Tuesday, January 15, 2008

Fatwa Dr Ahmad Syalabi (الدكتور أحمد شلبي) Uni. al-Azhar al-Syarif

Dr. Ahmad Syalabi adalah pensyarah al-Tarikh al-Islami di Uni. al-Azhar al-Syarif.

وقد رد الدكتور أحمد شلبي أستاذ التاريخ الإسلامي بالأزهر الشريف على سؤال مجلة "المجلة" حول رأيه في الأحباش فقال هي: "فئة ضالة منحرفة في فكرها وليس لديها الفكر الشامل لمفهوم الإسلام لأن زعيمها عبد الله الحبشي نشأ في الحبشة في جوٍّ لم تتوافر فيه المعلومات والعلوم الدينية المختلفة، فنشأت جماعته على أساس مجموعة من الأفكار البدائية في أفكارها. ويرجع خطر هذه الجماعة إلى أنها لا تؤمن بأفكار غيرها وتظن أنها الجماعة الوحيدة التي يلازمها الصواب وهذا هو مكمن الخطورة فيها. كما أنها تعادي الجماعات الإسلامية وأهل السنة والجماعة باعتبار أن ما يؤمنون به خطأ



Dr. Ahmad Shalabi ditanya oleh majalah “al-Majallah” tentang pendapatnya berkenaan Ahbash. Beliau berkata:

"Ahbash merupakan sebuah kumpulan sesat yang menyeleweng fikrahnya. Mereka tidak mempunyai kefahaman yang lengkap tentang Islam ini kerana ketuanya Abdullah al-Habasyi berasal di Habsyah di mana ketika itu maklumat dan ilmu-ilmu Islam yang pelbagai tidak tersebar di sana menyebabkan pemikiran-pemikirannya pelik. Bahayanya kumpulan ini kerana mereka tidak menerima pendapat selain mereka dan menyangka bahawa hanya kumpulan mereka sahaja yang betul. Mereka juga menentang jemaah-jemaah Islam ahli sunnah wal jamaah kerana mereka mengatakan pegangannya salah." (Sum:abusyuaib.blogspot)

al-Azhar Berlepas Diri Dari Golongan Ahbash

Surat tersebut daripada Dr. Ahmad 'Omar Hashim Reaktor Universiti al-Azhar kepada Mudir Rabitah al-'Alam al-Islami , berupa pengistiharan bahawa Universiti al-Azhar berlepas diri dari sebarang hubungan dengan kumpulan Ahbash.

Kandungan Surat:


"Dr. Abdul Halim 'Uwais telah memberitahu saya tentang kebimbangan pihak tuan (Rabitah al-'Alam al-Islami) akan wujudnya kerjasama antara al-Azhar dengan kumpulan yang dinamakan al-Ahbash di Lubnan. Saya tidak ada menziarahi Lubnan melainkan dua tahun yang lalu, dan ketika itu saya berhadapan dengan usaha melobi dari beberapa pihak, dimana diajukan kepada saya surat memorandum kerjasama untuk saya tandatangani. Selepas saya dikenalkan oleh Duta Mesir dan lain-lainnya tentang tidak selamatnya kumpulan ini, tidak boleh dipercayai dan bahayanya pemikiran-pemikiran mereka, kami segera memutuskan semua hubungan dengan mereka dan membatalkan setiap permintaan mereka dan tidak ada diantara kami dan mereka sebarang hubungan. Tidak ada juga antara Universiti al-Azhar dengan mereka sebarang bentuk pengiktirafan atau kerjasama. (jika ada) sebarang surat yang menunjukkan sebaliknya, ia tidak ada asas sama sekali dan palsu. Kami (pihak al-Azhar) menolak sebarang percubaan menggunakan nama Universiti al-Azhar dari mana-mana badan atau kumpulan yang tidak berpegang teguh dengan sempurna dan jelas kepada al-Quran dan al-Sunnah Nabi yang Mulia." (surat ini telah difakskan kepada pejabat Mudir (ketua) Rabitah al-'Alam al-Islami bertarikh 9 Jamadilakhir 1422H bersamaan 28 Ogos 2001)
 

© Free blogger template 3 columns