Sunday, May 17, 2009

Laporan Akhbar al-Watan tentang kematian al-Harari: Abdullah al-Harari, Individu yang penuh dengan kontroversi


Terjemahan berita:

"Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harariy, Pengasas dan Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal dunia di Lubnan ketika umurnya 98 tahun. Kematian al-Harari tidak menghentikan perdebatan tentang keperibadiannya dan tentang kemunculan gerakan al-Ahbash ini yang dinamakan sebagai Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiah al-Islamiah. Al-Harari (Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M, seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab sebelum menetap di Lubnan pada tahun 1950M, beliau sering mengkafirkan para ulama umat Islam." (Akhbar al-Watan: Rabu 3 Ramadhan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil. 2896 tahun kelapan)




Saturday, May 16, 2009

Fatwa Mufti Mesir Dr. Ali Jumaah tentang kesesatan Ahbash

Anak-anak didik Ahbash di Malaysia sekarang ini sudah kehilangan dahan utk bergayut atau sudah ketiadaan tempat utk berteduh... lalu dalam salah satu blog, mereka mengada-adakan cerita kononnya Mufti Mesir al-Syeikh Dr. Aliy Jumaah memuji Abdullah al-Harari... Baik sekarang kita bongkarkan fatwa Mufti Mesir al-Syeikh Aliy Jumaat tentang kesesatan kumpulan Ahbash dan ketuanya Abdullah al-Harari beserta dengan bukti bertulis di bawah ini:




Wednesday, April 22, 2009

Pengikut Ahbash mengambil tanah kubur al-Harari utk dibuat berkat

Allahu Akbar.... Wahai orang yang berakal, lihatlah kesesatan yang amat jelas ini...

Kemelampauan Pengikut Ahbash Mengambil Berkat di Kubur al-Harari



Lihatlah.... ini dia kubur al-Harari (pemimpin Ahbash). Lihat juga bagimana para pengikutnya mengambil berkat, hanya menyentuhkan tasbih atau sesuatu dikubur pemimpin mereka, mereka mencium dan mengambil berkat.

Tuesday, January 6, 2009

Fatwa Dr Wahbah al-Zuhaily tentanh Ahbash

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaily baru menerima anugerah tokoh maal hijrah kategori antarabangsa oleh Kerajaan Malaysia.

Monday, September 8, 2008

Berakhirnya perjalanan seorang syekhul fitnah


Dunia Islam seakan-akan merasa tenang sedikit setelah mendengar kematian Abdullah al-Harari yang banyak menimbulkan fitnah kepada masyarakat Islam umumnya dengan fatwa-fatwanya. Kumpulan AHBASH ini sepertimana yang telah dimaklumi mendapat kritikan yang hebat oleh ulamak-ulamak dunia Islam melalui fatwa-fatwa mereka. tetapi pengikut-pengikut mereka yang taksub ini terus-menerus mengangkat Abdullah al-Harari ini dengan berbagai-bagai gelaran seperti al-Muhaddis dan sebagainya untuk mengaburi mata-mata masyarakat awam supaya tidak terpengaruh dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulamak-ulamak dunia Islam.

Perginya insan yang bernama Abdullah al-Harari ini maka hilanglah sebahagian fitnah yang sering ditimbulkan olehnya. Antaranya fitnah TAKFIR, suka mengkafirkan ulamak-ulamak Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. malangnya fikrah TAKFIR ini diwarisi pula oleh anak-anak muridnya yang taksub dengan al-Harari.

Walau bagaimanapun semoga Allah ampunkan kesalahan-kesalahannya, kemungkinan dia tersilap di dalam ijtihadnya. Tetapi adalah menjadi kewajipan untuk kita terangkan kepada masyarakat kesalahan-kesalahan dan fitnah-fitnah yang telah dilakukan kepada masyarakat awam supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan kesesatan yang telah dibuat dan diteruskan oleh pengikut-pengikutnya yang taksub ini, semoga Allah memberikan hidayah kepada pengikut-pengikutnya untuk kembali ke jalan yang benar yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah sesuai dengan kefahaman salaful ummah.

 

© Free blogger template 3 columns