikan, maka kesimpulannya seperti berikut:

- Kumpulan Ahbash dinisbahkan kepada Abdullah al-Harari al-Habashi berasal dari bandar Harara di Habashah. Dia dilahirkan disana dari kabilah Tanhadar dari asal-usul Arab. Di Habashah, sebelum dia meninggalkannya, dia telah menimbulkan fitnah dimana mengadakan pakatan bersama rejim pemerintah pada 1940 M melawan persatuan-persatuan islam tahfiz al-Quran yang membawa kepada terpenjaranya mudir mereka selama 23 tahun. Kemudian Abdullah al-Harari berhijrah ke Lubnan dan dia terus menetap di sana dan mempunyai beberapa pengikut.

- Mereka yang dikenali sebagai Ahbash terkenal dengan penyimpangan-penyimpangan dalam perkara-perkara akidah dan keganjilan-keganjilan dalam perkara fiqh, sama juga kemelampauan mereka dan permusuhan mereka terhadap umat Islam dan para ulama samaada yang masih hidup mahupun yang telah mati.

- Antara akidah-akidah mereka yang rosak itu:

1. Mengharuskan meminta tolong, memohon perlindungan dan berdoa kepada orang-orang yang telah mati (Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Bughyah al-Tolib li ma'rifah al-'Ilm al-Dini al-Wajib, m.s. 8)

2. Pendapat mereka yang mengatakan al-Quran itu bukan Kalam Allah. (Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Izhar al-'Aqidah al-Sunniyyah, m.s. 58)

3. Mereka mencela sebahagian para sahabat Nabi saw. ((Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Sorih al-Bayan, m.s. 86-116)

- Antara keganjilan-keganjilan mereka dalam persoalan Fiqh:

1.Perkataan mereka yang mengharuskan perjudian dengan orang-orang kafir untuk merampas harta mereka. (Lihat Bughyah al-Tolib, m.s. 224)

2. Perkataan mereka yang mengharuskan melihat badan wanita ajnabi (bukan mahram), dan mengharuskannya walaupun melihat dengan syahwat jika dilihat dari kaca television atau cermin. (Ibid, 288-351)

3. Di Amerika mereka solat menghadap qiblat yang lain (Bukan ke arah Kaabah).


-Antara kemelampauan mereka terhadap umat Islam dan para ulama ialah mengkafirkan dan menfasikkan ramai para ulama dan para pendakwah seperti Ibn Taimiyyah, al-Zahabi, Nasiruddin al-Albani, Abi al-A'la al-Maududi, Syed Qutb, al-Qaradhawi, Faisal al-Maulawi dan ramai yang lain lagi.

- Banyak fatwa dan jawapan telah dikeluarkan dari badan-badan ilmu dan ulama yang telah menyesatkan mereka dan menjelaskan penyelewegan manhaj mereka, antaranya badan-badan tersebut:

1. Tulisan tentang keadaan mereka daripada Dr. Ahmad 'Umar Hasyim, Reaktor Universiti al-Azhar kepada Mudir Rabitah al-'Alam al-Islami bertarikh 24/8/2001.

2. Fatwa dari Lujnah al-Daimah Saudiah bilangan 19606

3. Jawapan kepada kumpulan mereka dari Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Fatawa al-Muasarah (3/685) dengan tajuk "Jidal bila 'Ilmin wa Tatowul bila Adab".

- Kami - Majlis Fuqaha' Syariah Amerika - menasihati umat Islam supaya menjauhi kumpulan ini (Ahbash). Kami berdoakan kepada Allah untuk mereka dan untuk semua yang telah terpesong dari jalan kebenaran dari kalangan ahli kiblah agar Allah mengembalikan mereka kepada Ahli al-Sunnah wal Jamaah dengan cara yang baik. Walhmdulillahi rabb al-'Alamin.
-------------------------------
Teks Asal sila klik laman Majlis Fuqaha al-Syariah Amerika:
http://www.amjaonline.com/arabic/headline.asp?Headid=119

1 comment:

rumah dijual murah pamulang said...

Semua yang di katakan kepada Syekh itu tidak benar, coba silahkan anda2 yang mengatakan sesat kita berdialog. yang sesat itu golongan wahabi.