Tuesday, January 15, 2008

Ahbash Menimbulkan Masaalah Besar di Lubnan

(Gambar: Mufti Lubnan al-Syeikh Dr. Muhammad Rasyid Qabbani)


28/10/2005, Berlaku pertelingkahan di masjid Imam 'Ali bin Abi Tolib di Lubnan antara para jemaah masjid dengan kumpulan Ahbash. Pertelingkahan itu berlaku berikutan tindakan para jamaah masjid menghalang wakil dari Ahbash dari menyampaikan kuliah, seterusnya mengusir mereka dari masjid. Berdasarkan laporan dari seorang yang menyaksikan peristiwa tersebut kepada laman islam-online.net, pertelingkahan tersebut sampai ketahap pukul memukul sehingga memaksa Imam Masjid al-Syeikh Zakaria Ghandur mengusir kumpulan Ahbash dari masjid tersebut. Pertelingkahan tersebut tetap tidak dapat dileraikan melainkan setelah pasukan keselamatan meleraikan mereka.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengisytiharan Mufti Lubnan al-Syeikh Muhammad Rasyid Qabbani untuk memulihkan masjid atau mengambil semula masjid yang dikuasai oleh Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiah atau lebih dikenali sebagai al-Ahbash.

Di Tripoli (طرابلس) Lubnan, beberapa orang pemuda juga berusaha mengambil semula musolla al-Syeikh Khalil 'Akawi dari kumpulan Ahbash, dan berlaku pertelingkahan sehingga memaksa campurtangan tentera Lubnan untuk meleraikan mereka.

Pengisytiharan mufti Lubnan ini telah diedarkan di ibu kota Beirut pada hari Sabtu 29/10/05, Mufti Lubnan menyeru kepada usaha mengambil semula masjid-masjid yang telah dirampas dengan paksaan dari kumpulan Ahbash di Beirut dan di daerah-daerah lain.

Di dalam edaran itu juga menuntut kerajaan Lubnan dan Jabatan Keselamatan Umum Lubnan membuka semua file-file aduan tentang kumpulan Ahbash yang menjangkau ratusan aduan bagi tujuan menzahirkan hakikat kumpulan ini (Ahbash) dan hakikat aktiviti-aktiviti luar biasa dan agresif mereka.

Semua percubaan ini berlaku setelah Dar al-Ifta' Lubnan menyatakan keazamannya mengambil semula masjid-masjid yang dirampas dari kumpulan Ahbash. Usaha itu akan dilakukan melalui proses perundangan yang akan dilakukan oleh al-Mudiriyah al-'Ammah li al-Awqaf al-Islamiah Lubnan yang dipertanggungjawabkan mentadbir urusan masjid.

Media Lubnan memetik, kenyataan Mufti Lubnan al-Syeikh Muhammad Rasyid Qabbabi minggu lepas yang berkata:

"Sesungguhnya Jami'yyah al-Masyari' al-Khairiyah (Ahbash) menguasai masjid-masjid (spt: Burj Abi Haidar, al-Bastah dan Zuqaq al-Balath) di Beirut dengan menggunakan kekuatan semenjak tahun 1988, iaitu semenjak peperangan fitnah hinggalah ke hari ini." Beliau menambah lagi:

"Selepas Ahbash menguasai masjid-masjid tersebut, selama itulah al-Mudiriyah al-'Ammah li al-Awqaf al-Islamiyah (jabatan yang bertanggungjawab menguruskan urusan masjid) sama sekali tidak dapat menentukan mana-mana imam, atau khatib dan pengajar melaksanakan tugas agama ke masjid-masjid tersebut, Ahbash akan menolak individu-individu yang ditetapkan oleh pihak al-Mudiriyah."

Mufti Lubnan, Qabbani, selepas menyatakan report Detlev Mehlis, penyiasat antarabangsa, dalam kes pembunuhan Perdana Menteri Lubnan yang lalu, Rafiq al-Haririy (رفيق الحريري), menyebut satu nama anggota Ahbash yang seperti terlibat dalam kes pembunuhan itu.

Di dalam report tersebut nama Ahmad 'Abd al-'All (أحمد عبد العال), anggota al-Jamaah di Lubnan yang disifatkan sebagai individu penting dalam pakatan pembunuhan itu, dimana dia telah menggunakan handphonenya menghubungi semua individu penting yang terdapat di dalam siasatan tersebut, sepertimana abangnya Mahmud yang telah menghubungi Presiden Lubnan Amil Lahud (إميل لحود) beberapa minit sebelum serangan.

Sebagai respond terhadap isu ini, Ahbash semestinya berusaha melewat-lewatkan penyerahan urusan semua masjid tersebut kepada pengurusan rasminya. Pemimpin Ahbash di Lubnan Usamah al-Sayyid dalam wawancara television, rancangan al-Hadath (الحدث), pada petang Ahad, 30/10/05 menyatakan bahawasanya:

"Persoalan ini akan selesai melalui dailog yang baik."

Alasan ini yang dianggap oleh para pemerhati sebagai keengganan Ahbash menyerahkan masjid-masjid tersebut, memandangkan dailog telah terhenti antara Ahbash dan Dar al-Fatwa semenjak beberapa tahun lama yang lalu. (sum:islamonline.net)

No comments: