Thursday, January 31, 2008

Fatwa Majlis Ulamak Besar Arab Saudi

Setelah membahaskan panjang lebar pegangan kumpulan Al-Ahbash ini Majlis Hai'ah Kibar Ulamak diakhir fatwanya merumuskan seperti berikut...

Fatwa berkenaan Abdullah al-Harari al-Habasyi
Rujukan fatwa no: 19 606

Telah ditanya dan diminta penjelasan kepada Lajnah fatwa tetap Arab Saudi berkenaan Jemaah Ahbash dan seorang syakhsiah yang bernama Abdullah al-Habasyi. Setelah Lajnah tersebut membentangkan dengan panjang lebar ajaran-ajaran yang dibawa oleh Jemaah ini dan menjawab syubhat-syubhat yang ditimbulkan maka Lajnah memutuskan bahawa:-

1. Jemaah al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang telah sesat dan menyeleweng daripada Jemaah kaum muslimin (Ahli Sunnah wal Jamaah). Mereka wajib kembali kepada kebenaran iaitu jalan yang dilalui oleh para sahabat dan tabiin di dalam semua ajaran agama sama ada dari segi amalan dan I’tiqad (kepercaaan). Itulah yang terbaik bagi mereka dan berkekalan.

2. Tidak boleh mengambil fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jemaah ini. kerana mereka menggunakan pendapat-pendapat yang syaz (pelik) bahkan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Mereka juga mengambil pendapat-pendapat yang tidak boleh dipakai pada sebahagian nas-nas syar’ei. Kesemua ini mengundang ketidak percayaan kepada fatwa-fatwa mereka seterusnya berpegang dengannya oleh masyarakat islam.

3. Tidak mempercayai kata-kata mereka. Setiap tempat berkewajipan memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan jemaah yang sesat ini supaya tidak terjerumus ke dalam kumpulan ini tidak kira atas nama apa yang mereka gunakan, memberi nasihat kepada para pengikutnya dan menjelaskan tentang rosaknya pemikiran dan aqidah mereka.

Lajnah diketuai oleh: Al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Naib Ketua: Al-Syeikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh
Anggota: Al-Syeikh Soleh bin fauzan al-Fauzan
Al-Syeikh Bakar bin Abu Zaid
(sumber:abusyuaib.blogspot)

No comments: