Wednesday, February 20, 2008

Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (4)

Sambungan dari (3)
Golongan Ahbash ini bersikap angkuh, mereka meminta aku berdebat dengan mereka, dan mereka mendesak dengan permintaan ini. Akan tetapi aku balingkan permintaan mereka ini ke dinding, dan bukanlah setiap permintaan itu ada nilainya - walau tanpa dengan kebenaran - aku menjawab: Aku tidak akan memperkenankan untuk berdebat secara lisan yang mereka inginkan itu kerana beberapa sebab:

1. Mereka hendak popular di siaran-siaran television atas namaku dan aku sama sekali tidak akan memberi peluang kepada mereka. bahkan aku katakan kepada mereka: "matilah kamu dengan kemarahanmu itu."

2. Mereka akan berkata kepada orang-orang yang sangsikan mereka: "Lihatlah kami telah berdebat dengan al-Qaradhawi."

3. Kebanyakan perkara yang mereka hendak berdebat dengan ku itu adalah perkara yang berkaitan persoalan-persoalan di dalam buku-buku ku. Perkara ini tidak perlu kepada perdebatan, bahkan memadai dijawab penulisan buku dengan buku yang seumpamanya jika mereka mampu.

4. Perdebatan sepatutnya terjadi diantara yang setanding, sedangkan mereka (golongan Ahbash) bukanlah setanding dengan-ku, tidak dari sudut usia, tidak juga dari sudut hasil ilmu. Barangkali aku akan menerima berdebat dengan mereka kalau aku melihat adanya faedah. Aku juga boleh memanggil mereka berdebat jika aku mahu dengan murid ku yang paling kecil, dan murid ku itu mampu - dengan bantuan daripada ALlah - untuk mematahkan hujah mereka dengan sekali pukulan sahaja.

5. Aku telah cuba dengan cara perdebatan, akan tetapi aku tidak mendapatinya bermanfaat, aku telah cuba dengan golongan sekularis, dan kami memenangi ke atas mereka alhamdulillah, akan tetapi mereka (golongan sekularis) tidak berganjak juga dengan pendirian mereka.

6. Aku akan berdebat dengan mereka (golongan Ahbash) dengan cara lain, iaitu dengan pena bukan dengan lisan, kerana itu aku menulis lembaran-lembaran ini, aku akan bongkarkan kejahilan murakkab mereka dan aku akan jelaskan pembohongan mereka. Aku hanya mengatakan seperti perkataan Nabi Syuaib: "Aku tidak bermaksud melainkan untuk pembaikan selama aku masih mampu, dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah, hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadanya aku kembali."

Tuesday, February 19, 2008

Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (3)

Sambungan dari (2)

Sebahagian saudara-saudaraku dari kalangan ahli ilmu telah membaca surat yang mereka (Ahbash) hantarkan kepada al-Jazirah untuk memohon diadakan perdebatan tersebut, lalu mereka ceritakan setiap perkara (isi kandungan surat tersebut) termasuk penghinaan mereka, termasuk tuduhan mereka (Ahbash) yang mengatakan bahawasanya aku (al-Qaradhawi) telah terkeluar dari agama yang hanif ini, aku berlindung dengan Allah (dari tuduhan tersebut). Lalu saudara-saudaraku mengharapkan aku menjawab tuduhan-tuduhan tersebut yang mereka himpunkan di dalam surat tersebut yang berupa perkara-perkara utama kepada tuduhan dan kecaman mereka. Disebabkan harapan daripada saudara-saudara ku, aku menerima untuk menulis jawapan ini untuk mengendurkan kesamaran, menyatakan kebenaran dan melenyapkan kebatilan walaupun orang-orang yang berdosa tidak menyukainya.

Yang mengejutkan, mereka ini (Ahbash) menyibukkan diri mereka untuk mengganggu rancangan-rancangan ku di television dengan kecaman-kecaman dan pembohongan-pembohongan, sepertimana yang berlaku dalam program al-Syari'ah wa al-Hayah di siaran al-Jazirah dan program Syu'bu al-Imam di siaran satelit Qatar. Aku menghadapi adab buruk mereka dengan kelembutan, tidak mahu menjawab dan berpaling dari mereka seperti yang di firmankan oleh Allah swt: "(dan (orang-orang beriman itu) apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpalig daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amalan-amalan kami dan bagimu amalan-amalanmu, kesejahteraan ke atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil." (al-Qasas: 55)

Akan tetapi perbuatan mereka itu melampau dan berterusan, mereka bertambah agresif dan mereka menyangkakann kelembutan itu berupakan kelemahan, dan demi Allah ianya bukanlah kelemahan, akan tetapi aku tidak mahu menyempitkan/mensia-siakan waktu dan tumpuanku untuk menyemarakkan api perselisihan diantara umat Islam. Sedang mereka (Ahbash) paling fakir dari mahukan kesatuan dan keharmonian. Akan tetapi disebabkan mereka melampaui batas dan berterusan dan menyerang dengan cara yang batil, ia membuatkan aku menjawab tuduhan-tuduhan mereka , sedang perkara ini seperti aku nyatakan ianya tidak aku sukai, akan tetapi sepertimana firman Allah: "Telah difardhukan ke atas kamu semua peperangan sedangkan ianya tidak disukai olehmu, barangkali kamu tidak mengukai sesuatu sedangkan ianya baik untukmu dan barangkali kamu sukakan sesuatu sedangkan ianya tidak baik untukmu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini Wahhabi dan taasub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu, dalam masa yang sama ikhwah al-Wahabiyyun atau al-Salafiyyun mengedarkan beberapa edaran yang menyerangku di Jeddah, Riyadh dan lain-lain bandar di Saudi. Aku bukanlah hamba kepada seseorang melainkan kepada Allah semata-mata, aku tidak mengambil melainkan daripada al-Kitab dan al-Sunnah, dan aku sayangkan semua ulama yang mendalam ilmunya, akan tetapi aku tidak mensucikan mereka dan tidak mendakwa mereka memiliki ismah atau bersifat maksum.

Monday, February 18, 2008

Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (2)

Sambungan dari (1)

Aku ingin memohon maaf dari saudara-saudara kita ahli Habashah yang lain dan kepada penghulu ahli Habashah Sayyidina Bilal r.a. Mereka (golongan Ahbash) telah merosakkan nama Habashah dan al-Ahbash yang sebenarnya. Mereka (golongan Ahbash) bukanlah dari ahli Habashah yang baik sedikitpun, mereka ahli Habashah berlepas diri dari kesalahan-kesalahan golongan Ahbash - yang telah membawa nama mereka secara salah - seperti berlepas dirinya serigala (dalam kisah saudara-saudara Nabi Yusuf) dari darah anak Nabi Ya'kub. Mereka (golongan Ahbash) sejauh-jauh manusia dari adab dan akhlak Bilal r.a.

Sesungguhnya, pada awalnya aku tawaqquf dari menyebut tentang mereka, dan aku tidak membenarkan setiap perkara yang aku dengar tentang mereka, aku juga menahan lidah dan pena-ku dari menyebut tentang mereka, aku tidak menyentuh mereka walau dalam satu kalimat. Sehinggalah jelas kepadaku kebenaran dan (seperti) jelasnya subuh bagi orang yang memiliki dua mata, dan tuduhan-tuduhan terhadap mereka diketahui dimerata tempat, maka tidak wajar aku senyap. lalu aku sentuh tentang mereka dalam beberapa kitabku yang kemudian dengan cara yang lembut dan aku kritik mereka dengan kritikan yang ringan. Aku juga menjawab dalam beberapa seminar kepada orang yang bertanya tentang sebahagian pendapat-pendapat mereka yang ganjil seperti pendapat mereka dalam keharusan merokok secara mutlak, keharusan bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan dan selainnya, sebagai menjelaskan kesalahan mereka dalam ijtihad-ijtihad mereka seperti ini, tanpa aku melontarkan tuduhan kafir dan fasiq kepada mereka, kerana cara itu bukanlah jalanku.

Akan tetapi, kritikan yang lembut dan ringan ini, seperti membunuh bagi mereka, menghentam dan menggilakan mereka, mereka datang kesemuanya dan mereka kerahkan pasukan-pasukan berkuda dan berjalan kaki (kiasan mereka kerahkan semua kekuatan mereka) yang berada dalam kelalaian, mereka hendak mengganggu program al-Syari'ah wa al-Hayah di siaran al-Jazirah di Qatar. Mereka juga menghalakan anak-anak panah mereka dari setiap arah. Apabila mereka tidak berjaya, mereka menghantar surat kepada Pengarah al-Jazirah, meminta diadakan perdebatan dengan aku (al-Qaradhawi). Kalaulah aku menerima cara ini, sudah tentu aku akan izinkan sebahagian anak murid kepada anak muridku untuk berdebat dengan mereka. Akan tetapi mereka (golongan Ahbash) terlaku kecil dan terlaku rendah untuk berdebat dengan mereka, mereka tidak memiliki nilai ilmu untuk mengizinkan mereka memasuki nilai perdebatan, walaupun untuk berdebat dengan murid yang paling rendah.

Friday, February 15, 2008

Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (1)

Semenjak beberapa tahun yang lalu aku (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lubnan, ia menimbulkan masaalah kepada umat Islam di Lubnan dengan pandapat-pendapat yang pelik dan menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fiqh dan akhlak. Sehingga mereka menggugurkan kewajipan zakat bagi individu yang memiliki sampinan wang yang banyak dari matawang kertas yang digunakan pada hari ini, mereka juga mengharuskan wang tersebut berurusan dengan riba, mereka mendakwa matawang kertas bukanlah matawang yang syar'ie yakni bukan Emas dan Perak. Mereka mengharuskan orang yang memakan bawang atau meletakkannya di dalam poket tidak menunaikan solat Jumaat, dan mereka mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas.

Dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dari kalangan umat Islam hari ini atau yang dahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti Mujaddid Tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sepertimana mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya. Aku (al-Qaradhawi) telah menyebut di dalam buku-ku (al-Sofwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud wa al-Tatorruf) bahawa terjatuh ke dalam lubang menghukum kafir adalah tanda-tanda yang paling serius terhadap pemikiran ekstrim dan melampau dalam beragama.

Golongan Ahbash yang pelampau dan penyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abi al-Hasan al-'Asy'ariy di dalam aqidah, dan mazhab al-Imam al-Syefie di dalam Fiqh, dan mengikut tarikat al-Rifa'iyyah di dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka mereka amat jauh dari manhaj para imam ini kesemuanya samaada dalam pemikiran, adab dan akhlak.

Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lubnan, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah mereka dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belakkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686)

Monday, February 11, 2008

Forum dari laman Tranungkite.net tentang Ahbash

Masej dari konklusi dalam forum tranungkite.net


Assalamu'alaikum . Saya ada sedikit maklumat tentang ahbash. Sewaktu saya belajar di Syria dulu, saya dan kawan-kawan pernah berdialog dengan pelajar malaysia yang belajar dgn golongan ahbash.

Memang benar,mereka mengkafirkan Syed Qutb, juga Dr yusof Al-Qardhawi, Dr Said Ramadhan Al-Buti dll yang saya tak ingat. Memang tidak asing lagi bagi saya dan kawan-kawan yg belajar di Syria pada waktu itu (2002-2004), sekolah mereka di Lubnan punyai silibers khas semata-mata rad@menolak pendapat ulama'2 seperti di atas dan lain-lain.

Dalam diolog tersebut, saya bertanya pada pelajar tersebut (pengikut ahbash) ketika dia menyebut ulama'2 zaman sekarang banyak mengeluarkan fatwa mengikut hawa nafsu dan tidak berkelayakan, siapakah ulama' yg mujtahid? jawabnya syeikh Abdullah Alharari ( Syeikh beliau ), lalu saya bertanya lagi, bagaimana dgn Dr Yusuf Qardawi ? lalu dia kata beliau tidak mujtahid.

saya pun benar2 terkejut dgn kenyataan beliau, Dr Yusof Qardhawi yg seluruh dunia mengktiraf kemujtahidannya tetapi beliau menafikannya. Lalu saya membuat keputusan untuk berhati2&menjauhi golongan ini.

Bagi rakan-rakan forumer yang betul-betul inginkan penjelasan yang lebih lanjut, boleh bertanyakan mana-mana kenalan, kawan-kawan yg belajar di Syria @ jika ada duit lebih bolehlah ke Syria dan minta bantuan pelajar di sana untuk melihat sendiri sekolah mereka di Lubnan dan berdialog dgn mereka@tanya sendiri Dr Said Ramadhan al-buti. buku2 mereka(ahbash) boleh didapati dengan percuma jika melawati mereka, juga dapat bersiar2 sekitar lubnan mengikut pemandu mereka secara percuma. Sekian, wallua'lam

Wacana Ilmu: Bahayanya Ahbasy Kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Oleh: Ust Mohd Arif

Tarikh: 13 Februari 20088 Feb 2008, 8:15pm, Rabu, 13 Februari 2008

Tempat: Pertubuhan Kebajikan al-Nida'

17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail,60000 Kuala Lumpur.

Tektik Kotor Ahbash Terbongkar: Ahbash memalsukan surat penyaksian dari al-Azhar ke atas Syeikh Dimasyqiyyah

Tektik Kotor Ahbash Terbongkar: Ahbash memalsukan surat penyaksian dari al-Azhar ke atas Syeikh Dimasyqiyyah yang sering membongkar kesesatan mereka.

Di bawah ini adalah penjelasan dan bukti oleh al-Syeikh Abdul Rahman bin Sa'ied Dimasyqiyyah, bagaimana surat penyaksiat dari al-Azhar telah diubah dan dipalsukan oleh Ahbash yang marah dengan usaha beliau membongkar kesesatan mereka.



Antara isi penting ucapan Syeikh Dimashqiyyah:

- Ahbash memalsukan surat penyaksian dari al-Azhar yang kononnya beliau ada masaalah yang bersangkutan Akhlak ketika belajar di Azhar Lubnan di kuliah al-Syari'ah al-Islamiyyah. Perbuatan mereka memalsukan surat dari al-Azhar ini termasuk dalam perbuatan dosa besar, namun pemalsuan terhadap beliau ini masih kecil jika dibandingkan dengan dosa perbuatan syirik yang menjadi akidah mereka yang mereka sebar dan pertahankannya termasuk meminta pertolongan, memohon diperkenankan hajat dari orang-orang yang telah mati, mengambil berkat dari sebahagian batu dan pokok bahkan mereka juga mengambil berkat dari kahak yang diludah oleh syeikh mereka. Sedangkan Allah berfirman:

"Dan telah berfirman tuhan kamu, berdoalah kepada-Ku, pasti Aku akan memperkenankannya untuk kamu semua." Sabda Nabi saw pula: "Apabila kamu meminta maka mintalah kepada Allah."

Inilah tindakan orang yang mentauhidkan Allah, mereka melafazkan di dalam solat mereka: "Hanya kepada Engkau (Allah) kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan. Adapun orang musrik (yang melakukan syirik) mereka menyebutnya dengan lidah mereka dan perbuatan mereka bertentangan dengan apa yang mereka sebutkan.

- Berkenaan penyaksian palsu, Nabi saw telah bersabda:
"Hendakkah kamu aku khabarkan tentang dosa yang lebih besar dari dosa-dosa besar yang lain?" Jawab para sahabah: "Bahkan (kami sememangnya hendak mendengarnya) wahai Rasulullah." Nabi saw bersabda: "Mensyirikkan Allah, Menderhakai ibu-bapa." Kemudian baginda tunduk dan terus duduk, dan terus bersabda: "ketahuilah (yang seterusnya) perkataan palsu dan penyaksian palsu." Sahabat yang meriwayatkan hadirth ini berkata: "Nabi berterusan mengulanginya sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda berhenti dari mengulanginya." Hadith ini disepakati kesahihannya oleh al-Bukhari dan Muslim. Perkataan sahabat yang meriwayatkan hadith ini: "Mudah-mudahan baginda berhenti dari mengulanginya." disebabkan apa yang telah mereka lihat dari bersangatan marah baginda dengan kesalahan penyaksian palsu.

- Sungguh memalukan bagi satu jamaah yang mendakwa diri mereka sebagai Masyari' al-Khair (projek-projek kebajikan), dan membawa panji keadilan, mereka jatuh ketahap melakukan pemalsuan dan menempoh dengan demikian itu cara yang ditempoh oleh golongan Mafia. Demikianlah kaedah-kaedah yang gagal yang telah dihimpun oleh Jam'iyyah Masyari' al-Ahbash yang dibiayai oleh RAND Amerika.



- Lihatlah bagaimana Ahbash memalsukan surat penyaksian dari al-Azhar...


inilah surat penyaksian yang sebenarnya daripada al-Azhar (<--gambar sebelah kiri) yang telah dipalsukan oleh Ahbash. Surat itu adalah jawapan daripada al-Azhar yang telah saya terima beberapa tahun yang lalu. Surat penyaksian ini sebagai satu tamparah hebat kepada Ahbash yang telah banyak menyebarkan berita palsu dan melakukan pemalsuan tentang diri saya.

- Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Ahbash, mereka benar-benar telah memalsukan surat penyaksian tersebut. Akan tetapi disebabkan ketaasubban mereka, mereka menyangka tidak akan dibongkar perbuatan palsu mereka ini. Perhatikanlah surat asal yang sah tersebut betul-betul yang telah dicetak dari komputer melalui microsoftword, kemudian perhatikan pula surat yang telah dipalsukan dan diubah tarikhnya ke tahun 1972 yang juga dicetak dengan microsoftword, tanyalah kepada Ahbash yang telah melakukan pemalsuan ini, Apakah pada tahun 1972 telah ada program microsoftword???

- Kemudian perhatikan juga kepada tandatangan di dalam surat tersebut, ia benar-benar telah dicetak dan benar-benar sama dengan tandatangan yang ada pada naskah yang asal, dari sudut gerak tandatangan dan kedudukannya. (Surat palsu dari Ahbash -->)Perkara ini tidak mungkin boleh dilakukan sekali lagi oleh orang yang menurunkan tandatangan walaupun ianya dicetak untuk tandatangan itu benar-benar sama pada bentuk yang pertama dari sudut gerak tandatangannya dan kedudukannya sekalipun dia bersungguh-sungguh melakukannya. Ini menguatkan lagi Ahbash sebenarnya telah mengubah kandungan teks, dan mereka mengambil cetakan surat yang asal dengan tandatangan yang asal seperti yang ada lihat pada surat penyaksian yang asal.

Sunday, February 10, 2008

MUFTI HASSAN KHALID


MUFTI LUBNAN YANG DIKAFIRKAN OLEH AL-AHBASH

كانوا يكتبون على جدران الطرق (( لا للمفتي حسن خالد الكافر ، نعم للمفتي نزار الحلبي ))

Mereka menconteng di dinding-dinding dengan kata-kata: KATAKAN TIDAK KEPADA HASSAN KHALID YANG KAFIR dan KATAKAN YA KEPADA MUFTI NIZAR AL-HALABI

Syeikh Hassan Khalid dilahirkan di Lubnan pada 1340 H bersamaan tahun 1921. dilantik menjadi Mufti Lubnan pada 1966. Beliau merupakan ahli di setiap program yang dianjurkan oleh Rabitah Alam Islami, beliau juga ahli di Majmak Buhuth Islami Azhar al-Syarif di Kaherah.

Antara kitab yang ditulis oleh Syeikh:

- الإسلام والتكامل المادي في المجتمع

- أحكام الأحوال الشخصيّة في الشريعة الإسلامية

- أحاديث رمضان

- الزواج بغير المسلمين

- الشهيد في الإسلام

- مسار الدعوة الإسلامية في لبنان خلال القرن الرابع عشر الهجري

- المسلمون في لبنان والحرب الأهلية

- المواريث في الشريعة الإسلامية بالاشتراك مع عدنان نجا

- موقف الإسلام من الوثنية واليهودية و النصرانية.

- كتاب يتضمن البيانات والتصريحات الصادرة عن دار الفتوى خلال الحرب الأهليّة في لبنان .

Kematian Syeikh apabila keretanya terkena letupan bom ketika keretanya melalui kawasan tersebut pada 11 Syawal 1409H bersamaan 16 Mei 1989. Semoga beliau dikurniakan Syahid..Amin

ونسأل الله أن يرحم علماءنا وجميع علماء المسلمين

Wednesday, February 6, 2008

Fatwa Dari Markaz Fatwa laman islamweb.net tentang Ahbash


al-Harariyyah adalah firqah (kumpulan) yang dinisbahkan kepada Abdullah al-Harari al-Habashi, berhati-hatilah dengan pemikiran-pemikiran mereka. Asas akidah mereka secara ringkasnya ialah:


1. Bermazhab al-Asy'ariy yang kemudian, dalam masaalah sifat, yang hampir dengan manhaj al-Jahmiyyah.

2. al-Murjiah dan al-Jahmiyyah dalam permasaalahan iman.

3. Tarikat sufiah yang menyeleweng seperti al-Rifa'iyyah dan al-Naqsabandiyyah.

Ramai para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah masa kini yang telah menjelaskan hukum tentang kumpulan Ahbash ini seperti al-Muhaddith al-Syeikh al-Albani dan selainnya, demikian juga Samahah al-Syeikh Abdul 'Aziz bin Baz telah memfatwakan kumpulan Ahbash ini sebagai sesat dan ketua mereka Abdullah al-Harari dikenali dengan penyelewengan dan kesesatan. Maka wajib memulau mereka dan mengingkari akidah mereka yang batil dan memberi peringatan kepada orang ramai daripada mendekati dan mendengar dari mereka.

Sesiapa yang hendak mengetahui lebih banyak tentang kumpulan ini sila rujuk al-Mausu'ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu'asarah.

Monday, February 4, 2008

Kenyataan al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-'Aliy Tentang Ahbash




Di dalam lamanweb rasmi al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-'Aliy (http://www.h-alali.net/) , terdapat soalan yang bertanyakan tentang kumpulan Ahbash bertarikah 13/12/2006. Teks soalan tersebut seperti dibawah:

التمس منكم مدي بمعلومات مدققة و تفصيلية عن فرقة الاحباش.هل هناك فتاوى وردت في هذا الموضوع؟هل هي فرقة ظالة ام لا؟

Maksudnya: "Saya memohon maklumat terperinci daripada tuan tentang kumpulan Ahbash, apakah telah ada fatwa tentang kumpulan ini? Apakah mereka itu kumpulan yang sesat ataupun tidak?"


Jawapan dari al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-'Aliy (Pensyarah Peradaban Islam di Kuliah Pendidikan Asas Kuwait.).

Alhamdulillah wassolatu wassalam 'ala nabiyyina Muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi wa ba'du:

al-Ahbash adalah satu kumpulan sesat yang dinisbahkan kepada Abdillah al-Habasyi. Zahir di Lubnan, dan mereka mengambil kesempatan daripada kejahilan dan kefakiran yang berlaku di Lubnan kesan dari peperangan yang berlaku di sana untuk menyebarkan seruan menghidupkan manhaj-manhaj Sufiah yang batiniyyah bertujuan merosakkkan aqidah dan memecah-belahkan kesatuan umat Islam.

Pengasas kepada kumpulan ini ialah Abdullah Muhammad al-Harari al-Habasyi, dia belajar agama di sana (di Habashah) dan telah mengadakan bai'ah (janji taat setia) dengan tarikat al-Tijaniyyah. Dia juga berbai'ah dengan Tarikah al-Rifa'iyyah, kemudian dia berhijrah ke Syiria dan Lubnan. Ketika di Habashah, Abdullah al-Harari pernah bekerjasama dengan pemerintah Indraji di Habashah "Sahr Hilasilasi" menghapuskan persatuan-persatuan Islam tahfiz al-Quran di bandar Harara yang membawa kepada hukuman penjara dan buang negeri ke atas Pengetuan Sekolah, Ibrahim Hasan selama 23 tahun. Semua ini menyebabkan para pendakwah dan para syeikh yang berada di Harara melarikan diri ke Saudi dan Mesir. Kerana itu Abdullah al-Harari (pengasas kumpulan Ahbash) dikenali disana dengan sifat al-Fattan (pembawa fitnah) atau Syeikh Fitnah.

Demikianlah keadaannya (al-Harari) apabila dia berada di Lubnan, dia bekerja untuk menyebarkan fitnah sama seperti yang dilakukannya di tempat asalnya dan menyebarkan kepercayaannya yang rosak, termasuk syirik, menyebarkan fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang sifat Allah, menyebarkan fahaman murjiah, Jabariah, tasawwuf batiniyyah dan syiah rafidhah, mencela para sahabat (Nabi saw) dan menuduh Ummu al-Mukminin 'Aisyah melakukan maksiat dengan melanggar perintah Allah swt dengan fatwa-fatwa yang ganjil.

Antara pengikutnya ialah Nizar al-Halabi (نزار الحلبي), beberapa orang public figure seperti timbalan parlimen 'Adnan al-Tarobalasi (عدنان الطرابلسي) dan calon mereka yang lain seperti Toha Naji (طه ناجي) yang menerima suara sokongan kebanyakan dari penganut kristian, kerana janji mereka menghapuskan fahaman Islam fundamental. Akan tetapi dia tidak memperoleh kejayaan. Demikian juga dengan Hasan Qarqira timbalan presiden Jam'iyyah al-Masyari' al-Islamiyyah, Kamal al-Huth, 'Imaduddin Haidar, Abdullah al-Barudiy dan individu-individu yang menyeliakan peralatan penyelidikan dan menuskrip seperti al-Muassasah al-Thaqafiyyah lil Khidmaat dan Markaz al-Abhath wa al-Khidmaat. Mereka juga kebelakangan ini telah memulakan mentahkik kitab-kitab turath, dengan tahkikan jahmiyyah. Mereka juga melakukan muslihat dengan menggunakan nama ganjil yang tidak dikenali walaupun dikalangan para penuntut ilmu seperti mereka menulis : "Telah berkata al-Hafidz al-'Abdari di dalam dua dalilnya (قال الحافظ العبدري في دليليه)." Mereka menyembunyikan kepada orang ramai, sehingga orang ramai akan menyangka al-Hafidz yang dimaksudkan ialah dari kalangan ulama yang masyhur seperti al-Hafidz Ibn Hajar ataupun al-Nawawi, sebaliknya al-Hafidz itu ialah syeikh mereka sendiri al-Harari, mereka nakalkan dari kitabnya al-Dalil al-Qawim sebagai contohnya.

Kepercayaan-Kepercayaan mereka

1. Mereka mendakwa mereka bermazhab al-Syafie di dalam fiqh dan i'tikad, akan tetapi hakikatnya mereka jauh dari mazhab al-Syafie.

2. Mereka menganggap ringan berhukum dengan hukuman buatan manusia yang bertentangan dengan hukum Allah. al-Habasyi (Abdullah al-Harari) berkata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah dalam dirinya dan tidak melaksanakan sedikitpun kefardhuan Allah dan tidak menjauhi perkara-perkara haram, sebaliknya dia pernah mengucapkan walau sekali seumur hidup la-i-la-ha-illallah, maka dia seorang muslim dan digelarkan juga sebagai seorang beriman yang berdosa." (al-Dalil al-Qawim. m.s. 9-10).

Kepercayaan ini adalah kepercayaan firqah Murjiah yang sesat.

3. al-Ahbash memberi galakan kepada orang ramai untuk memohon dari kubur, memohon pertolongan dari kubur dan memohon ditunaikan hajar dari kubur. Ini kerana kumpulan Ahbash mempercayai orang-orang yang telah mati itu akan keluar dari kubur untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka, kemudian mereka (orang-orang yang telah mati itu) akan pulang semula ke kubur mereka. Sama juga mereka mengharuskan memohon perlindungan kepada selain Allah, dan menyeru mengambil berkat dari beberapa batu. (Kitab al-Dalil al-Qawim, 173).

4. Ahbash akan memenangkan mazhab mereka dengan hadith-hadith yang lemah dan palsu, yang menyokong mazhab mereka. Kerana itu mereka menghukum banyak hadith yang sahih sebagai dhaif kerana tidak menyokong mazhab mereka. Perkara ini jelas di dalam kitab mereka al-Maulid al-Nabawi.

5. Abdullah al-Harari al-Habasyi telah mengkafirkan beberapa orang ulama umat Islam. Dia mengkafirkan Ibn Taimiyyah. Dia menjadikan perkara pertama yang wajib ke atas setiap mukallaf ialah beriktikad akan kekafiran Ibn Taimiyyah, dan dia benar-benar memberi peringatan supaya menjauhkan kitab Ibn Taimiyyah. Demikian juga al-Imam al-Zahabiy yang di sisinya (al-Harari) sebagai seorang yang hina. Dia juga menganggap al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab seorang penjenayah, pembunuh dan seorang kafir. Dia juga mengkafirkan al-Syeikh al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h. Mengkafirkan al-Syeikh Sayed Sabiq, dan menganggap syed sabiq sebagai seorang Majusi yang kafir, dia juga mengkafirkan Syed Qutb sepertimana yang disebut oleh al-Harari di dalam kitabnya al-Nahju al-Sawiy fi al-Radd 'ala Syed Qutb wa Tabi'ihi Faisol Maulawi.

6. al-Harari menyeru kepada tarikat Naqsyabandiyyah dan Rifaiyyah

7. al-Harari juga memiliki beberapa fatwa yang ganjil yang berpendapat harusnya membuat helah dalam agama dan berpendapat melihat, bercampur dan bersalaman dengan perempuan yang ajnabiy itu tidak mengapa, bahkan dia mengatakan wanita boleh keluar rumahnya dengan berwangi-wangian, bertabarruj sekalipun tidak direstui suaminya.

8. al-Harari mengharuskan jualan dan belian budak yang merdeka. Dia juga membolehkan orang ramai meninggalkan bayaran zakat dengan wang kertas dan mendakwa wang kertas tidak ada kaitan dengan zakat yang wajib dengan emas dan perak sahaja. Dia juga mengharuskan memakan riba, mengharuskan solat memakai pakaian yang bernajis. (Bughyah al-Tolib: 99)

9. al-Harari juga telah menimbulkan fitnah di Amerika dan Kanada dengan perubahan kiblat, sehingga mereka memiliki masjid yang khas yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah, dan menjadikan mereka menghadap kiblat yang berlawanan dengan kiblat umat Islam. Mereka juga berkeyakinan bumi bukannya berbentuk globe seperti yang dimaklumi, sebaliknya bumi berbentuk setengah globe seperti bentuk setengah buah oren. Di Lubnan mereka sembahyang bersama dengan kumpulan-kumpulan khusus, selepas selesai para jamaah menunaikan solat.

Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz telah mengeluarkan fatwa yang berbunyi: "Sesunguhnya kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan." (nukilan daripada al-Mausu'ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu'asarah 1/430, dengan sedikit ubai suai)

Dengan ini diketahui bahawasanya kumpulan ini (Ahbash) adalahsatu kumpulan sesat yang dicurigai yang ganjil dan wajib berhati-hati daripadanya.

Sunday, February 3, 2008

Friday, February 1, 2008

Ahbash Mengkafirkan al-Qaradhawi: Al-Qaradawi yang dizalimi

Oleh:Bakariah Musa, Sungai Pusu, Gombak.

Di dalam buku Fatawa Mu'asarah (Fatwa Masakini) jilid ke-3, al-Qaradawi telah mendedahkan bagaimana dirinya telah dizalimi. Dizalimi di sini bukanlah bermaksud beliau dipenjara, disiksa ataupun dituduh sebagai pengganas. Semua kezaliman tersebut pernah beliau lalui dan telah berjaya beliau atasi. Kezaliman yang beliau bawakan di dalam buku tersebut amat berat dan amat menguji keimanan beliau. Kezaliman tersebut adalah di dalam bentuk fitnah dari mereka yang mengaku diri mereka Muslim yang sebenar. Kezaliman tersebut datang dari dua pihak yang saling bermusuhan. Menariknya, di dalam isu al-Qaradawi mereka bersepakat.

Satu pihak mengkafirkan beliau, manakala satu pihak yang lain pula telah menyesatkan, dan tergamak menggelar beliau sebagai "anjing". Pihak pertama yang mengkafirkan beliau adalah kumpulan Ahbash, manakala pihak yang kedua pula adalah kumpulan Salafi jalur keras. Sudut yang menarik, kedua-dua pihak tersebut saling bermusuhan. Kumpulan Ahbash mengkafirkan puak Salafi secara umum. Puak Salafi jalur keras pula menyesatkan puak Ahbash, namun dalam kes al-Qaradawi mereka bersetuju di antara satu sama lain. Seperkara yang menakutkan ialah kedua-dua kumpulan ini telah sampai di Malaysia. Siapakah mereka?, artikel ini akan cuba mengupasnya.

Al-Qaradawi bukanlah seorang ulama yang asing pada masa kini. Keilmuannya, ketokohannya, malah keunggulan beliau bukanlah sesuatu yang diragui. Sebagai ulama yang menjadi rujukan hampir dalam setiap lapangan ilmu di zaman moden ini, beliau amat diminati dan dikagumi ramai. Beliau amat konsisten di dalam menyikapi isu-isu umat. Selain daripada kesungguhannya untuk menyebarkan dakwah, al-Qaradawi juga terkenal dengan sikap perjuangannya. Kebersamaan beliau dengan umat Islam lewat isu-isu berkaitan umat di peringkat antarabangsa menjadikan beliau amat berbeza dengan ulama-ulama lain di seluruh dunia. Isu Palestin, isu Iraq, isu Afghanistan dan semua isu melibatkan umat merupakan kepedulian beliau.

Di dalam bidang fiqh pula, beliaulah mujadidnya. Di dalam bidang dakwah, beliau juga merupakan seorang pejuang. Di dalam bidang hadis, tulisan-tulisan beliau telah berjaya mempopularkan perjuangan ulama hadis sezamannya. Di dalam bidang politik, beliau merupakan seorang mentor. Pendekata, jika ada yang ingin menamakan "mujaddid" di zaman ini, maka al-Qaradawi merupakan orang yang paling layak untuk gelaran tersebut di dalam abad ini.

Malangnya mujaddid ini telah dikafirkan. Kumpulan ekstrimis Ahbash telah mengkafirkan beliau kerana pegangan agamanya yang sederhana. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap keterbukaannya. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap ilmiah beliau yang sanggup menerima ijtihad ulama sezamannya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan dakwahnya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan aqidahnya yang mengikuti metod para salafusoleh. Beliau dikafirkan oleh kumpulan ini juga kerana manhaj beliau tidak seperti pendirian kumpulan ekstrimis Ahbash yang fanatik mazhab Shafii di dalam fiqh dan ekstrim mazhab ilmu kalam di dalam berakidah.

Kumpulan ekstrimis Ahbash ini berasal dari Lubnan. Kumpulan ini telah diasaskan oleh Abdullah Harari yang berasal dari Habsyah. Beliau telah dihalau keluar dari negerinya kerana fitnah yang telah ditimbulkan olehnya di kalangan ahli masyarakat di sana. Beliau melarikan diri ke Lubnan. Di Lubnan beliau telah merekrut ahli-ahli yang taksub dengannya. Berbekalkan fanatisme kepada mazhab Shafii di dalam fiqh dan juga ekstrimisme di dalam mazhab Abu Hassan al-Asyari di dalam akidah, beliau telah memulakan dakwahnya. Beliau menjadikan "takfir" sebagai senjata utama di dalam mengembangkan dakwah. Segala pendapat yang bertentangan dengan fikrahnya dianggap kafir. Ulama-ulama terkemuka telah beliau kafirkan seumpama Ibnu Taymiyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Beliau juga menjadikan tema mengkafirkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai jalan untuk menghasut orang agar bersetuju dengan fikrahnya. Beliau juga mengkafirkan Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Yusuf al-Qaradawi merupakan di antara mereka yang dikafirkan oleh beliau dan para pengikutnya. Lebih lancang lagi, mereka juga telah mengkafirkan ulama-ulama kontemporari yang lain seperti Said Ramadan al-Buti, Abdul Aziz Bin Baz, Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Mahmud Syaltut, Syed Sabiq dan kebanyakan ulama moden dan juga pemimpin tarekat sederhana seperti Jibril Haddad, tokoh tarekat Naqshabandi zaman ini.

Kumpulan ini telah mengamil langkah menyusup masuk ke adalam jabatan-jabatan agama di Lubnan, Syria dan Jordan. Kementerian Waqaf (agama) di Jordan pada satu waktu dahulu telah dipengaruhi oleh kumpulan ini. Mereka telah menyokong Israel yang ebrdamai dengan rejim al-marhum Raja Hussein demi menempatkan diri mereka di dalam hati pemimpin Jordan. Mereka telah menghantar imam-imam Ahbash untuk menghasut masyarakat agar mengkafirkan sesama Muslim. Bertemakan "memerangi fahaman Wahabi" mereka berakhir dengan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya. Jordan, bertuah, pada akhirnya pengaruh kumpulan ini akhirnya telah berjaya dibendung. Para imam Ahbash akhirnya telah dibuang dari tempat masing-masing. Di Lubnan, mereka akhirnya telah diharamkan selepas peristiwa pembunuhan Rafiq Hariri. Rekod telefon Hariri menunjukkan perbualan terakhir beliau adalah bersama salah seorang pimpinan tertinggi Ahbash. Kumpulan ekstrimis yang dikenali sebagai pro-Syria ini disyaki terlibat di dalam peristiwa pengeboman tersebut. Tidak mustahil juga beliau bersekongkol dengn Syiah di dalam usaha membunuh Hariri yang berketurunan Saudi. Kini, kumpulan ini begitu berpengaruh di Syria.

Kumpulan ini sering menjadikan "fahaman Wahabi" sebagai kambing hitamnya. Sepertimana golongan Syiah juga, slogan anti-Wahabi itu akan berakhir dengan isu takfir. Kumpulan ini juga telah mengkafirkan Muawiyah sahabat Rasulullah SAW seperti golongan Syiah. Di Jordan, kumpulan ini mempunyai sahabat setia mereka yang berkongsi fikrah "takfir", iaitu Hassan al-Saqqaf. Al-Saqqaf terkenal sebagai seorang yang gemar mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama besar yang lain. Seperti Syiah dan Ahbash, beliau juga mengkafirkan Muawiyah bin Abi Sufian, sahabat besar Rasulullah SAW. Kini kumpulan ini mula berkembang di Malaysia.

Mungkin ramai pihak merasa pelik melihat perkembangan terkini Islam di Malaysia. Isu Wahabi bukanlah satu isu yang besar satu waktu dahulu. Malah, Muhammad bin Abdul Wahab telah dianggap sebagai salah seorang mujaddid di kalangan gerakan-gerakan dakwah dan kumpulan Islam di Malaysia. Umat Islam pasca kebangkitan Islam di Malaysia juga amat menghormati adab berbeza pendapat. Malangnya kedatangan pengaruh kumpulan ini ke Malaysia telah mengubah segalanya. Secara tiba-tiba perjuangan "memerangi Wahabi" muncul. Selari dengan usaha AS memerangi keganasan, usaha memerangi "Wahabi" muncul di Malaysia. Sesuatu yang menarik, modus operandinya sama seperti di Jordan. Jika Kementerian Waqaf (agama) telah digunakan di Jordan. Di Malaysia, JAKIM pula sedang diintai untuk mereka tunggangi. Sesetangah jabatan agama negeri juga sedang cuba dipergunakan untuk menjayakan misi Ahbash melalui orang-orang yang telah mereka susupkan ke dalam badan-badan tersebut. Sehingga kini, mereka telah berjaya mempengaruhi beberapa tokoh agama tempatan. Hal ini bukan lagi rahsia.

Kini sudah mula kedengaran di Malaysia suara-suara "takfir". Dr Yusuf al-Qaradawi juga tidak terlepas dari perbuatan keji kumpulan berkenaan. Gejala takfir ini semakin merebak dan amat mengerikan umat Islam di Malaysia. Bertopengkan memerangi "fahaman Wahabi", kumpulan Ahbash terus bergerak subur di Malaysia untuk menimbulkan fitnah.

Di satu sudut yang lain, al-Qaradawi juga telah dikafirkan oleh kumpulan Salafi jalur keras. Kumpulan yang sentiasa menjadikan tulisan-tulisan dan pemikiran-pemikiran Rabi' Madkhali dari Madinah dan Muqbil Hadi dari Yaman juga tidak kurang kelancangannya. Kumpulan ini menolak ulama-ulama selain dari ulama Saudi dan Salafi yang ekstrim. Mereka juga menyesatkan kumpulan-kumpulan dakwah bealirankan gerakan Islam. Mereka juga memerangi pendapat ulama-ulama yang tidak selari dengan pendapat mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk menuduh pihak yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat, ahli bid'ah, zindiq, malah al-Qaradawi telah digelar sebagai "anjing".

Amat malang sekali, kumpulan ini juga mula menular di Malaysia. Mereka telah mengakui bahawa mereka adalah pejuang aliran Salafi yang sebenar. Mereka juga menamakan diri mereka sebagai "Salafi Original". Mereka sanggup untuk menyesatkan aliran salafi yang lebih majoriti kerana tidak bersama kefanatikan mereka di dalam menyesatkan al-Banna, Syed Qutb dan juga al-Qaradawi. Kumpulan ini sanggup menghabiskan waktu mereka untuk menghebohkan kepada rakyat Malaysia bahawa Hassan al-Banna, Syed Qutb dan Yusuf al-Qaradawi sebagai sesat lagi menyesatkan yang lain. Mereka juga sanggup untuk menerbitkan risalah-risalah untuk tujuan tersebut. Di kala kumpulan Ahbash sedang giat memfitnah golongan Salafi dengan mengatakan bahawa kumpulan Salafi adalah kumpulan sesat dan ekstrimis, kumpulan ini seakan mengiyakannya. Mereka bertemu di dalam persoalan ini. Kesimpulannya, al-Qaradawi sekali lagi menjadi mangsa.

Umat Islam di Malaysia kali ini benar-benar diuji. Di kala masyarakat Islam sedang diancam pelbagai isu moral dan kerosakan akidah, dua kumpulan ini muncul. Kemunculan mereka hanya mengeruhkan lagi masa depan Islam yang semakin terhakis di Malaysia. Apakah perlu al-Qaradawi dijemput ke Malaysia untuk merawatinya?

Berita Dari Indon: Libanon Kenakan Dakwaan Terhadap Dua Tersangka Pembunuh Hariri


27/10/2005

Libanon telah mengenakan dakwaan terhadap dua bersaudara Libanon yang disebut-sebut dalam penyidikan PBB atas pembunuhan mantan perdana menteri Rafik Hariri. Para pejabat mengatakan mereka telah menangkap Ahmad dan Mahmud Sabdel-Al, dua anggota kelompok militan Islam Al Ahbash yang pro-Syria.

Sementara itu para pejabat Amerika memperingatkan kemungkinan tindakan terhadap Syria jika negara itu menolak bekerjasama dalam penyidikan PBB mengenai pembunuhan Hariri itu. Para pejabat Amerika sedang meng-kosponsori sebuah rancangan resolusi di PBB yang akan mengenakan sanksi terhadap para tersangka dalam pembunuhan itu.

Para pejabat Syria telah menolak hasil penyidikan PBB itu, yang menyebut keterlibatan para pejabat tinggi Syria dan Libanon. Rusia yang memiliki hak veto di Dewan Keamanan mengatakan akan menolak sanksi terhadap Syria. Liga Arab dan putra Hariri, Saad juga menyatakan menentang kemungkinan sanksi PBB. (sumber: http://voanews.com/)
 

© Free blogger template 3 columns