Wednesday, January 16, 2008

Ahbash MENGKAFIRKAN Syed Qutb dan menganggapnya sebagai seorang Atheist

Di dalam laman al-Thaqafii al-Islamii iaitu salah satu laman web Ahbash, mereka menghukumkan Syed Qutb sebagai Mulhid atau Atheist, mereka mewujudkan ruangan khas bagi mengkafirkan Syed Qutb dan Ikhwan Muslimin. Di dalam Muqaddimah ruangan tersebut mereka menulis:

ومن باب النصيحة الذي أمرنا بها رسول الله صلى الله عليه وسلم بقوله :"الدين النصيحة" وحرصًا على الشباب الذي قد ينجرف مع هذا التيار الخطير، فإننا نبين بعض أقوالهم الفاسدة ومبادئهم الهدامة التي جاء بها زعيمهم سيد قطب وهو رجل صحفي ولم يكن عالمًا من علماء الدين، وتلقفها ورددها أحبابه وأنصاره الذين منهم من تولى زعامة فرع الحزب المسمى حزب الإخوان المسلمين في لبنان الذي هو تحت اسم الجماعة الإسلامية

Maksudnya: "Dan termasuk di dalam bab memberi nasihat yang disuruh oleh Rasulullah saw di dalam sabda Baginda: "Agama itu adalah Nasihat." Sebagai mengambil berat kepada pemuda-pemuda yang semakin hanyut dengan arus yang merbahaya ini, maka kami akan menerangkan sebahagian perkataan-perkataan mereka yang rosak dan prinsip-prinsip mereka yang binasa yang didatangkan oleh ketua mereka SYED QUTB. Dia adalah seorang wartawan dan bukan seorang yang alim dari kalangan ulama agama, Perkataan dan prinsip yang rosak dan binasa ini telah diambil dan dilaungkan oleh pencinta-pencinta dan penolong-penolong Syed Qutb dari kalangan pimpinan cawangan parti yang dinamakan sebagai al-Ikhwan al-Muslimin di Lubnan yang berada di bawah nama Jamaah Islamiyah."

Seterusnya di dalam web yang sama, pada link Ri-asatuhu Hizb al-Ikhwan mereka menulis tajuk kecilnya sebagai:


سيد قطب من الإلحاد والماركسية

إلى رئاسة جماعة حزب الإخوان

"Syed Qutb dari kalangan Atheist dan berfahaman Marx

kepada Kepimpinan Jamaah Parti Ikhwan."

Seterusnya mereka menulis:

سيد قطب يعترف أنه كان ملحدًا، وأنه مرّ في فترة ارتياب في العقيدة الدينية وظل كذلك لسنوات
Maksudnya: "Syed Qutb memperakui bahawa dia adalah seorang Mulhid (Atheist), dan dia (Syed Qutb) berada dalam keadaan ragu terhadap kepercayaan agama dalam beberapa tahun."

Komen abuamir:

Mari kita lihat pula pandangan salah seorang pembesar Ulama Arab Saudi al-Syeikh Abdul Rahman bin Jibrin terhadap Syed Qutb dan Hasan al-Banna. Pandangannya sama sekali berbeza dengan golongan Ahbash yang kerjanya asyik mengkafirkan umat Islam yang tidak sependapat dengan mereka:


ثم أقول إن سيد قطب وحسن البنا من علماء المسلمين ومن أهل الدعوة وقد نصر الله بهما وهدي بدعوتهما خلقا كثيرا ولهما جهود لا تنكر ولأجل ذلك شفع الشيخ عبد العزيز بن باز في سيد قطب عندما قرر عليه القتل وتلطف في الشفاعة فلم يقبل شفاعته الرئيس جمال ـ عليه من الله ما يستحق ـ ولما قتل كل منهما أطلق على كل واحد أنه شهيد لأنه قتل ظلما ، وشهد بذلك الخاص والعام ونشر ذلك في الصحف والكتب بدون إنكار ثم تلقى العلماء كتبهما ، ونفع الله بهما ولم يطعن أحد فيهما منذ أكثر من عشرين عاما وإذا وقع لهم مثل ذلك كالنووي والسيوطي ، وابن الجوزي وابن عطية ، والخطابي والقسطلاني ، وأمثالهم كثير
Maksudnya: "Sesungguhnya Syed Qutb dan Hasan al-Banna adalah dari kalangan ulama kaum muslimin dan ahli dakwah. Sesungguhnya Allah telah memanfaatkan melalui mereka berdua dan memberi petunjuk kepada ramai manusia dengan dakwah mereka. Mereka berdua mempunyai sumbangan yang tidak dapat dinafikan. Kerana itu ketika keputusan hukuman mati dikenakan ke atas Syed Qutb dibuat, Syeikh Abdul Aziz bin Baz memohon diberi pengampunan kepadanya dan beliau merayu dalam permohonan itu. Namun ia tidak diterima oleh Presiden Jamal (Abdul Naser). Allah akan menghukum Jamal apa yang layak untuknya. Ketika mana kedua-duanya (Syed Qutb dan Hasan al-Banna) dibunuh, keduanya digelar syahid, kerana mereka berdua dibunuh secara zalim. Dan syahid itu ada yang khas dan yang am. Tersebar perkara ini (syahidnya mereka berdua) di dalam akhbar dan buku-buku tanpa ada orang yang mengingkarinya. Kemudian para ulama menerima buku-buku mereka, dan Allah memberi manfaat kepada mereka dengan buku-buku tersebu. Tiada seorang yang mencela mereka semenjak lebih 20 tahun yang lalu. Jika ada pada mereka berdua kesilapan yang sedikit pada takwilan atau yang seumpama dengannya, perkara itu tidak sampai kepada tahap untuk mengkafirkan mereka. Sesungguhnya para ulama yang awal juga ada kesilapan seperti itu juga, seperti al-Nawawi, al-Suyuthi, Ibn Jauzi, Ibn 'Athiyyah, al-Khattabi, al-Qastalani dan ramai yang lain."

No comments: