Thursday, January 24, 2008

Kebiadaban Pengikut Ahbash di Malaysia: Ustaz Maszlee menjadi mangsa tuduhan kafir mereka seterusnya


Lihatlah betapa biadabnya pengikut-pengikut Ahbash di Malaysia. Semua ini membuktikan lagi sikap ekstrim mereka.

Mereka mendakwa sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.... Apakah ini akhlak Ahl al-Sunnah yang bermazhab al-Syafie. Apakah ini akhlak orang yang mengikut Imam Abu al-Hasan al-Asy'ariy??? Sesungguhnya al-Imam al-Syafie, Abu al-Hasan al-'Asy'ariy berlepas diri dari mereka.
Kalau di Malaysia mereka boleh lakukan semua ini, Bukan sesuatu yang pelik, di Ukraine mereka sanggup mengupah Mafia untuk mendatangkan mudharat kepada umat Islam yang tidak bersetuju dengan kesesatan mereka.
Ulangan soalan dari Ukraine kepada laman islam-online.net: "Saya mengharapkan pandangan dari yang berbahagia tuan dalam persoalan berinteraksi dengan sebahagian kumpulan yang telah difatwakan oleh ramai ulama akan kesesatan mereka, yang saya maksudkan ialah kumpulan Ahbash, dimana mereka mempunyai masjid, dan masjid mereka berfungsi seperti masjid Dhirar, mereka mengkafirkan kami dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mengikut al-Harari (Abdullah al-Harari) syeikh mereka. Ramai yang bertanya kepada kami tentang hukum sembahyang di belakang mereka, kerana mereka (golongan Ahbash), mengkafirkan ramai ulama seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Syed Qutb, Syed Sabiq dan selainnya, apatah lagi mereka mendatangkan mudharat kepada umat islam sehingga ke tahap menggunakan Mafia untuk memudharatkan orang islam di Ukraine, mereka juga memomokkan kami kepada media dan menuduh setiap muassasah (institusi) islam sebagai terrorism, dan mereka menjauhkan (menimbulkan masaalah) orang tempatan dengan institusi-institusi ini."

No comments: