Wednesday, February 20, 2008

Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (4)

Sambungan dari (3)
Golongan Ahbash ini bersikap angkuh, mereka meminta aku berdebat dengan mereka, dan mereka mendesak dengan permintaan ini. Akan tetapi aku balingkan permintaan mereka ini ke dinding, dan bukanlah setiap permintaan itu ada nilainya - walau tanpa dengan kebenaran - aku menjawab: Aku tidak akan memperkenankan untuk berdebat secara lisan yang mereka inginkan itu kerana beberapa sebab:

1. Mereka hendak popular di siaran-siaran television atas namaku dan aku sama sekali tidak akan memberi peluang kepada mereka. bahkan aku katakan kepada mereka: "matilah kamu dengan kemarahanmu itu."

2. Mereka akan berkata kepada orang-orang yang sangsikan mereka: "Lihatlah kami telah berdebat dengan al-Qaradhawi."

3. Kebanyakan perkara yang mereka hendak berdebat dengan ku itu adalah perkara yang berkaitan persoalan-persoalan di dalam buku-buku ku. Perkara ini tidak perlu kepada perdebatan, bahkan memadai dijawab penulisan buku dengan buku yang seumpamanya jika mereka mampu.

4. Perdebatan sepatutnya terjadi diantara yang setanding, sedangkan mereka (golongan Ahbash) bukanlah setanding dengan-ku, tidak dari sudut usia, tidak juga dari sudut hasil ilmu. Barangkali aku akan menerima berdebat dengan mereka kalau aku melihat adanya faedah. Aku juga boleh memanggil mereka berdebat jika aku mahu dengan murid ku yang paling kecil, dan murid ku itu mampu - dengan bantuan daripada ALlah - untuk mematahkan hujah mereka dengan sekali pukulan sahaja.

5. Aku telah cuba dengan cara perdebatan, akan tetapi aku tidak mendapatinya bermanfaat, aku telah cuba dengan golongan sekularis, dan kami memenangi ke atas mereka alhamdulillah, akan tetapi mereka (golongan sekularis) tidak berganjak juga dengan pendirian mereka.

6. Aku akan berdebat dengan mereka (golongan Ahbash) dengan cara lain, iaitu dengan pena bukan dengan lisan, kerana itu aku menulis lembaran-lembaran ini, aku akan bongkarkan kejahilan murakkab mereka dan aku akan jelaskan pembohongan mereka. Aku hanya mengatakan seperti perkataan Nabi Syuaib: "Aku tidak bermaksud melainkan untuk pembaikan selama aku masih mampu, dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah, hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadanya aku kembali."

1 comment:

krulayar said...

'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti