Thursday, January 31, 2008

Fatwa Samahatu al-Syeikh Ibn Baz Rahimahullahu Ta'ala Tentang Ahbash


Terhadap Kumpulan Al-AHBASH

Kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.

No ruj. Fatwa: 1/2392. Bertarikh: 30/10/1406 hijrah. (sumber:abusyuaib.blogspot)

Fatwa Majlis Ulamak Besar Arab Saudi

Setelah membahaskan panjang lebar pegangan kumpulan Al-Ahbash ini Majlis Hai'ah Kibar Ulamak diakhir fatwanya merumuskan seperti berikut...

Fatwa berkenaan Abdullah al-Harari al-Habasyi
Rujukan fatwa no: 19 606

Telah ditanya dan diminta penjelasan kepada Lajnah fatwa tetap Arab Saudi berkenaan Jemaah Ahbash dan seorang syakhsiah yang bernama Abdullah al-Habasyi. Setelah Lajnah tersebut membentangkan dengan panjang lebar ajaran-ajaran yang dibawa oleh Jemaah ini dan menjawab syubhat-syubhat yang ditimbulkan maka Lajnah memutuskan bahawa:-

1. Jemaah al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang telah sesat dan menyeleweng daripada Jemaah kaum muslimin (Ahli Sunnah wal Jamaah). Mereka wajib kembali kepada kebenaran iaitu jalan yang dilalui oleh para sahabat dan tabiin di dalam semua ajaran agama sama ada dari segi amalan dan I’tiqad (kepercaaan). Itulah yang terbaik bagi mereka dan berkekalan.

2. Tidak boleh mengambil fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jemaah ini. kerana mereka menggunakan pendapat-pendapat yang syaz (pelik) bahkan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Mereka juga mengambil pendapat-pendapat yang tidak boleh dipakai pada sebahagian nas-nas syar’ei. Kesemua ini mengundang ketidak percayaan kepada fatwa-fatwa mereka seterusnya berpegang dengannya oleh masyarakat islam.

3. Tidak mempercayai kata-kata mereka. Setiap tempat berkewajipan memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan jemaah yang sesat ini supaya tidak terjerumus ke dalam kumpulan ini tidak kira atas nama apa yang mereka gunakan, memberi nasihat kepada para pengikutnya dan menjelaskan tentang rosaknya pemikiran dan aqidah mereka.

Lajnah diketuai oleh: Al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Naib Ketua: Al-Syeikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh
Anggota: Al-Syeikh Soleh bin fauzan al-Fauzan
Al-Syeikh Bakar bin Abu Zaid
(sumber:abusyuaib.blogspot)

Ancaman Kafir Mengkafir

Oleh: Abu Syuaib
Dunia Islam tidak pernah sunyi dari gangguan golongan-golongan yang menyeleweng dari jalan yang lurus iaitu ahli sunnah wal jamaah. Sesungguhnya sejarah telah membuktikan perkara ini. Maka munculnya golongan seperti syiah rafidhah, khawarij, Murjiah, Muktazilah, Jabariyah, Jahmiyah dan selainnya yang merosakkan pegangan aqidah yang benar. Walaupun sebahagian daripada golongan yang disebutkan namanya hanya tinggal sejarah dan telah pun lenyap di telan zaman, tetapi hakikat yang terpaksa kita akur ialah pemikiran golongan-golongan ini masih wujud pada zaman ini hasil daripada saki-baki pengikut golongan tersebut yang menyebarkan fahaman mereka sehinggalah ke hari ini.
Cuma yang sedihnya mereka menyebarkan pemikiran dan ajaran yang menyeleweng ini dengan berselindung di sebalik nama ahli sunnah wal jamaah supaya kesesatan mereka tidak dapat dihidu oleh masyarakat umumnya.
Diriwayatkan oleh al-Darimi bahawasanya Abdullah bin Mas’ud r.h. berkata: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. membuat satu garisan (yang lurus) lalu baginda bersabda Ini ialah jalan Allah. Kemudian baginda menambah garisan-garisan di sebelah kanan dan kirinya (garisan lurus tersebut) lalu baginda bersabda ini ialah jalan-jalan dan di setiap jalan-jalan tersebut ada syaitan yang memanggil-manggil kepadanya, kemudian nabi membaca ayat al-quran surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan itu memecah belahkan kamu dari jalanNya”.
Fokus artikel ini ialah menjelaskan kepada masyarakat sebuah kumpulan yang sudah mula bertapak di Negara ini dan sangat giat menyebarkan fahaman mereka di dalam masyarakat. Kumpulan ini ialah sebuah Jemaah Takfir yang dinamakan oleh mereka sendiri sebagai Al-Ahbash.
Kumpulan ini telah lama muncul tetapi ianya baru memasuki Negara kita sejak kebelakangan ini melalui pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di timur tengah khususnya di Lubnan dan disebarkan melalui blog-blog mereka di dalam internet.
Maka umat Islam Malaysia harus peka dan berwaspada dengan perkembangan ini serta mesti mengenali ciri-ciri Jemaah Takfir ini supaya tidak terjebak ke dalamnya.
Kumpulan ini telah pun disebut di dalam kitab al-Mausu’ah al-Muyassarah fi Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Mu’asirah iaitu sebuah ensiklopedia yang menceritakan tentang agama, mazhab dan kumpulan-kumpulan yang muncul di dalam Islam. Disebut bahawa Al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang sesat yang diambil namanya bersempena gelaran yang diberikan kepada guru mereka Abdullah al-Harari al-Habasyi. Kumpulan ini yang muncul di Lubnan dengan menggunakan peluang yang ada ketika keadaan huru-hara yang berlaku di Negara itu disebabkan perang saudara. Apabila berlakunya perang saudara ini menyebabkan masyarakatnya berada di dalam keadaan kejahilan dan kefakiran. Dan ketika itulah kumpulan Ahbash ini mengambil peluang untuk menyebarkan ajaran mereka melalui metodologi ahli kalam, amalan kesufian dan kebatinan bertujuan merosakkan aqidah dan memecah belahkan kesatuan umat islam.Abdullah al-Harari dikenali sebagai “al-Fattan” pembawa fitnah, juga dikenali sebagai “Syeikhul Fitnah” iaitu orang yang suka membawa fitnah. Ini disebabkan tindakan Abdullah al-Harari ini yang bersekongkol dengan kerajaan kafir Hilasilasi di lubnan pada ketika itu yang akhirnya menyebabkan ramainya para ulamak dan pendakwah yang melarikan diri ke Mesir dan Saudi untuk menyelamatkan diri dari fitnah tersebut.
Sesungguhnya kumpulan Ahbash ini membawa fahaman yang menyeleweng dari mazhab ahli sunnah wal Jamaah. Antaranya mereka berfahaman Jahmiyyah iaitu kumpulan yang menafikan sifat Allah Ta’ala, membawa fahaman Murjiah, Jabariah dan Rafidhah atau syiah. Mereka mencela para sahabat Nabi dan menuduh Ummul Mukminin Aisyah r.ha telah bermaksiat kepada Allah disamping fatwa-fatwa mereka yang pelik.
Akhirnya Abdullah al-Harari berjaya mengumpulkan pengikut-pengikut yang taksub dimana mereka tidak mengiktiraf keislaman seseorang kecuali kepada mereka yang tunduk dan mengakui aqidah yang dibawa oleh Syeikh mereka Abdullah al-Harari sahaja. Sedangkan aqidah yang dibawa oleh Abdullah al-Harari ini menyeleweng dari aqidah ahli sunnah wal jamaah. Pengikut-pengikut yang taksub ini memaksa orang ramai mempelajari aqidah al-Habasyiah dengan mengetuk-ngetuk pintu rumah dan menyebarkan buku-buku syeikh mereka secara percuma.
Di antara tokoh Ahbash ini ialah Nizar al-Halabi yang digelarkan oleh mereka sebagai “Samahatu al-Syeikh” iaitu gelaran bagi seorang mufti. Pengikut-pengikut yang taksub ini menconteng di dinding-dinding jalan slogan “Katakan tidak kepada Hassan Khalid (mufti lubnan) yang Kafir, dan katakan ya kepada mufti Nizar al-Halabi”. Mufti Hassan Khalid ini telah dibunuh oleh kumpulan Ahbash ini. Dan akhirnya Nizar al-Halabi ini juga mati dibunuh kerana fatwa-fatwa sesat yang dikeluarkan olehnya. Begitulah akhlak buruk pengikut-pengikutnya yang diajarkan oleh guru mereka al-Harari iaitu amat mudah melemparkan tuduhan kafir kepada sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan kumpulan mereka.
Aqidah dan ajaran yang dianuti
• Ahbash mendakwa mereka bermazhab dengan mazhab al-Syafi’e di dalam fiqh dan juga aqidah, sedangkan pada hakikatnya mazhab mereka amat jauh dari mazhab Imam al-Syafi’e. Mereka secara semberono mentakwil sifat-sifat Allah Ta’ala tanpa berpandukan kepada kaedah yang betul, contohnya mentakwil iaitu mengubah sifat Allah Ta’ala Istiwa’ kepada Istila’ iaitu berkuasa seperti yang dilakukan oleh mazhab Muktazilah dan Jahmiyyah.
• Al-Harari Al-Habasyi mendakwa al-Quran merupakan lafaz Jibril, maka Al-Quran itu bukanlah kalamullah sepertimana aqidah ahli sunnah wal jamaah. Ini boleh dilihat di dalam kitab yang ditulis oleh al-Harari sendiri Izdharul Aqidati al-Sunniyyah:ms. 51.
• Ahbash di dalam masalah yang berkaitan dengan iman seperti Murjiah dan Jahmiyyah iaitu memisahkan di antara iman dan amal. Amalan seseorang tidak ada kena mengena dengan iman. Maka seorang itu dikira beriman di sisi mereka walaupun meninggalkan solat dan juga rukun-rukun islam yang lainnya. Ini bercanggah dengan aqidah ahi sunnah wal jamaah yang menyatakan islam itu ialah iman dan amal. Sila lihat buku al-Harari al-Dalil al-Qawim: ms. 7 dan kitabnya Bughyatu al-Tolib: ms.51
• Al-Harari berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah di dalam dirinya, tidak melaksanakan kefardhuan yang telah ditetapkan oleh Allah, Tidak menjauhkan diri dari kemaksiatan (melakukan kemaksiatan), tetapi di dalam seumur hidupnya dia pernah mengucapkan “La ilaha illallah” walaupun sekali, dia merupakan seorang islam yang beriman. Juga disebutkan sebagai orang yang beriman yang berdosa. Rujuk al-Dalil al-Qawim: ms. 9-10 dan Bughyatu al-Tolib: ms. 51.
• Ahbash di dalam masalah al-Qadr merupakan Jabariyyah. Mereka mendakwa bahawa Allah lah yang menolong seorang kafir di atas kekufurannya, kalau tidak kerana Allah maka tidaklah seorang kafir itu menjadi kafir. Lihat kitabnya al-Nahju al-Salim: ms. 71
• Ahbash menggalakkan supaya pergi ke kubur dan memohon hajat dan pertolongan kepada ahli kubur. Ini kerana menurut dakwaan mereka ahli kubur akan keluar dari kubur-kubur mereka untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka kemudian kembali ke kubur semula. Begitu juga mereka membenarkan memohon perlindungan dari selain Allah. Lihat al-Dalil al-Qawim: ms. 173, Bughyatu al-Tolib: ms. 8 dan Sorih al-Bayan: ms. 57, 62.
• Ahbash mensahihkan hadis-hadis yang lemah dan palsu yang menyokong mazhabnya dan sebaliknya melemahkan sesuatu hadis sekiranya bercanggah dengan mazhabnya. Boleh dilihat dengan jelas di dalam kitabnya al-Maulid al-Nabawi.
• Al-Harari banyak mencela para sahabat terutamanya Muawiyyah bin Abi Sufian r.h, ummul Mukminin Aisyah r.ha. mengutuk Khalid bin al-Walid dan sahabat yang lainnya. Dia juga berkata sesiapa yang tidak bersama pemerintahan Ali mati dalam keadaan Jahiliyyah.
• Al-Harari mengkafirkan sekian ramai para ulamak, maka dia menghukum Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagai kafir dan menjadikan kewajipan pertama bagi setiap mukallaf mengiktiraf kekufurannya. Begitu juga Imam al-Zahabi disisinya seorang yang keji. Mengkafirkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Syeikh Sayyid Sabiq, Sayyid Qutub, Syeikh al-Qaradhawi, Syeikh Said Ramadhan al-Buti dan ulamak yang lainnya. Tetapi Ibn Arabi seorang yang sepakat ulamak mengatakan kufurnya fahaman yang dibawa iaitu wahdatul wujud, aqidah hulul dan sebagainya, al-Harari mengatakannya sebagai Syeikhul Islam.
• Antara fatwa-fatwa al-Harari al-Habasyi di dalam feqh yang pelik ialah seperti bolehnya melihat kepada wanita ajnabiah (tidak menundukkan pandangan), ihktilat (percampuran lelaki dan wanita), boleh bersalam-salaman antara wanita ajnabiah, wanita boleh keluar rumah dalam keadaan tabarruj dan memakai wangi-wangian walaupun tanpa keizinan dan keredhaan suami. boleh berjual-beli anak yang merdeka, bolehnya memakan hasil riba’ dan bolehnya bersolat dengan pakaian yang bernajis. Lihat Bughyatu al-Tolib: ms. 99. Maka dari apa yang telah disebutkan di atas maka ciri-ciri kumpulan Ahbash ini boleh disimpulkan seperti berikut:
 Bermazhab dengan Mazhab al-Asy’ari yang terkemudian di dalam masalah sifat-sifat Allah yang lebih menghampiri mazhab Jahmiyyah
 Bermazhab Murjiah dan Jahmiyyah di dalam masalah iman
 Berpegang dengan tarekat kesufian yang menyeleweng seperti tarekat al-Rifa’ie dan Naqsyabandiah dan juga aqidah golongan al-batiniyyah.
 Mengkafirkan para ulamak dan umat islam umumnya yang tidak sehaluan dengan mereka.
 Mensahihkan hadis yang lemah atau palsu berdasarkan apa yang selari dengan kumpulan mereka dan melemahkan sebuah hadis yang sahih sekiranya bercanggah dengan kumpulannya.
 Mengaburi masyarakat dengan gelaran ulamak hadis dan sebagainya yang mereka berikan kepada guru mereka al-Harari seperti Al-Allamah al-MuhaddisAntara kitab-kitab yang ditulis oleh Abdullah al-Harari yang disebarkan di Malaysia termasuk di perpustakaan-perpustakaan Universiti tempatan seperti:
• Al-Maqalat al-Sunniyyah fi Kasyfi Dhalalat Ibn Taimiyyah
• Al-Ta’qib al-Hasis• Al-Nahju al-Sawi fi Raddi ‘ala Sayyid Qutub
• Al-Dalil al-Qawim ‘ala Sirat al-Mustaqim
• Bughyatu al-Tolib fi Makrifati ilmi al-Din al-Wajib
• Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah syarh al-Aqidah al-Thohawiyyah
• Kitab al-Maulid al-Nabawiy
• Sorih al-Bayan
• Al-Taufiq al-Rabbani fi Raddi ‘ala Ibn Taimiyyah al-Harrani

Tuesday, January 29, 2008

Soalan dari Switzerland dan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah (Lembaga Fatwa Mesir) Tentang Ahbash


Kami para pelajar di Switzerland - dengan kurniaan dari Allah - kami memelihara solat dan menunaikannya secara berjamaah di dua buah dewan yang diberi oleh pihak Universiti untuk kegunaan penganut agama yang berbagai, termasuk pelajar muslimin, alhamdulillah.

Memandangkan kelas-kelas pengajian berjalan pada hari Jumaat, maka kami semenjak beberapa tahun telah mendirikan solat jumaat di sana dan beberapa orang dari kalangan kami akan bergilir-gilir menyampaikan khutbah dan menjadi Imam. Semenjak hampir satu tahun setengah yang lalu, kami bertemu secara mingguan untuk belajar tajwid dan memahami ayat-ayat dalam surah al-Baqarah, belajar fikeh dan sirah. Dengan pertemuan ini - dengan kurnian dari Allah - memberi kesempatan kepada kami untuk saling berkenalan dan tolong menolong dalam urusan harian, pelajaran dan saling nasihat menasihati.

Kami mendapat tahu ada dikalangan kami orang yang meraguikan Pusat Islam di bandar Lausanne dari kalangan pengikut syeikh Habashi yang namanya Muhammad bin Abdillah al-Harari yang menetap di Lubnan dan pengikutnya dinamakan sebagai al-Ahbash. Kami memdapat maklumat dan membaca tentang pandangan dan pemikiran mereka, kami dapati mereka memeliki penyelewengan-penyelewengan yang bertentangan dengan apa yang telah kami pelajari tentang agama kami yang hanif.

Sehinggalah sekarang ini hanya beberapa meter dari kami, mereka lakukan solat Jumaat bersaingan dengan solat yang kami lakukan semenjak lebih 9 tahun yang lalu. Mereka juga tidak solat bersama kami, kami mendapat tahu juga dari sumber yang boleh dipercayai, mereka di tanah haram Mekah di musim haji memboikot solat jamaah (di masjid al-Haram) dan mereka tidak menunaikan solat melainkan di belakang imam dari kalangan mereka sahaja.

Mereka telah menarik ramai penduduk Lausanne dari kalangan para pelajar dan selainnya. Apabila mereka memperkenalkan orang kepada Islam mereka perkenalkan kepada kumpulan dan pusat (markaz) mereka, bahkan mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hubungan dan rangkaian dengan Universiti al-Azhar. Apabila kami membaca statement Reaktor Universiti al-Azhar yang lalu Dr. 'Umar Hasyim yang menafikan adanya sebarang hubungan dengan golongan Ahbas dan beliau juga memberi peringatan akan merbahayanya pemikiran-pemikiran mereka, golongan Ahbash menafikannya dan mendakwa statement itu palsu. Mereka sentiasa mempnyai hubungan dengan pihak berkuasa Switzerland, mereka menghimpunkan orang ramai dan bersikap angkuh sambil mendakwa Universiti al-Azhar memberi sokongan dan bantuan kepada kerja-kerja mereka.

Berdasarkan ini, kami memohon daripada pihak tuan (Dar al-Ifta' al-Misriyah) memberi fatwa kepada kami tentang jemaah ini (Ahbash):

Apakah dicadangkan untuk mengikut kumpulan ini dan membaca kitab-kitab syeikh mereka atau sepatutnya memboikot jamaah ini dan menasihati ahli-ahlinya untuk keluar darinya.
Sesungguhnya kami benar-benar memerlukan penjelasan dalam perkara ini, sehingga kami memberanikan diri untuk menulis soalan ini kepada pihak anda disebabkan berita yang kami dengar tentang kemuliaan akhlak anda kelimpahan maklumat yang ada dipihak anda. Kami harap dapat menerima jawapan dari pihak tuan dalam masa terdekat dan kami mengalu-alukan keluarnya satu kenyataan rasmi tentang mereka (Ahbash), dan disiarkan di lamanweb rasmi Dar al-Ifta' atau lamanweb rasmi Universiti al-Azhar di internet, agar golongan Ahbash tidak lagi berani mendakwa sesiapa yang menemui pendustaan mereka.

Bersama risalah ini kami sertakan sama naskah statement Fadhilah Dr. 'Umar Hasyim dan naskah statement dengan bahasa Perancis yang dikeluarkan oleh Markaz (pusat) Ahbash di Lausanne di Switzerland pada bulan yang ke-6 tahun lepas, yang mana mereka mendakwa di dalamnya mereka ada hubungan dengan Universiti al-Azhar.

Potongan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah yang berkaitan dengan Ahbash
Jika yang dinamakan dengan Jemaah Ahbash melakukan seperti apa yang dinisbahkan kepada mereka di dalam soalan, maka mereka adalah satu jemaah yang Sesat yang telah melakukan perkara yang dilarang didalam Syara'. Wajib menjauhi mereka dan tidak mengadakan sebarang ikatan dengan mereka.

Tidak ada juga sebarang hubungan antara Jemaah ini (Ahbash) dengan al-Azhar al-Syarif, dan tidak pernah keluar dari kami sebarang urusan dengan kumpulan Ahbash ini. Tidak ada dari pihak Universiti al-Azhar al-Syarif, tidak ada juga dari pihak Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah, tidak ada juga dari pihak Dar al-Ifta' al-Misriyyah, tidak ada juga dari pihak Kementerian Wakaf Mesir.

Penipuan ke atas institusi-institusi seumpama ini, untuk memberi gambaran yang meragukan, adalah perkara yang merobek (mencacatkan) maruah diri yang sepatutnya dijauhi oleh seorang Muslim terutamanya penuntut ilmu. wallahu swt a'lam.

Monday, January 28, 2008

Zamihan Mat Zinpen AHBASH???

Zamihan al-Ghari membela Abdullah al-Harari al-Habasyi...

Pen. Pengarah ILIM, Bangi Zamihan al-Ghari berhujjah menggunakan bahan Ahbash !?

Saya agak terkejut apabila mendapati Zamihan Mat Zinpen al-Ghari, Pen. Pengarah ILIM, Bangi, di dalam blognya mengambil bahan dari lamanweb Ahbash yang telah difatwakan SESAT oleh sekian banyak ulama antarabangsa. Sila lihat screenshoot dibawah ini:

Bahan dawnload yang ada di dalam blog Pen. Pengarah ILIM ini adalah bahan dari lamanweb kumpulan Ahbash. Lamanweb tersebut tidak menyembunyikan indentiti mereka, secara jelas logo Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai Ahbash ada di muka utama laman darulfatwa.org.au tersebut. Sememangnya laman darulfatwa.org.au adalah laman rasmi kumpulan Ahbash.

Persoalannya: Apakah hubungan Pen. Pengarah ILIM, Bangi, Zamihan Mat Zinpen dengan Ahbash? Apakah beliau hanya mengambil bahan tanpa ada sebarang kaitan dengan kumpulan Militan dan Ekstrim Ahbash? atau, apakah sememangnya beliau ada kaitan dengan Ahbash yang telah difatwakan sesat oleh sekelian ramai para ulama antarabangsa? Siapakah pula dalang disebalik usaha meluaskan pengaruh Ahbash di Malaysia?


Kita harap pihak berwajib melakukan siasatan selanjutnya... Bahan-bahan yang kita usaha dedahkan di dalam blog ini rasanya sudah cukup menunjukkan kemerbahayaan kumpulan Militan dan Ekstrim yang dikenali sebagai Ahbash ini.

Friday, January 25, 2008

Kementerian Wakaf Mesir- Dr Fikri Ismail mengulas tentang AHBASH

Dr. Fikri Ismail wakil kementerian Wakaf Mesir bahagian Dakwah berkata:

Tidak pernah lagi sepanjang sejarah di dalam ahli sunnah wal jamaah mereka berbeza di dalam masalah Aqidah. Dan tidak pernah berlaku juga mereka mengkafirkan salah seorang dari ulamak yang dikenali kerana ketaqwaan, kewarakan, keluasan ilmu dan keikhlasan mereka kepada agama sama ada di dalam atau di luar Lubnan.

Dan untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya di dalam menyebarkan fitnah di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak. Dan pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulamak besar ahli sunnah wal jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir.

Sesungguhnya al-Habasyi mengkafirkan ulamak besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutub, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulamak Lubnan yang mereka kafirkan Hassan Khalid, Subhi Soleh, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif. Tetapi persoalannya kenapa mereka menyerang ulamak besar yang mereka ini dii’tiraf dengan keilmuan di sepanjang sejarah ahli sunnah wal Jamaah baik dalam aqidah dan pemikiran?

Sebabnya iri hati dan hasad dengki dan suka untuk menonjolkan diri dengan menganggap sebagai ulamak besar. Maka al-Habasyi dari satu sudut seorang ta’asub kepada bangsa lalu dia ini membenci orang arab, dari sudut yang lain pula dia ini secara batinnya berhasad dengki dengan ahli sunnah. Walaupun dia ini mendakwa ahli sunnah tetapi dakwaan ini memerlukan kepada dalil atau bukti. Dan tidak ada maklumat yang kukuh yang menyatakan apakah tujuan sebenar disebalik kedatangannya ke Lubnan dan menghimpunkan orang-orang yang jahil di sekelilingnya…(sumber: abusyuaib.blogspot.com)

Thursday, January 24, 2008

Kebiadaban Pengikut-Pengikut Ahbash Malaysia mengkafirkan ulama yang tidak bersetuju dengan mereka

Suka mengkafirkan ulama dan umat Islam, inilah syiar Ahbash dan syiar ini sudah terserlah di kalangan pengikut-pengikut mereka di Malaysia. Lihat sahaja screenshoot di atas mereka mengkafirkan dan menetapkan laknat Allah ke atas al-Albani sekali dengan pengikut-pengikutnya. Sila klik pada gambar untuk besarkan, dan anda tidak akan terfikir ada umat Islam yang sanggup menulis sedemikian rupa kepada umat Islam lain. Jika benarpun dia ada melakukan kesalahan apakah patut menudah dia sebagai Syaitan ??? Tetapi.... Perkara ini sanggup dilakukan oleh pengikut-pengikut Ahbash.

Inilah SYIAR Ahbash:

1) Suka Mengkafirkan
2) Militan
3) Ekstrim

Kebiadaban Pengikut Ahbash di Malaysia: Ustaz Maszlee menjadi mangsa tuduhan kafir mereka seterusnya


Lihatlah betapa biadabnya pengikut-pengikut Ahbash di Malaysia. Semua ini membuktikan lagi sikap ekstrim mereka.

Mereka mendakwa sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.... Apakah ini akhlak Ahl al-Sunnah yang bermazhab al-Syafie. Apakah ini akhlak orang yang mengikut Imam Abu al-Hasan al-Asy'ariy??? Sesungguhnya al-Imam al-Syafie, Abu al-Hasan al-'Asy'ariy berlepas diri dari mereka.
Kalau di Malaysia mereka boleh lakukan semua ini, Bukan sesuatu yang pelik, di Ukraine mereka sanggup mengupah Mafia untuk mendatangkan mudharat kepada umat Islam yang tidak bersetuju dengan kesesatan mereka.
Ulangan soalan dari Ukraine kepada laman islam-online.net: "Saya mengharapkan pandangan dari yang berbahagia tuan dalam persoalan berinteraksi dengan sebahagian kumpulan yang telah difatwakan oleh ramai ulama akan kesesatan mereka, yang saya maksudkan ialah kumpulan Ahbash, dimana mereka mempunyai masjid, dan masjid mereka berfungsi seperti masjid Dhirar, mereka mengkafirkan kami dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mengikut al-Harari (Abdullah al-Harari) syeikh mereka. Ramai yang bertanya kepada kami tentang hukum sembahyang di belakang mereka, kerana mereka (golongan Ahbash), mengkafirkan ramai ulama seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Syed Qutb, Syed Sabiq dan selainnya, apatah lagi mereka mendatangkan mudharat kepada umat islam sehingga ke tahap menggunakan Mafia untuk memudharatkan orang islam di Ukraine, mereka juga memomokkan kami kepada media dan menuduh setiap muassasah (institusi) islam sebagai terrorism, dan mereka menjauhkan (menimbulkan masaalah) orang tempatan dengan institusi-institusi ini."

Soalan dari Ukraine di dalam laman islam-online menggambarkan Militan dan Ekstrimnya kumpulam Ahbash di sana

Maksud soalan: "Saya mengharapkan pandangan dari yang berbahagia tuan dalam persoalan berinteraksi dengan sebahagian kumpulan yang telah difatwakan oleh ramai ulama akan kesesatan mereka, yang saya maksudkan ialah kumpulan Ahbash, dimana mereka mempunyai masjid, dan masjid mereka berfungsi seperti masjid Dhirar, mereka mengkafirkan kami dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mengikut al-Harari (Abdullah al-Harari) syeikh mereka. Ramai yang bertanya kepada kami tentang hukum sembahyang di belakang mereka, kerana mereka (golongan Ahbash), mengkafirkan ramai ulama seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Syed Qutb, Syed Sabiq dan selainnya, apatah lagi mereka mendatangkan mudharat kepada umat islam sehingga ke tahap menggunakan Mafia untuk memudharatkan orang islam di Ukraine, mereka juga memomokkan kami kepada media dan menuduh setiap muassasah (institusi) islam sebagai terrorism, dan mereka menjauhkan (menimbulkan masaalah) orang tempatan dengan institusi-institusi ini, apakah yang patut kami lakukan terhadap mereka?

Jawapan oleh Ustaz Dr. Muhammad Mahrus al-Mudarris (أ.د محمد محروس المدرس) - Anggota tetap al-Majma' al-Fiqhi India:

Maksudnya: "Jika demikian seperti yang anda sebutkan, maka menghapiri (berbaik) dengan mereka itu adalah haram dan menyekat perkembangan mereka, menghalang tersebarnya pemikiran-pemikiran mereka adalah wajib, keadaan mereka sama seperti Qadyani dan Bahai dan seumapamanya. Dan Allah menguji hamba-hambanya disetiap masa dengan orang yang membawa kesesatan, sesiapa yang terselamat daripadanya, dia telah berjaya, dan Allah telah melindungi dia, dan Allah mewujudkan ujian untuk memberi balasan kepada orang yang berjaya dengan balasan orang-orang yang sabar dan yang diuji. wallahu a'lam. (sumber: islam-online.net)

Fatwa Dr. Munir Jum'ah: Anggota Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam

Maksudnya: "Sesungguhnya al-Ahbash, hakikatnya adalah satu kumpulan sesat, beberapa pembesar ulama islam telah menfatwakan kesesatannya, diketuai oleh Fadhilah al-'Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang pernah melakukan dailog dan perbincangan bersama mereka yang ditulis di dalam bukunya Fatawa al-Mu'asirah, silalah rujuk fatwa tersebut. Barangkali unsur utama kesesatan mereka disebabkan mereka mengkafirkan kebanyakan ulama umat Islam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Albani, Ibn Baz, Ibn al-'Uthaimin, al-Qaradhawi, al-Buthi dan ulama yang lain lagi. Perbezaan pendapat tidak sepatutnya membawa kepada perbuatan menghukum kafir sama-sekali, melainkan perkara ini dilakukan oleh ahli kesesatan. Selain itu ada banyak lagi perkara-perkara lain (yang menyebabkan kesesatan Ahbash) antaranya: Penakwilan yang rosak yang tidak dipersetujui oleh ulama islam lainnya dan lain-lain sebab lagi..." (sumber: islam-online.net)

Wednesday, January 23, 2008

Mufti Perlis Turut Dikafirkan oleh pengikut Ahbash di Malaysia: Lihat bagaimana akhlak buruk mereka


Mufti Perlis S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyebut di dalam akhbar Utusan Malaysia 20/1/08:

"Di Lebanon lahirnya puak yang dinamakan Ahbash. Pengasasnya seorang habsyi yang bernama Abdullah al-Harari. Beliau dikenali juga dengan al-Fattan, maksudnya penyebar fitnah. Beliau mendakwa berpegang kepada akidah asy’ari, bermazhab syafi’i, serta bertarikat. Beliau telah membentuk satu mazhab yang begitu ekstrim sehingga mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sama dengan kefahaman-kefahaman yang beliau anjurkan.

Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibn Qayyim, Dr Yusuf al-Qaradawi, Mutawalli Sya’rawi, Dr. Ramadhan al-Buti, Muhammad bin Abdul Wahhab, Syed Qutb dan berbagai lagi. Juga mengkafirkan mijoriti umat Islam khususnya Arab Saudi. Berlaku huru-hara di Lebanon disebabkan sikap suka berbalah mazhab Ahbash ini sehingga mereka dikaitkan dengan pembunuhan bekas Presiden Rafiq Hariri.

Di Australia, tiga puluh enam persatuan Islam membantah sikap ekstrim mereka yang menimbulkan perbalahan di kalangan umat Islam di sana. Asas golongan Ahbash ini adalah berbalah berhubung dengan ayat-ayat sifat Allah dan berbalah sesiapa yang enggan terikat dengan satu mazhab dan berbagai kekarutan yang lain. Para ulama di peringkat antarabangsa telah menyenaraikan mereka ini dalam ajaran sesat. Itulah yang diputuskan oleh Mufti Mesir, Arab Saudi, Australis, Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr Ahmad Shalabi dan lain-lain.

Malangnya, mereka mula bergerak dan menyebarkan fahaman mereka di negara kita melalui bekas-bekas penuntut kita di sana dan buku-buku yang diedarkan. Apa yang ingin saya sebutkan, dalam keghairahan sesetengah pihak di negara kita menentang kebangkitan pemikiran pembaharuan ke arah Islam yang lebih terbuka, rasional dan dinamik, mereka menggunakan puak Ahbash ini untuk berceramah ke sana sini.

Jika di negara arab mereka mengkafirkan Dr. Yusuf al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang lain, di Malaysia anak-anak buah Ahbash ini mengkafirkan insan biasa seperti saya dan sesiapa yang mereka pilih. Fitnah seperti biasa menjadi teras utama mereka. Atas alasan terlalu terbuka dalam menerima keluasan pandangan, lalu saya pun dikafirkan. Saya katakan kepada ustaz-ustaz ini, negara ini adalah negara yang aman. Pendekatan apabila berbalah mengkafirkan orang adalah melampaui batas yang akhirnya akan membawa kepada kekacauan dan keadaan yang menakutkan."

Mesir tangkap anggota kumpulan terlarang

Mesir tangkap puluhan anggota sekte (kumpulan) terlarang

Otoritas berwenang (pihak berkuasa) di Mesir menangkap 22 orang laki-laki yang dituduh anggota kelompok Islam yang melakukan bid’ah. Kelompok itu antara lain membolehkan salat tanpa berwudhu terlebih dulu dan meminta berkah pada kuburan.

Sumber aparat hukum Mesir mengungkapkan, di antara mereka yang ditangkap, terdapat tiga warga negara Libanon dan seorang berkebangsaan (warganegara) Kazakhstan. Menurut sumber itu, mereka adalah anggota sekte al-Ahbash, sekte yang punya banyak pengikut di Libanon dan memiliki hubungan sejarah yang kuat dengan Suriah (Syria). Para ulama Muslim menyebut sekte ini sebagai sekte ortodoks.

Masih menurut sumber aparat hukum Mesir, anggota sekte tersebut berusaha menyebarkan ajarannya yang menyimpang dari ajaran Islam ke kampus-kampus di lingkungan Universitas al-Azhar, dan berupaya merekrut pengikut baru.

Para jaksa yang ditugaskan menangani kasus tersebut sudah memeriksa delapan tersangka dan memerintahkan akan 14 orang lainnya tetap ditahan.
Surat kabar independen al-Masry al-Youm menyebutkan bahwa 22 orang yang dituduh pengikut aliran bid’ah itu sudah ditahan lebih dari satu bulan yang lalu.

Pada tahun 2003 Mufti Mesir Ali Gomaa mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahwa kelompok al-Ahbash adalah kelompok yang “menyimpang.” Kelompok itu juga dinilai telah menyelewengkan ajaran Islam dan menimbulkan kebingunan di kalangan umat.Konstitusi Mesir menjamin kebebasan beragama, namun undang-undang hukum pidana di negeri itu menetapkan sanksi hukum bagi tindakan penyimpangan dan penghinaan terhadap agama. (ln/alarby) eramuslim.com

http://www.kajianislam.net/modules/wordpress/?p=228
http://www.eramuslim.com/berita/int/7c14134555-mesir-tangkap-puluhan-anggota-sekte-terlarang.htm

Tuesday, January 22, 2008

Bukti lagi ulama dikafirkan oleh Ahbash: Dr. Syed Ramadhan al-Buthi mangsa berikutnya


Sebelah ini adalah fatwa kumpulan Ahbash MENGKAFIRKAN Dr. Syed Ramadhan al-Buthi yang telah dipaparkan di dalam salah sebuah lamanweb rasmi mereka. Sengaja fatwa ini tidak diterjemahkan kerana ia dipenuhi dengan penipuan dan penyelewangan fakta.

Fatwa Samahah al-Syeikh Faisol Maulawi (Timbalan Presiden Majlis Kajian dan Fatwa Eropah)


قال سماحة الشيخ فيصل مولوي على الإنترنت في موقعه بتاريخ 4/6/2004 فتوى 958:

الأحباش أو ( جمعية المشاريع الخيرية الإسلامية) هم تلامذة الشيخ عبد الله الهرري، ولهم طريقة خاصة في العقيدة تجعلهم يكفِّرون المسلمين وعلماءهم لأتفه الأسباب. كما لهم طريقة خاصة في الفقه لا يشاركهم فيها جمهور العلماء المعاصرين. والمناقشة معهم لا تفيد لأنهم لا يقتنعون إلا بأقوال شيخهم. وإذا تجنبت الدخول إلى مساجدهم فهو أفضل لمنع الجدال غير المفيد لكننا نعتبرهم مسلمين تصح الصلاة معهم وخلفهم وإن كانوا هم يعتبرون غيرهم كفارًا ولا يجيزون الصلاة خلفهم ا.ه
ـ.

Maksudnya: "al-Ahbash atau (Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka akan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fiqh (fikah) yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini. Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-pandangan syiekh mereka (Abdullah al-Harari). Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah, akan tetapi kita masih menganggap mereka sebahagian dari kaum muslimin, dan sah solat di belakang mereka, sekalipun mereka menganggap orang yang bukan dari golongan mereka sebagai kafir dan mereka tidak membenarkan solat di belakangan orang yang berbeza dengan mereka."

Ahbash Mengkafirkan Bekas Mufti Lubnan dan Membunuhnya


AHBASH disamping membawa aqidah yang menyeleweng dari aqidah Ahli sunnah wal Jamaah mereka juga terkenal sebagai kumpulan militan pengganas, mereka membunuh bekas mufti Lubnan yang dituduh oleh mereka sebagai Kafir, juga penyebab kematian Rafiq Hariri. mereka ini mengancam akan membunuh sesiapa sahaja yang tidak mengkafirkan ulamak yang mereka kafirkan...Nauzubillahu min zalik. (abusyuaib.blogspot.com)

Lagi Para Ulama yang disesatkan: Ahbash MENYESATKAN al-Qaradhawi dan menyamakannya dengan Syed Qutb yang telah mereka KAFIRKAN

Gambar sebelah (Klik pada gambar untuk dibesarkan): Senarai kitab-kitab tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang Ahbash sesatkan.

Ahbash akan menyesat dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang berbeza dan tidak bersetuju dengan mereka.

MILITAN, EKSTRIMIS AHBASH diakui banyak pihak


Photo: Note the upthrust pipe and car standing beside the crater. This evidence strongly suggests that a precision-guided missile hit the Hariri convoy and detonated below the street.
Kumpulan yang telah difatwakan sesat oleh keseluruhan ulamak dan majlis fatwa dunia terhadap kumpulan Ahbash bukan hanya terletak kepada kesesatan aqidahnya sahaja yang bercampur aduk dengan pelbagai fahaman bahkan kumpulan ini sangat ekstrimis dan bersifat militan. Ahbash terlibat dengan beberapa siri pembunuhan dan pengeboman, yang paling mendapat perhatian apabila ahli utama kumpulan Ahbash ditangkap kerana terlibat dengan perancangan pengeboman konvoi Perdana Menteri Lubnan Rafiq Hariri yang mengakibatkan kematiannya Agensi-agensi berita antarabangsa melaporkan tentang perkara ini.

Reuters melaporkan:

According to Reuters, the report cited Ahmad Abdel-Al, a member of the militant Ahbash group in Lebanon with strong historical ties to Syrian authorities, as a significant figure in the assassination plot, as he had used his mobile phone with "all the important figures in this investigation." Rafiq Hariri (gambar)

Agensi berita Asharq al-Awsat melaporkan:

Who Are Al Ahbash?

24/10/2005 By Daoud Ibrahim Beirut, Asharq Al-Awsat- The name al-Ahbash, recently mentioned in the media in connection to the UN investigation into the murder of former Lebanese Prime Minister Rafik Hariri, refers to The Association of Islamic Charitable Projects in Lebanon which was founded by A Abdullah ibn Muhammad ibn Yusuf al Hirari, nicknamed “al Habashi”, referring to his Ethiopian origin. Born in the city of al Hirara , near Somalia , al Hirari settled in Lebanon in 1950 where he taught religious studies and cultivated a personal following.



In April 2001, al Ahbash organized a series of public rallies to counter demonstrations called by those opposed to Syria's presence in Lebanon on the anniversary of the civil war. Members took to the streets dressed in black and wearing face paint and masks, the al-Ahbash members chanted pro-Syrian slogans before the TV cameras while waving nail-encrusted broomsticks, kitchen knives, brass knuckles, chains, axes, old rusted swords and hammers.



Released on Friday, the UN report into the assassination of Hariri featured the name of three brothers, Ahmad Abd al Al, an active member of al Ahbash currently in Lebanese custody, Walid, a member of the Presidential Guard, and Mahmud, also member of al Ahbash who, according to the investigation telephoned Lebanese President Emile Lahoud moments before the bombing which targeted Hariri’s convoy on February 14 th 2005. Mahmud was arrested on Sunday on a warrant issued by Magistrate Judge Sai Mirza. Police in Beirut also raised a sweet shop in Tariq al Jadidah neighbourhood owned by Hashem Mahmud Alian, allegedly a member of al Ahbash where hand grenades were found and confiscates and Alian arrested.


According to Dar al Iftaa in Beirut , the Lebanese state mufti’s administration, Abdullah al Hirari was “a man hostile to those who did not share his views, even his predecessors such as Sheikh Ibn Taymiya and Sheikh Mohammad bin Abdul Wahab. He was nicknamed the Sheikh of strife.” On its internet site, the group explains how its name was originally “used to indicate the students and supporters of sheikh al Hirari. In reality, al Ahbash are an organization called The Association of Islamic Charitable Projects.”…


Dar al Iftaa has accused the group of following the Khawarij, an Islamic sect in the 7 th and 8 th centuries in Southern Iraq and being extreme in their denunciation of their predecessors without taking into consideration the regulations around takfir. http://aawsat.com/english/news.asp?id=2343§ion=3


Daily star melaporkan:


Al-Ahbash official arrested in Hariri assassination plotMahmoud Abdel-al in custodyBy Leila Hatoum Daily Star staffFriday, October 28, 2005 A senior official of the Islamic Al-Ahbash group has been charged with "participating and planning the assassination of former Prime Minister Rafik Hariri." Investigating Magistrate Elias Eid arrested Mahmoud Abdel-Al on Thursday after questioning him for six hours.http://www.dailystar.com.lb/article.asp?edition_id=1&categ_id=2&article_id=19654


Di Australia sweeneytod dan abc.net malaporkan


Muslim leaders condemn Islamic charity

Posted on Friday, November 25 @ 13:05:22 WST by SweenyTod


Islamic leaders have condemned a Muslim charity which operates in Australia as being extremist and fanatical. Representatives of 36 Muslim organisations have signed a decree which rejects al-Ahbash, also known as the Islamic Charitable Projects Association.The decree describes al-Ahbash of holding "deviant and perverse views" and taking part in "extremist and fanatical" behaviour.The statement is signed by key Islamic leaders, including Australian Federation of Islamic Councils president Ameer Ali and the imam (leader) of Sydney's Lakemba Mosque, Sheik Taj el-Din Al Hilaly."The behaviour and practices of the Ahbash are based on creating division and hatred amongst people," the statement said."This does not serve the interest of the Muslim community and is directly at odds with the general policies of Australia's multicultural society."The statement also criticised the government allowing al-Ahbash to take control of Muslim community radio station 92.1, FM in Sydney.


http://www.sweenytod.com/rno/modules.php?name=News&file=article&sid=1384http://www.abc.net.au/news/newsitems/200511/s1516440.htmSyeikh


Dr. Safar al-Hawali:


“Muncul lelaki dari Habasyah ini dan pergi ke Lubnan yang sebelumnya dia telah mempelajari kitab-kitab Al-Asy’ariyyah dan ilmu kalam, sekarang mengajar pula masyarakat di Beirut Aqidah ini. sehingga tersebar ajarannya dengan pengikut-pengikutnya yang bersenjata bergerak secara militan (pengganas). Memaksa orang lain supaya mengikut Aqidah Jahmiyyah dengan dakwaan itulah Aqidah yang diterima oleh Allah dan konon-kononnya itulah Aqidah ahli sunnah.Inilah dia Abdullah al-Habasyi yang menetap di Beirut. Pengikut-pengikutnya dikenali dengan nama al-Ahbash. Mereka inilah yang berada di atas Aqidah (yang disebutkan) yang sesat lagi menyesatkan. Wal’iyazubillah.Mereka membunuh seorang pemuda ahli sunnah disebabkan pemuda ini tidak sependapat dengan mereka di dalam masalah sifat al-Uluw bagi Allah. Pemuda ini telah menulis sebuah kitab yang bertajuk “Istbat ‘Uluwwillah Ta’ala ‘ala Khalqihi” bermaksud menetapkan sifat al-Uluw bagi Allah ke atas makhluqNya. Mati pemuda ini syahid Insya Allah, Rahimahullahu Ta’ala”. (abusyuaib.blogspot.com)

Monday, January 21, 2008

Contoh Akhlak Pengikut Ahbash Malaysia

Di bawah ini contoh akhlak pemilik blog salah seorang pengikut Ahbash. Menghina bekas Mufti Kerajaan Arab Saudi yang telah meninggal dunia, al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz dan Mufti sekarang Abdul Aziz Ali al-Syeikh dengan menyamakan mereka dengan Dajjal.


Sikap sebegini sudah tentu mengundang keburukan yang besar jika dibiar begitu sahaja...

Lagi Badan fatwa Menyesatkan kumpulan Ahbash: Majlis Fuqaha al-Syariah Amerika

Majlis Fuqaha' al-Syariah Amerika telah menerima satu permintaan fatwa tentang kumpulan Ahbash berikutan timbulnya fitnah disebahagian bandar di Amerika. Sebagai jawapan kepada permintaan tersebut, dan selepas melakukan penyelidikan, maka kesimpulannya seperti berikut:

- Kumpulan Ahbash dinisbahkan kepada Abdullah al-Harari al-Habashi berasal dari bandar Harara di Habashah. Dia dilahirkan disana dari kabilah Tanhadar dari asal-usul Arab. Di Habashah, sebelum dia meninggalkannya, dia telah menimbulkan fitnah dimana mengadakan pakatan bersama rejim pemerintah pada 1940 M melawan persatuan-persatuan islam tahfiz al-Quran yang membawa kepada terpenjaranya mudir mereka selama 23 tahun. Kemudian Abdullah al-Harari berhijrah ke Lubnan dan dia terus menetap di sana dan mempunyai beberapa pengikut.

- Mereka yang dikenali sebagai Ahbash terkenal dengan penyimpangan-penyimpangan dalam perkara-perkara akidah dan keganjilan-keganjilan dalam perkara fiqh, sama juga kemelampauan mereka dan permusuhan mereka terhadap umat Islam dan para ulama samaada yang masih hidup mahupun yang telah mati.

- Antara akidah-akidah mereka yang rosak itu:

1. Mengharuskan meminta tolong, memohon perlindungan dan berdoa kepada orang-orang yang telah mati (Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Bughyah al-Tolib li ma'rifah al-'Ilm al-Dini al-Wajib, m.s. 8)

2. Pendapat mereka yang mengatakan al-Quran itu bukan Kalam Allah. (Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Izhar al-'Aqidah al-Sunniyyah, m.s. 58)

3. Mereka mencela sebahagian para sahabat Nabi saw. ((Sila lihat kitab tulisan Abdullah al-Habasyi: Sorih al-Bayan, m.s. 86-116)

- Antara keganjilan-keganjilan mereka dalam persoalan Fiqh:

1.Perkataan mereka yang mengharuskan perjudian dengan orang-orang kafir untuk merampas harta mereka. (Lihat Bughyah al-Tolib, m.s. 224)

2. Perkataan mereka yang mengharuskan melihat badan wanita ajnabi (bukan mahram), dan mengharuskannya walaupun melihat dengan syahwat jika dilihat dari kaca television atau cermin. (Ibid, 288-351)

3. Di Amerika mereka solat menghadap qiblat yang lain (Bukan ke arah Kaabah).


-Antara kemelampauan mereka terhadap umat Islam dan para ulama ialah mengkafirkan dan menfasikkan ramai para ulama dan para pendakwah seperti Ibn Taimiyyah, al-Zahabi, Nasiruddin al-Albani, Abi al-A'la al-Maududi, Syed Qutb, al-Qaradhawi, Faisal al-Maulawi dan ramai yang lain lagi.

- Banyak fatwa dan jawapan telah dikeluarkan dari badan-badan ilmu dan ulama yang telah menyesatkan mereka dan menjelaskan penyelewegan manhaj mereka, antaranya badan-badan tersebut:

1. Tulisan tentang keadaan mereka daripada Dr. Ahmad 'Umar Hasyim, Reaktor Universiti al-Azhar kepada Mudir Rabitah al-'Alam al-Islami bertarikh 24/8/2001.

2. Fatwa dari Lujnah al-Daimah Saudiah bilangan 19606

3. Jawapan kepada kumpulan mereka dari Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Fatawa al-Muasarah (3/685) dengan tajuk "Jidal bila 'Ilmin wa Tatowul bila Adab".

- Kami - Majlis Fuqaha' Syariah Amerika - menasihati umat Islam supaya menjauhi kumpulan ini (Ahbash). Kami berdoakan kepada Allah untuk mereka dan untuk semua yang telah terpesong dari jalan kebenaran dari kalangan ahli kiblah agar Allah mengembalikan mereka kepada Ahli al-Sunnah wal Jamaah dengan cara yang baik. Walhmdulillahi rabb al-'Alamin.
-------------------------------
Teks Asal sila klik laman Majlis Fuqaha al-Syariah Amerika:
http://www.amjaonline.com/arabic/headline.asp?Headid=119

Saturday, January 19, 2008

Syeikh Dr. Safar al-Hawali ditanya tentang kumpulan AHBASH

Seorang tokoh ulamak terkenal di bidang aqidah al-Syeikh Dr. Safar al-Hawali telah ditanya tentang kumpulan Ahbash adakah mereka ini di kalangan ahli sunnah wal jamaah seperti mana yang didakwa oleh mereka:
Syeikh menjawab:

Sesungguhnya mereka yang beraqidah dengan aqidah yang sahih di Lubnan sering diperangi oleh setiap puak yang dengki dan iri hati terhadap ahli sunnah wal jamaah.

Seperti yang kamu semua ketahui, di Lubnan kesemua kumpulan dan agama yang wujud di atas muka bumi ini semuanya ada di Lubnan. Di tambah pula dengan masyarakat ahli sunnah yang berlumba-lumba di dalam perkara yang bid’ah dan kesesatan yang banyak.

Antara perkara yang disebarkan di sana ialah Aqidah Jahmiyyah yang buruk yang berselindung di sebalik Asy’ariyyah. Kamu semua mengetahui perbezaan Aqidah Abu al-Hassan al-Asy’ari yang telah kembali kepada Aqidah ahli sunnah wal Jamaah dengan Aqidah Jahmiyyah yang mereka ini menafikan bagi Allah itu sifat-sifat. Lalu mereka menafikan sifat al-Uluw (ketinggian) bagi Allah, mereka mengubah Kalamullah Azza wajalla, mereka menyatakan iman itu hanya di dalam hati, (fahaman murjiah), dan di dalam masalah Qadar mereka menghampiri mazhab Jabariyyah,

Kumpulan Jahmiyyah ini yang berada di Lubnan di kepalai oleh seorang lelaki dari Habasyah. Lihatlah bagaimana Allah menguji bumi Lubnan dengan sekian banyaknya ujian dan cubaan. Muncul lelaki dari Habasyah ini dan pergi ke Lubnan yang sebelumnya dia telah mempelajari kitab-kitab Al-Asy’ariyyah dan ilmu kalam, sekarang mengajar pula masyarakat di Beirut Aqidah ini. sehingga tersebar ajarannya dengan pengikut-pengikutnya yang bersenjata bergerak secara militan (pengganas). Memaksa orang lain supaya mengikut Aqidah Jahmiyyah dengan dakwaan itulah Aqidah yang diterima oleh Allah dan konon-kononnya itulah Aqidah ahli sunnah.

Inilah dia Abdullah al-Habasyi yang menetap di Beirut. Pengikut-pengikutnya dikenali dengan nama al-Ahbash. Mereka inilah yang berada di atas Aqidah (yang disebutkan) yang sesat lagi menyesatkan. Wal’iyazubillah.

Mereka membunuh seorang pemuda ahli sunnah disebabkan pemuda ini tidak sependapat dengan mereka di dalam masalah sifat al-Uluw bagi Allah. Pemuda ini telah menulis sebuah kitab yang bertajuk “Istbat ‘Uluwwillah Ta’ala ‘ala Khalqihi” bermaksud menetapkan sifat al-Uluw bagi Allah ke atas makhluqNya. Mati pemuda ini syahid Insya Allah, Rahimahullahu Ta’ala.

Aqidah yang seperti mereka katakan, Allah itu tidak di atas, tidak di bawah, tidak di dalam alam, tidak di luar alam meruapakan Aqidah yang bathil. Maha suci Allah dari apa yang mereka katakan. Aqidah ini berasal dari falsafah Yunani, Wathaniyyah yang dibawa oleh mereka kemudian di namakan sebagai ilmu kalam. Akhirnya mereka mendakwa inilah dia aqidah ahli sunnah wal Jamaah.

Tetapi kumpulan Ahbash ini mengajarkan aqidah yang bathil ini. Fallahul musta’an. Alhamdulillah Habasyi ini telah pun ada sebahagian dari kalangan ahli sunnah yang mengkritik dan menjawabnya, begitu juga sudah ada kitab-kitab yang menjawab mereka. Tulisan-tulisannya (Habasyi) sangat menunjukkan kedangkalannya, mana-mana sahaja penuntut ilmu yang membacanya mampu untuk menjawabnya dengan mudah.
(Syeikh menjawab ketika sesi soal jawab perjumpaan mingguan, kaset yang ke 40)

Thursday, January 17, 2008

Australian Islamic group faces extremism claims

(Gambar: Sheik Taj el-Din Al Hilaly)
More than 30 Australian Islamic organisations have issued a statement accusing the al-Ahbash group, which operates in Australia, of being extremist and fanatical.

The statement is signed by key Islamic leaders, including Australian Federation of Islamic Councils president Ameer Ali and the imam of Sydney's Lakemba Mosque, Sheik Taj el-Din Al Hilaly.

The group also runs under the name Islamic Charitable Projects Association.

The signatories say they reject the al-Ahbash because they regard its views and practices as deviant, perverse and directly at odds with policies of Australia's multicultural society.

The statement describes the group's behaviour as extremist and fanatical and designed to create division and hatred among people.

The Australian president of al-Abash, Ghayath Al-Shelh, has rejected the criticisms by Dr Ali and the other leaders.

"We've always been regarded as a moderate Islamic association working for integration and harmony and its clear we have done so for years," he said.

"It's been acknowledged by many politicians and we are thought of as role models for the Islamic community to follow."

Mr Al-Shelh says some of the signatories signed the statement after being misled by the office of Sheik Al Hilaly.

"Not every member of the Muslim community is happy with what he is claiming," Mr Al-Shelh said. (http://www.abc.net.au/news/newsitems/200511/s1516440.htm)

Muslim leaders condemn Islamic charity

Posted on Friday, November 25 @ 13:05:22 WST by SweenyTod

Islamic leaders have condemned a Muslim charity which operates in Australia as being extremist and fanatical. Representatives of 36 Muslim organisations have signed a decree which rejects al-Ahbash, also known as the Islamic Charitable Projects Association.

The decree describes al-Ahbash of holding "deviant and perverse views" and taking part in "extremist and fanatical" behaviour. The statement is signed by key Islamic leaders, including Australian Federation of Islamic Councils president Ameer Ali and the imam (leader) of Sydney's Lakemba Mosque, Sheik Taj el-Din Al Hilaly.

"The behaviour and practices of the Ahbash are based on creating division and hatred amongst people," the statement said. "This does not serve the interest of the Muslim community and is directly at odds with the general policies of Australia's multicultural society."

The statement also criticised the government allowing al-Ahbash to take control of Muslim community radio station 92.1FM in Sydney.(http://www.sweenytod.com/rno/modules.php?name=News&file=article&sid=1384)

Wednesday, January 16, 2008

Ahbash MENGKAFIRKAN Syed Qutb dan menganggapnya sebagai seorang Atheist

Di dalam laman al-Thaqafii al-Islamii iaitu salah satu laman web Ahbash, mereka menghukumkan Syed Qutb sebagai Mulhid atau Atheist, mereka mewujudkan ruangan khas bagi mengkafirkan Syed Qutb dan Ikhwan Muslimin. Di dalam Muqaddimah ruangan tersebut mereka menulis:

ومن باب النصيحة الذي أمرنا بها رسول الله صلى الله عليه وسلم بقوله :"الدين النصيحة" وحرصًا على الشباب الذي قد ينجرف مع هذا التيار الخطير، فإننا نبين بعض أقوالهم الفاسدة ومبادئهم الهدامة التي جاء بها زعيمهم سيد قطب وهو رجل صحفي ولم يكن عالمًا من علماء الدين، وتلقفها ورددها أحبابه وأنصاره الذين منهم من تولى زعامة فرع الحزب المسمى حزب الإخوان المسلمين في لبنان الذي هو تحت اسم الجماعة الإسلامية

Maksudnya: "Dan termasuk di dalam bab memberi nasihat yang disuruh oleh Rasulullah saw di dalam sabda Baginda: "Agama itu adalah Nasihat." Sebagai mengambil berat kepada pemuda-pemuda yang semakin hanyut dengan arus yang merbahaya ini, maka kami akan menerangkan sebahagian perkataan-perkataan mereka yang rosak dan prinsip-prinsip mereka yang binasa yang didatangkan oleh ketua mereka SYED QUTB. Dia adalah seorang wartawan dan bukan seorang yang alim dari kalangan ulama agama, Perkataan dan prinsip yang rosak dan binasa ini telah diambil dan dilaungkan oleh pencinta-pencinta dan penolong-penolong Syed Qutb dari kalangan pimpinan cawangan parti yang dinamakan sebagai al-Ikhwan al-Muslimin di Lubnan yang berada di bawah nama Jamaah Islamiyah."

Seterusnya di dalam web yang sama, pada link Ri-asatuhu Hizb al-Ikhwan mereka menulis tajuk kecilnya sebagai:


سيد قطب من الإلحاد والماركسية

إلى رئاسة جماعة حزب الإخوان

"Syed Qutb dari kalangan Atheist dan berfahaman Marx

kepada Kepimpinan Jamaah Parti Ikhwan."

Seterusnya mereka menulis:

سيد قطب يعترف أنه كان ملحدًا، وأنه مرّ في فترة ارتياب في العقيدة الدينية وظل كذلك لسنوات
Maksudnya: "Syed Qutb memperakui bahawa dia adalah seorang Mulhid (Atheist), dan dia (Syed Qutb) berada dalam keadaan ragu terhadap kepercayaan agama dalam beberapa tahun."

Komen abuamir:

Mari kita lihat pula pandangan salah seorang pembesar Ulama Arab Saudi al-Syeikh Abdul Rahman bin Jibrin terhadap Syed Qutb dan Hasan al-Banna. Pandangannya sama sekali berbeza dengan golongan Ahbash yang kerjanya asyik mengkafirkan umat Islam yang tidak sependapat dengan mereka:


ثم أقول إن سيد قطب وحسن البنا من علماء المسلمين ومن أهل الدعوة وقد نصر الله بهما وهدي بدعوتهما خلقا كثيرا ولهما جهود لا تنكر ولأجل ذلك شفع الشيخ عبد العزيز بن باز في سيد قطب عندما قرر عليه القتل وتلطف في الشفاعة فلم يقبل شفاعته الرئيس جمال ـ عليه من الله ما يستحق ـ ولما قتل كل منهما أطلق على كل واحد أنه شهيد لأنه قتل ظلما ، وشهد بذلك الخاص والعام ونشر ذلك في الصحف والكتب بدون إنكار ثم تلقى العلماء كتبهما ، ونفع الله بهما ولم يطعن أحد فيهما منذ أكثر من عشرين عاما وإذا وقع لهم مثل ذلك كالنووي والسيوطي ، وابن الجوزي وابن عطية ، والخطابي والقسطلاني ، وأمثالهم كثير
Maksudnya: "Sesungguhnya Syed Qutb dan Hasan al-Banna adalah dari kalangan ulama kaum muslimin dan ahli dakwah. Sesungguhnya Allah telah memanfaatkan melalui mereka berdua dan memberi petunjuk kepada ramai manusia dengan dakwah mereka. Mereka berdua mempunyai sumbangan yang tidak dapat dinafikan. Kerana itu ketika keputusan hukuman mati dikenakan ke atas Syed Qutb dibuat, Syeikh Abdul Aziz bin Baz memohon diberi pengampunan kepadanya dan beliau merayu dalam permohonan itu. Namun ia tidak diterima oleh Presiden Jamal (Abdul Naser). Allah akan menghukum Jamal apa yang layak untuknya. Ketika mana kedua-duanya (Syed Qutb dan Hasan al-Banna) dibunuh, keduanya digelar syahid, kerana mereka berdua dibunuh secara zalim. Dan syahid itu ada yang khas dan yang am. Tersebar perkara ini (syahidnya mereka berdua) di dalam akhbar dan buku-buku tanpa ada orang yang mengingkarinya. Kemudian para ulama menerima buku-buku mereka, dan Allah memberi manfaat kepada mereka dengan buku-buku tersebu. Tiada seorang yang mencela mereka semenjak lebih 20 tahun yang lalu. Jika ada pada mereka berdua kesilapan yang sedikit pada takwilan atau yang seumpama dengannya, perkara itu tidak sampai kepada tahap untuk mengkafirkan mereka. Sesungguhnya para ulama yang awal juga ada kesilapan seperti itu juga, seperti al-Nawawi, al-Suyuthi, Ibn Jauzi, Ibn 'Athiyyah, al-Khattabi, al-Qastalani dan ramai yang lain."

Tuesday, January 15, 2008

Ghulu: Ekstrimnya Pengikut Ahbash memuji tuan guru mereka

Tulisan pada gambar:


"(Abdullah al-Harari) Wali Allah dan Penghulu sekelian ulama di atas muka bumi, pakar hadith di zamannya. Pengganti Badr al-Din al-Hasani, Tuan kami, kekasih sekelian hati, al-Sayyid yang maha tinggi, sultan orang-orang yang a'rif, ketua orang-orang zuhud Abdullah al-Habasyi"

Ahbash Menimbulkan Masaalah Besar di Lubnan

(Gambar: Mufti Lubnan al-Syeikh Dr. Muhammad Rasyid Qabbani)


28/10/2005, Berlaku pertelingkahan di masjid Imam 'Ali bin Abi Tolib di Lubnan antara para jemaah masjid dengan kumpulan Ahbash. Pertelingkahan itu berlaku berikutan tindakan para jamaah masjid menghalang wakil dari Ahbash dari menyampaikan kuliah, seterusnya mengusir mereka dari masjid. Berdasarkan laporan dari seorang yang menyaksikan peristiwa tersebut kepada laman islam-online.net, pertelingkahan tersebut sampai ketahap pukul memukul sehingga memaksa Imam Masjid al-Syeikh Zakaria Ghandur mengusir kumpulan Ahbash dari masjid tersebut. Pertelingkahan tersebut tetap tidak dapat dileraikan melainkan setelah pasukan keselamatan meleraikan mereka.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengisytiharan Mufti Lubnan al-Syeikh Muhammad Rasyid Qabbani untuk memulihkan masjid atau mengambil semula masjid yang dikuasai oleh Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiah atau lebih dikenali sebagai al-Ahbash.

Di Tripoli (طرابلس) Lubnan, beberapa orang pemuda juga berusaha mengambil semula musolla al-Syeikh Khalil 'Akawi dari kumpulan Ahbash, dan berlaku pertelingkahan sehingga memaksa campurtangan tentera Lubnan untuk meleraikan mereka.

Pengisytiharan mufti Lubnan ini telah diedarkan di ibu kota Beirut pada hari Sabtu 29/10/05, Mufti Lubnan menyeru kepada usaha mengambil semula masjid-masjid yang telah dirampas dengan paksaan dari kumpulan Ahbash di Beirut dan di daerah-daerah lain.

Di dalam edaran itu juga menuntut kerajaan Lubnan dan Jabatan Keselamatan Umum Lubnan membuka semua file-file aduan tentang kumpulan Ahbash yang menjangkau ratusan aduan bagi tujuan menzahirkan hakikat kumpulan ini (Ahbash) dan hakikat aktiviti-aktiviti luar biasa dan agresif mereka.

Semua percubaan ini berlaku setelah Dar al-Ifta' Lubnan menyatakan keazamannya mengambil semula masjid-masjid yang dirampas dari kumpulan Ahbash. Usaha itu akan dilakukan melalui proses perundangan yang akan dilakukan oleh al-Mudiriyah al-'Ammah li al-Awqaf al-Islamiah Lubnan yang dipertanggungjawabkan mentadbir urusan masjid.

Media Lubnan memetik, kenyataan Mufti Lubnan al-Syeikh Muhammad Rasyid Qabbabi minggu lepas yang berkata:

"Sesungguhnya Jami'yyah al-Masyari' al-Khairiyah (Ahbash) menguasai masjid-masjid (spt: Burj Abi Haidar, al-Bastah dan Zuqaq al-Balath) di Beirut dengan menggunakan kekuatan semenjak tahun 1988, iaitu semenjak peperangan fitnah hinggalah ke hari ini." Beliau menambah lagi:

"Selepas Ahbash menguasai masjid-masjid tersebut, selama itulah al-Mudiriyah al-'Ammah li al-Awqaf al-Islamiyah (jabatan yang bertanggungjawab menguruskan urusan masjid) sama sekali tidak dapat menentukan mana-mana imam, atau khatib dan pengajar melaksanakan tugas agama ke masjid-masjid tersebut, Ahbash akan menolak individu-individu yang ditetapkan oleh pihak al-Mudiriyah."

Mufti Lubnan, Qabbani, selepas menyatakan report Detlev Mehlis, penyiasat antarabangsa, dalam kes pembunuhan Perdana Menteri Lubnan yang lalu, Rafiq al-Haririy (رفيق الحريري), menyebut satu nama anggota Ahbash yang seperti terlibat dalam kes pembunuhan itu.

Di dalam report tersebut nama Ahmad 'Abd al-'All (أحمد عبد العال), anggota al-Jamaah di Lubnan yang disifatkan sebagai individu penting dalam pakatan pembunuhan itu, dimana dia telah menggunakan handphonenya menghubungi semua individu penting yang terdapat di dalam siasatan tersebut, sepertimana abangnya Mahmud yang telah menghubungi Presiden Lubnan Amil Lahud (إميل لحود) beberapa minit sebelum serangan.

Sebagai respond terhadap isu ini, Ahbash semestinya berusaha melewat-lewatkan penyerahan urusan semua masjid tersebut kepada pengurusan rasminya. Pemimpin Ahbash di Lubnan Usamah al-Sayyid dalam wawancara television, rancangan al-Hadath (الحدث), pada petang Ahad, 30/10/05 menyatakan bahawasanya:

"Persoalan ini akan selesai melalui dailog yang baik."

Alasan ini yang dianggap oleh para pemerhati sebagai keengganan Ahbash menyerahkan masjid-masjid tersebut, memandangkan dailog telah terhenti antara Ahbash dan Dar al-Fatwa semenjak beberapa tahun lama yang lalu. (sum:islamonline.net)

Fatwa Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi Tentang Ahbash


س: الأحباش‏:‏ الذين لهم إمام في بيروت عبد الله الهرري‏،‏ يقولون في مسجدهم إن الصلاة وراء الوهابي حرام‏،‏ وأن الإمام إبن تيمية كافر.ج: ـ الإقتداء بالوهابي ليس محرماً وصلاة المقتدي صحيحة.ـ ولا يجوز تكفير مسلم لا نعلم يقيناً أنه عندما مات‏،‏ مات على الكفر‏،‏ وليس في الناس من يعلم أن ابن تيمية عندما مات ارتد عن الإسلام ومات كافراً.ـ والجماعة التي تسألني عنها يكفرون كثيراً من المسلمين‏،‏ إنهم يكفرون متولي الشعراوي‏،‏ والقرضاوي‏،‏ ويكفرونني أنا أيضاً‏،‏ ولعلهم المسلمون الوحيدون المدللون على الله‏،‏ فيما يعتقدون.

Soalan:

Al-AHBASH iaitu mereka yang mempunyai Imam di Beirut Abdullah al-Harari, dia berkata kat masjid mereka solat dibelakang wahabi Haram dan sesungguhnya Imam Ibn Taimiyyah KAFIR.

Jawapan Dr. al-Bouti:

"Solat dibelakang Wahabi tidak HARAM dan mereka yang mengikutnya makmum dalam solat sah. Dan tidak boleh seseorang mengkafirkan muslim yang mana kita tidak mengetahui ketika matinya adakah ia mati Kafir. Dan tidak seorang pun yang tahu Adakah Imam Ibn Taimiyyah ketika matinya telah murtad dan mati Kafir.

Berkenaan kumpulan yang ditanya kepada saya ini (AHBASH), mereka ini mengkafirkan ramai orang Islam. Mereka mengkafirkan Mutawalli Sya'rawi dan al-Qaradhawi juga, mengkafirkan aku sendiri (al-Bouti)".

س: سمعت أن الأحباش قد كفرَّوك فهل رددت عليهم‏؟‏ ‏(‏فهم يعلنون أنهم أشاعرة العقيدة وشافعيو الفقه ورفاعيو الطريقة‏)‏ وكيف يردُّ عليهم أهل السنة فإنهم يثيرون الفتنة هنا وهم يرفعون شعار التكفير على المسلمين‏؟‏ج: إنهم لم يكفروني أنا وحدي‏،‏ بل كفروا ‏-‏ فيما أعلم ‏-‏ من هم خير مني‏،‏ مثل المتولي الشعراوي‏،‏ وابن تيمية‏،‏ والشيخ القرضاوي وكثيرين. وأنا أسأل الله تعالى أن يقيني الفتن كلها ما ظهر منها وما بطن‏،‏ ولاسيما فتنة الكفر‏،‏ وأن يختم حياتي بأحب الأعمال إليه حتى ألقاه وهو عني راضٍ.

Soalan:

Saya mendengar (orang yang bertanya) AHBASH telah mengkafirkan anda, adakah anda telah menjawabnya? mereka ini mendakwa beraqidah al-Asyaerah, berfiqh Syafie, dan bertariqat Rifaie. Bagaimanakah ahli sunnah menjawab kumpulan mereka ini. mereka menyebarkan fitnah dan mengangkat syiar TAKFIR orang Islam.

Jawapan Dr. al-Bouti: Mereka ini tidak hanya mengkafirkan aku, bahkan yang aku tahu mereka mengkafirkan orang yang jauh lebih baik dariku, seperti Mutawwali Sya'rawi, Ibn Taimiyyah, dan Syeikh al Qaradhawi , dan ramai lagi....." (sumber:abusyuaib.blogspot.com)

Sumber asal: http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3889aaea9fa90a49d08a8a9f64&id=459

Fatwa Dr. Wahbah al-Zuhaili Tentang Ahbash

س: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.تقدم لأختي شاب ووافقنا، وبعد أن خطبها قال لها: إنه من جماعة الأحباش. فما أهم معتقدات هذه الجماعة؟وإذا تزوجت أختي منه فما حكم هذا الزواج؟ج: بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:نحن نقول بأن المسلمين الذين ثبتت صحة ديانتهم هم مسلمون، ويجوز الزواج منهم والتزويج إليهم، لكني أنصحك بعدم الموافقة على هذا الزواج؛ لأن هؤلاء الجماعة لديهم أفكار وآراء لا تتفق مع ما هو مقرر لدى جماهير الأمة الإسلامية.فيكون هناك احتمال للوقوع في مشاكل ومصادمات وخصومات بسبب هذه الآراء الشاذة التي يقررونها ويعتقدون بها.هذا من قبيل النصيحة. والله يتولى الصالحين. والله أعلم.


Soalan:

Seorang pemuda meminang adik perempuan saya. Selepas peminangan, pemuda ini berkata kepada adik saya bahawa dia dari dari golongan al-Ahbasy. Apakah i'tiqad-i'tiqad mereka yang penting. Apabila adik saya berkahwin dengan pemuda ini, apakah hukum perkahwinannya?

Jawapan Dr. al-Zuhailiy:

"Kita mengatakan, bahawa muslimin apabila sabit benar agamanya maka mereka adalah dari kalangan muslimin. Boleh perkahwinan dengan mereka. Namun, saya menasihati anda agar tidak bersetuju atas perkahwinan ini (dgn pemuda al-Ahbasy). Kerana mereka (al-Ahbasy) mempunyai pandangan dan pendapat yang tidak menepati apa yang telah ditetapkan oleh jumhur umat Islam. Di sana barangkali akan berlaku masalah dan pertelagahan disebabkan pendapat-pendapat ganjil (syaz) yang mereka pegang dan i'tiqadkan.

Ini hanyalah merupakan nasihat sahaja." (sum:abusyuaib.blogspot)

UMAT ISLAM MALAYSIA PERLU B E R W A S P A D A !

Oleh: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
(Kolej Universiti Islam Malaysia)

Saban hari umat Islam berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang melanda mereka dalam pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi ekonomi, politik dan sosial, mahupun dari segi pemahaman dan pengamalan agama dalam kehidupan mereka seharian. Antara cabaran mutakhir yang kian terasa bahangnya kepada umat Islam Malaysia sekarang ini ialah penyebaran fahaman Al-Ahbash di kalangan sesetengah golongan pelajar Islam yang telah berkesempatan melanjutkan pelajaran mereka di Timur Tengah, terutama di Lubnan, Jordan dan beberapa negara sekitarnya. Walaupun pada hakikatnya pergerakan ini sudah lama wujud di beberapa negara di Timur Tengah, la mula tersebar dan mendapat tempat di kalangan negara lain hasil daripada interaksi dan pertukaran budaya antara masyarakat dunia kini yang serba canggih dan bersifat global.

Secara amnya, gerakan ini merupakan satu fahaman sesat yang berteraskan ajaran dan corak pemikiran yang berlandaskan pentakwilan nas dan prinsip agama berdasarkan nafsu, dan merupakan kacukan ajaran kebatinan (batiniyyah), Syiah dan kumpulan tasawuf tertentu. Pengasasnya ialah Abdullah bin Muhammad al-Harari al-Habashi, seorang bangsa Ethiopia (Habsyi) yang menetap di Lubnan, dan pengikutnya digelar al-Habashiyah atau al-Ahbash sempena namanya. Semasa di Ethiopia. beliau telah banyak menimbulkan huru-hara dan kekacauan di kalangan umat Islam melalui permusuhannya dengan banyak pertubuhan Islam yang terdapat di situ.

Perbezaan pendapat dan fahaman dalam pengertian agama di samping perasaan benci dan taasub yang amat tinggi telah mendorongnya melancarkan gerakan besar-besaran bagi menghapuskan "musuh-musuhnya" yang terdiri daripada para guru al-Quran dan cerdik pandai Islam yang tidak sealiran dengannya. lni termasuklah meminta bantuan daripada pihak Kristian yang memerintah (Raja Haile Selassie) untuk merealisasikan impiannya secara total dan hasilnya, beberapa sekolah tahfiz di bawah naungan Pertubuhan Tahfiz al-Quran Kebangsaan di Harar, Ethiopia telah ditutup dan ditamatkan operasinya pada tahun 1940. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah berusaha sehingga berjaya meyakinkan kerajaan Ethiopia untuk memenjarakan beberapa personaliti agama yang tidak sehaluan dengannya termasuklah guru-guru mengajar al-Quran dan pendakwah-pendakwah Islam. Oleh sebab inilah beliau digelar Shaykh al-Fitnah (syeikh yang menyebarkan huru-hara) di kalangan penduduk Ethiopia.

Kemudian, apabila berpindah ke Lubnan, beliau telah berjaya memperoleh ramai pengikut setia yang gigih berusaha mengembangkan ajarannya menggunakan pelbagai taktik dan cara, sama ada dari segi pengedaran buku-buku mengenai Ahbash dari rumah ke rumah secara percuma mahupun dari segi psikologi. Tambahan pula, taktik ugutan dan kekerasan juga sering digunakan oleh pengikut gerakan Ahbash semasa berhadapan dengan orang yang mempersoalkan ajaran ataupun pemikiran guru mereka secara terbuka. Salah seorang pengikut setianya, Shaykh Nizar al-Halabi yang memegang jawatan sebagai "Mufti" bagi gerakan ini, mati dibunuh akibat kelancangan dan kesesatan fatwa-fatwanya. Para pengikut fahaman ini banyak bergantung kepada bahan penulisan yang dihasilkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Abdullah al-Habashi seperti: buku Bughyatul Talib, al-Dalil al­Qawim, al-Nahjul al-Salim, al-Mawlid al-Nabawi, Manarul Huda, Fathul Rahman, Sarih al-Bayan dan yang terkini buku lzhar al-Aqidah al-Sunniyah dan Maqalat al-Sunniyah. Di samping itu juga, terdapat sebahagian sumber ajaran dan fatwa semasa dalam bentuk audio dan rakaman video.

Antara kesesatan ajaran gerakan ini ialah mereka mencaci para sahabat nabi SAW seperti menuduh Muawiyah b. Abu Sufyan sebagai penjual berhala dan menggalakkan orang menyembah berhala, mencemuh Aisyah dan Khalid b. Al-Walid, serta menghukum sahabat yang terlibat dalam peperangan Siffin menentang Saiyyidina Ali b. Abu Talib sebagai mati dalam keadaan jahiliyah. Begitu juga, mereka tidak teragak-agak mengkafirkan beberapa personaliti terkemuka Islam seperti Ibn Taimiyyah, Imam al-Dhahabi, Sayyid Sabiq (mereka menuduhnya sebagai Majusi), begitu juga tuduhan mereka terhadap Sayyid Qutub sebagai golongan Khawarij yang kafir.

Dan aspek akidah pula, mereka mengatakan bahawa al-Quran merupakan hasil daripada perkataan Jibril dan bukannya Kalam Allah. Begitu juga, mereka mempercayai bahawa Shaykh Abdul Qadir al-Jailani berkemampuan memadamkan api neraka dengan sekali hembusan sahaja, dan mereka banyak berpegang kepada ajaran yang berteraskan kepada fahaman Jabariyyah, Murji'ah dan Jahmiyyah.

Perbezaan pendapat dan fahaman dalam pengertian agama di samping perasaan benci dan taasub yang amat tinggi telah mendorongnya melancarkan gerakan besar-besarati bagi menghapuskan "musuh-musuhnya" yang terdiri daripada para guru al-Quran dan cerdik pandai Islam yang tidak sealiran dengannya. Ini termasuklah meminta bantuan daripada pihak Kristian yang me (Raja Haile Selassie) untuk merealisasikan impiannya secara total dan hasilnya, bah bawah naungan Pertubuhan Tahfiz al-Quran Kebangsaan di Harar, Ethiopia dan ditamatkan operasinya pada tahun 1940.

FAHAMAN AHBASH ini mirip kepada perwatakan bangsa Yahudi yang menggunakan helah dalam "MENIPU" hukum Allah seperti penipuan mereka dalam perintah larangan menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga mengakibatkan kermurkaan Allah dan mereka ditukarkan menjadi kera dan khinzir.

Antara kesesatan fatwa al-Ahbash dalam bidang fiqh ialah mereka mengharuskan mencuri harta orang Nasrani, menghalalkan judi dan riba, serta mengharuskan sembahyang hanya dengan berseluar dalam, kerana aurat pada takrif an mereka hanyalah menutup kemaluan depan dan belakang sahaja. Adapun peha dan sebagainya, maka ia tidak wajib ditutup. Zakat wang pula tidak wajib dikeluarkan atas alasan duit kertas yang digunakan sekarang ini tidak mempunyai nilai emas dan Perak, dan orang yang mempunyai berjuta ringgit sekalipun dianggap tidak layak mengeluarkan zakat.

Begitu juga, mereka telah mensyariatkan "helah syarak" sebagai komponen utama ajaran mereka. Sebagai contoh arak hukumnya haram, tetapi jika seseorang itu membeli sebotol arak dengan niat membayar harga botol itu dan bukan kerana kandungannya, maka harus baginya meminum arak itu.

Begitu juga, para pengikut gerakan ini boleh meninggalkan sembahyang Jumaat menggunakan "helah syarak" juga, iaitu dengan cara memakan makanan yang berbau seperti bawang putih dan sebagainya sebelum masuk waktu sembahyang supaya jatuh hukum kewajipan Jumaat dengan sebab itu. Dalam hal ini, mereka berlandaskan kepada hadith Nabi mafhumnya, "Barang siapa yang memakan bawang putih hendaklah dia menjauhkan diri daripada Masjid kami." (Riwayat Bukhari). Namun yang demikian diperhatikan bahawa hadith ini tidaklah boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan perkara wajib seperti sembahyang Jumaat dan seumpamanya, tetapi ia membawa kepada pengertian makruh iaitu setiap orang Islam yang hendak pergi ke masjid dan seumpamanya perlulah membersihkan dirinya dan tidak menyakiti orang lain dengan bau busuk daripada mulutnya. Daripada contoh ini, ternyata bahawa fahaman Ahbash ini mirip kepada perwatakan bangsa Yahudi yang menggunakan helah dalam "menipu" hukum Allah seperti penipuan mereka dalam perintah larangan menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga mengakibatkan kermurkaan Allah dan mereka ditukarkan menjadi kera dan khinzir.

Dan aspek kemasyarakatan pula, kemunculan gerakan Ahbash yang jauh terpesong daripada fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berserta dengan ketaasuban dan pengasingan ahli-ahlinya daripada masyarakat merupakan satu tikaman yang memecah-belahkan kesatuan umat Islam. Di Lubnan misalnya, mereka mempunyai masjid khas untuk beribadat, dan jikalau terpaksa bersembahyang di masjid-masjid umum, mereka akan bersembahyang sesama sendiri tanpa mempedulikan jemaah yang lain. Ini sudah tentu akan membawa kepada timbulnya konflik di kalangan umat Islam yang sememangnya agak "tenat" pada masa sekarang. Ini ditambah pula dengan fatwa terkini kumpulan ini di Amerika Syarikat dan Kanada supaya mengubah arah kiblat 90 darjah daripada arah Kaabah, dengan alasan bahawa bumi ini berbentuk separa bulat dan bukannya bulat seperti yang didakwa.

Tambahan pula, gerakan ini berupaya bertukar menjadi militan dalam keadaan mendesak seperti yang berlaku di masjid Imam Ali yang merupakan salah sebuah masjid terbesar di Sydney, Australia beberapa tahun yang lalu. Dilaporkan bahawa beberapa pihak daripada gerakan Ahbash terlibat dalam perebutan kuasa dalam pentadbiran masjid yang mengakibatkan perbalahan yang serius. Dalam kemelut ini juga pihak berkuasa telah berjaya menangkap salah seorang anggota Ahbash yang membawa bersamanya bom api (molotov cocktail) yang ingin dilemparkan di beberapa kawasan masjid.

Sayugia diperhatikan juga bahawa gerakan ini mempunyai dana kewangan yang cukup kukuh, sehingga mereka mampu mendirikan pusat gerakan dan masjid mereka dengan binaan yang indah dan mewah di samping memberikan bantuan kewangan kepada pengikut mereka. lni sebenarnya perlu diteliti dan dipersoalkan kerana kewujudan gerakan penghancur seumpama ini yang kukuh dari segi kewangan dan bergiat bebas dibanyak negara mengunjurkan kewujudan pihak "penaja" di belakangnya yang bertujuan menghancurkan Islam dan kesatuan umat di kalangan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, umat Islam perlu berhati-hati terhadap sebarang bentuk tipu daya yang disebarkan oleh kumpulan in i kerana mereka selalu berselindung di sebalik dakwaan mereka sebagai pengikut mazhab Syafi'i dan mendakwa guru mereka (Abdullah al­Habashi) sebagai seorang ulama hadith.

Fatwa Dr Ahmad Syalabi (الدكتور أحمد شلبي) Uni. al-Azhar al-Syarif

Dr. Ahmad Syalabi adalah pensyarah al-Tarikh al-Islami di Uni. al-Azhar al-Syarif.

وقد رد الدكتور أحمد شلبي أستاذ التاريخ الإسلامي بالأزهر الشريف على سؤال مجلة "المجلة" حول رأيه في الأحباش فقال هي: "فئة ضالة منحرفة في فكرها وليس لديها الفكر الشامل لمفهوم الإسلام لأن زعيمها عبد الله الحبشي نشأ في الحبشة في جوٍّ لم تتوافر فيه المعلومات والعلوم الدينية المختلفة، فنشأت جماعته على أساس مجموعة من الأفكار البدائية في أفكارها. ويرجع خطر هذه الجماعة إلى أنها لا تؤمن بأفكار غيرها وتظن أنها الجماعة الوحيدة التي يلازمها الصواب وهذا هو مكمن الخطورة فيها. كما أنها تعادي الجماعات الإسلامية وأهل السنة والجماعة باعتبار أن ما يؤمنون به خطأ



Dr. Ahmad Shalabi ditanya oleh majalah “al-Majallah” tentang pendapatnya berkenaan Ahbash. Beliau berkata:

"Ahbash merupakan sebuah kumpulan sesat yang menyeleweng fikrahnya. Mereka tidak mempunyai kefahaman yang lengkap tentang Islam ini kerana ketuanya Abdullah al-Habasyi berasal di Habsyah di mana ketika itu maklumat dan ilmu-ilmu Islam yang pelbagai tidak tersebar di sana menyebabkan pemikiran-pemikirannya pelik. Bahayanya kumpulan ini kerana mereka tidak menerima pendapat selain mereka dan menyangka bahawa hanya kumpulan mereka sahaja yang betul. Mereka juga menentang jemaah-jemaah Islam ahli sunnah wal jamaah kerana mereka mengatakan pegangannya salah." (Sum:abusyuaib.blogspot)

al-Azhar Berlepas Diri Dari Golongan Ahbash

Surat tersebut daripada Dr. Ahmad 'Omar Hashim Reaktor Universiti al-Azhar kepada Mudir Rabitah al-'Alam al-Islami , berupa pengistiharan bahawa Universiti al-Azhar berlepas diri dari sebarang hubungan dengan kumpulan Ahbash.

Kandungan Surat:


"Dr. Abdul Halim 'Uwais telah memberitahu saya tentang kebimbangan pihak tuan (Rabitah al-'Alam al-Islami) akan wujudnya kerjasama antara al-Azhar dengan kumpulan yang dinamakan al-Ahbash di Lubnan. Saya tidak ada menziarahi Lubnan melainkan dua tahun yang lalu, dan ketika itu saya berhadapan dengan usaha melobi dari beberapa pihak, dimana diajukan kepada saya surat memorandum kerjasama untuk saya tandatangani. Selepas saya dikenalkan oleh Duta Mesir dan lain-lainnya tentang tidak selamatnya kumpulan ini, tidak boleh dipercayai dan bahayanya pemikiran-pemikiran mereka, kami segera memutuskan semua hubungan dengan mereka dan membatalkan setiap permintaan mereka dan tidak ada diantara kami dan mereka sebarang hubungan. Tidak ada juga antara Universiti al-Azhar dengan mereka sebarang bentuk pengiktirafan atau kerjasama. (jika ada) sebarang surat yang menunjukkan sebaliknya, ia tidak ada asas sama sekali dan palsu. Kami (pihak al-Azhar) menolak sebarang percubaan menggunakan nama Universiti al-Azhar dari mana-mana badan atau kumpulan yang tidak berpegang teguh dengan sempurna dan jelas kepada al-Quran dan al-Sunnah Nabi yang Mulia." (surat ini telah difakskan kepada pejabat Mudir (ketua) Rabitah al-'Alam al-Islami bertarikh 9 Jamadilakhir 1422H bersamaan 28 Ogos 2001)
 

© Free blogger template 3 columns