Thursday, January 31, 2008

Fatwa Samahatu al-Syeikh Ibn Baz Rahimahullahu Ta'ala Tentang Ahbash


Terhadap Kumpulan Al-AHBASH

Kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.

No ruj. Fatwa: 1/2392. Bertarikh: 30/10/1406 hijrah. (sumber:abusyuaib.blogspot)

Fatwa Majlis Ulamak Besar Arab Saudi

Setelah membahaskan panjang lebar pegangan kumpulan Al-Ahbash ini Majlis Hai'ah Kibar Ulamak diakhir fatwanya merumuskan seperti berikut...

Fatwa berkenaan Abdullah al-Harari al-Habasyi
Rujukan fatwa no: 19 606

Telah ditanya dan diminta penjelasan kepada Lajnah fatwa tetap Arab Saudi berkenaan Jemaah Ahbash dan seorang syakhsiah yang bernama Abdullah al-Habasyi. Setelah Lajnah tersebut membentangkan dengan panjang lebar ajaran-ajaran yang dibawa oleh Jemaah ini dan menjawab syubhat-syubhat yang ditimbulkan maka Lajnah memutuskan bahawa:-

1. Jemaah al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang telah sesat dan menyeleweng daripada Jemaah kaum muslimin (Ahli Sunnah wal Jamaah). Mereka wajib kembali kepada kebenaran iaitu jalan yang dilalui oleh para sahabat dan tabiin di dalam semua ajaran agama sama ada dari segi amalan dan I’tiqad (kepercaaan). Itulah yang terbaik bagi mereka dan berkekalan.

2. Tidak boleh mengambil fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jemaah ini. kerana mereka menggunakan pendapat-pendapat yang syaz (pelik) bahkan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Mereka juga mengambil pendapat-pendapat yang tidak boleh dipakai pada sebahagian nas-nas syar’ei. Kesemua ini mengundang ketidak percayaan kepada fatwa-fatwa mereka seterusnya berpegang dengannya oleh masyarakat islam.

3. Tidak mempercayai kata-kata mereka. Setiap tempat berkewajipan memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan jemaah yang sesat ini supaya tidak terjerumus ke dalam kumpulan ini tidak kira atas nama apa yang mereka gunakan, memberi nasihat kepada para pengikutnya dan menjelaskan tentang rosaknya pemikiran dan aqidah mereka.

Lajnah diketuai oleh: Al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Naib Ketua: Al-Syeikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh
Anggota: Al-Syeikh Soleh bin fauzan al-Fauzan
Al-Syeikh Bakar bin Abu Zaid
(sumber:abusyuaib.blogspot)

Ancaman Kafir Mengkafir

Oleh: Abu Syuaib
Dunia Islam tidak pernah sunyi dari gangguan golongan-golongan yang menyeleweng dari jalan yang lurus iaitu ahli sunnah wal jamaah. Sesungguhnya sejarah telah membuktikan perkara ini. Maka munculnya golongan seperti syiah rafidhah, khawarij, Murjiah, Muktazilah, Jabariyah, Jahmiyah dan selainnya yang merosakkan pegangan aqidah yang benar. Walaupun sebahagian daripada golongan yang disebutkan namanya hanya tinggal sejarah dan telah pun lenyap di telan zaman, tetapi hakikat yang terpaksa kita akur ialah pemikiran golongan-golongan ini masih wujud pada zaman ini hasil daripada saki-baki pengikut golongan tersebut yang menyebarkan fahaman mereka sehinggalah ke hari ini.
Cuma yang sedihnya mereka menyebarkan pemikiran dan ajaran yang menyeleweng ini dengan berselindung di sebalik nama ahli sunnah wal jamaah supaya kesesatan mereka tidak dapat dihidu oleh masyarakat umumnya.
Diriwayatkan oleh al-Darimi bahawasanya Abdullah bin Mas’ud r.h. berkata: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. membuat satu garisan (yang lurus) lalu baginda bersabda Ini ialah jalan Allah. Kemudian baginda menambah garisan-garisan di sebelah kanan dan kirinya (garisan lurus tersebut) lalu baginda bersabda ini ialah jalan-jalan dan di setiap jalan-jalan tersebut ada syaitan yang memanggil-manggil kepadanya, kemudian nabi membaca ayat al-quran surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan itu memecah belahkan kamu dari jalanNya”.
Fokus artikel ini ialah menjelaskan kepada masyarakat sebuah kumpulan yang sudah mula bertapak di Negara ini dan sangat giat menyebarkan fahaman mereka di dalam masyarakat. Kumpulan ini ialah sebuah Jemaah Takfir yang dinamakan oleh mereka sendiri sebagai Al-Ahbash.
Kumpulan ini telah lama muncul tetapi ianya baru memasuki Negara kita sejak kebelakangan ini melalui pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di timur tengah khususnya di Lubnan dan disebarkan melalui blog-blog mereka di dalam internet.
Maka umat Islam Malaysia harus peka dan berwaspada dengan perkembangan ini serta mesti mengenali ciri-ciri Jemaah Takfir ini supaya tidak terjebak ke dalamnya.
Kumpulan ini telah pun disebut di dalam kitab al-Mausu’ah al-Muyassarah fi Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Mu’asirah iaitu sebuah ensiklopedia yang menceritakan tentang agama, mazhab dan kumpulan-kumpulan yang muncul di dalam Islam. Disebut bahawa Al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang sesat yang diambil namanya bersempena gelaran yang diberikan kepada guru mereka Abdullah al-Harari al-Habasyi. Kumpulan ini yang muncul di Lubnan dengan menggunakan peluang yang ada ketika keadaan huru-hara yang berlaku di Negara itu disebabkan perang saudara. Apabila berlakunya perang saudara ini menyebabkan masyarakatnya berada di dalam keadaan kejahilan dan kefakiran. Dan ketika itulah kumpulan Ahbash ini mengambil peluang untuk menyebarkan ajaran mereka melalui metodologi ahli kalam, amalan kesufian dan kebatinan bertujuan merosakkan aqidah dan memecah belahkan kesatuan umat islam.Abdullah al-Harari dikenali sebagai “al-Fattan” pembawa fitnah, juga dikenali sebagai “Syeikhul Fitnah” iaitu orang yang suka membawa fitnah. Ini disebabkan tindakan Abdullah al-Harari ini yang bersekongkol dengan kerajaan kafir Hilasilasi di lubnan pada ketika itu yang akhirnya menyebabkan ramainya para ulamak dan pendakwah yang melarikan diri ke Mesir dan Saudi untuk menyelamatkan diri dari fitnah tersebut.
Sesungguhnya kumpulan Ahbash ini membawa fahaman yang menyeleweng dari mazhab ahli sunnah wal Jamaah. Antaranya mereka berfahaman Jahmiyyah iaitu kumpulan yang menafikan sifat Allah Ta’ala, membawa fahaman Murjiah, Jabariah dan Rafidhah atau syiah. Mereka mencela para sahabat Nabi dan menuduh Ummul Mukminin Aisyah r.ha telah bermaksiat kepada Allah disamping fatwa-fatwa mereka yang pelik.
Akhirnya Abdullah al-Harari berjaya mengumpulkan pengikut-pengikut yang taksub dimana mereka tidak mengiktiraf keislaman seseorang kecuali kepada mereka yang tunduk dan mengakui aqidah yang dibawa oleh Syeikh mereka Abdullah al-Harari sahaja. Sedangkan aqidah yang dibawa oleh Abdullah al-Harari ini menyeleweng dari aqidah ahli sunnah wal jamaah. Pengikut-pengikut yang taksub ini memaksa orang ramai mempelajari aqidah al-Habasyiah dengan mengetuk-ngetuk pintu rumah dan menyebarkan buku-buku syeikh mereka secara percuma.
Di antara tokoh Ahbash ini ialah Nizar al-Halabi yang digelarkan oleh mereka sebagai “Samahatu al-Syeikh” iaitu gelaran bagi seorang mufti. Pengikut-pengikut yang taksub ini menconteng di dinding-dinding jalan slogan “Katakan tidak kepada Hassan Khalid (mufti lubnan) yang Kafir, dan katakan ya kepada mufti Nizar al-Halabi”. Mufti Hassan Khalid ini telah dibunuh oleh kumpulan Ahbash ini. Dan akhirnya Nizar al-Halabi ini juga mati dibunuh kerana fatwa-fatwa sesat yang dikeluarkan olehnya. Begitulah akhlak buruk pengikut-pengikutnya yang diajarkan oleh guru mereka al-Harari iaitu amat mudah melemparkan tuduhan kafir kepada sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan kumpulan mereka.
Aqidah dan ajaran yang dianuti
• Ahbash mendakwa mereka bermazhab dengan mazhab al-Syafi’e di dalam fiqh dan juga aqidah, sedangkan pada hakikatnya mazhab mereka amat jauh dari mazhab Imam al-Syafi’e. Mereka secara semberono mentakwil sifat-sifat Allah Ta’ala tanpa berpandukan kepada kaedah yang betul, contohnya mentakwil iaitu mengubah sifat Allah Ta’ala Istiwa’ kepada Istila’ iaitu berkuasa seperti yang dilakukan oleh mazhab Muktazilah dan Jahmiyyah.
• Al-Harari Al-Habasyi mendakwa al-Quran merupakan lafaz Jibril, maka Al-Quran itu bukanlah kalamullah sepertimana aqidah ahli sunnah wal jamaah. Ini boleh dilihat di dalam kitab yang ditulis oleh al-Harari sendiri Izdharul Aqidati al-Sunniyyah:ms. 51.
• Ahbash di dalam masalah yang berkaitan dengan iman seperti Murjiah dan Jahmiyyah iaitu memisahkan di antara iman dan amal. Amalan seseorang tidak ada kena mengena dengan iman. Maka seorang itu dikira beriman di sisi mereka walaupun meninggalkan solat dan juga rukun-rukun islam yang lainnya. Ini bercanggah dengan aqidah ahi sunnah wal jamaah yang menyatakan islam itu ialah iman dan amal. Sila lihat buku al-Harari al-Dalil al-Qawim: ms. 7 dan kitabnya Bughyatu al-Tolib: ms.51
• Al-Harari berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah di dalam dirinya, tidak melaksanakan kefardhuan yang telah ditetapkan oleh Allah, Tidak menjauhkan diri dari kemaksiatan (melakukan kemaksiatan), tetapi di dalam seumur hidupnya dia pernah mengucapkan “La ilaha illallah” walaupun sekali, dia merupakan seorang islam yang beriman. Juga disebutkan sebagai orang yang beriman yang berdosa. Rujuk al-Dalil al-Qawim: ms. 9-10 dan Bughyatu al-Tolib: ms. 51.
• Ahbash di dalam masalah al-Qadr merupakan Jabariyyah. Mereka mendakwa bahawa Allah lah yang menolong seorang kafir di atas kekufurannya, kalau tidak kerana Allah maka tidaklah seorang kafir itu menjadi kafir. Lihat kitabnya al-Nahju al-Salim: ms. 71
• Ahbash menggalakkan supaya pergi ke kubur dan memohon hajat dan pertolongan kepada ahli kubur. Ini kerana menurut dakwaan mereka ahli kubur akan keluar dari kubur-kubur mereka untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka kemudian kembali ke kubur semula. Begitu juga mereka membenarkan memohon perlindungan dari selain Allah. Lihat al-Dalil al-Qawim: ms. 173, Bughyatu al-Tolib: ms. 8 dan Sorih al-Bayan: ms. 57, 62.
• Ahbash mensahihkan hadis-hadis yang lemah dan palsu yang menyokong mazhabnya dan sebaliknya melemahkan sesuatu hadis sekiranya bercanggah dengan mazhabnya. Boleh dilihat dengan jelas di dalam kitabnya al-Maulid al-Nabawi.
• Al-Harari banyak mencela para sahabat terutamanya Muawiyyah bin Abi Sufian r.h, ummul Mukminin Aisyah r.ha. mengutuk Khalid bin al-Walid dan sahabat yang lainnya. Dia juga berkata sesiapa yang tidak bersama pemerintahan Ali mati dalam keadaan Jahiliyyah.
• Al-Harari mengkafirkan sekian ramai para ulamak, maka dia menghukum Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagai kafir dan menjadikan kewajipan pertama bagi setiap mukallaf mengiktiraf kekufurannya. Begitu juga Imam al-Zahabi disisinya seorang yang keji. Mengkafirkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Syeikh Sayyid Sabiq, Sayyid Qutub, Syeikh al-Qaradhawi, Syeikh Said Ramadhan al-Buti dan ulamak yang lainnya. Tetapi Ibn Arabi seorang yang sepakat ulamak mengatakan kufurnya fahaman yang dibawa iaitu wahdatul wujud, aqidah hulul dan sebagainya, al-Harari mengatakannya sebagai Syeikhul Islam.
• Antara fatwa-fatwa al-Harari al-Habasyi di dalam feqh yang pelik ialah seperti bolehnya melihat kepada wanita ajnabiah (tidak menundukkan pandangan), ihktilat (percampuran lelaki dan wanita), boleh bersalam-salaman antara wanita ajnabiah, wanita boleh keluar rumah dalam keadaan tabarruj dan memakai wangi-wangian walaupun tanpa keizinan dan keredhaan suami. boleh berjual-beli anak yang merdeka, bolehnya memakan hasil riba’ dan bolehnya bersolat dengan pakaian yang bernajis. Lihat Bughyatu al-Tolib: ms. 99. Maka dari apa yang telah disebutkan di atas maka ciri-ciri kumpulan Ahbash ini boleh disimpulkan seperti berikut:
 Bermazhab dengan Mazhab al-Asy’ari yang terkemudian di dalam masalah sifat-sifat Allah yang lebih menghampiri mazhab Jahmiyyah
 Bermazhab Murjiah dan Jahmiyyah di dalam masalah iman
 Berpegang dengan tarekat kesufian yang menyeleweng seperti tarekat al-Rifa’ie dan Naqsyabandiah dan juga aqidah golongan al-batiniyyah.
 Mengkafirkan para ulamak dan umat islam umumnya yang tidak sehaluan dengan mereka.
 Mensahihkan hadis yang lemah atau palsu berdasarkan apa yang selari dengan kumpulan mereka dan melemahkan sebuah hadis yang sahih sekiranya bercanggah dengan kumpulannya.
 Mengaburi masyarakat dengan gelaran ulamak hadis dan sebagainya yang mereka berikan kepada guru mereka al-Harari seperti Al-Allamah al-MuhaddisAntara kitab-kitab yang ditulis oleh Abdullah al-Harari yang disebarkan di Malaysia termasuk di perpustakaan-perpustakaan Universiti tempatan seperti:
• Al-Maqalat al-Sunniyyah fi Kasyfi Dhalalat Ibn Taimiyyah
• Al-Ta’qib al-Hasis• Al-Nahju al-Sawi fi Raddi ‘ala Sayyid Qutub
• Al-Dalil al-Qawim ‘ala Sirat al-Mustaqim
• Bughyatu al-Tolib fi Makrifati ilmi al-Din al-Wajib
• Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah syarh al-Aqidah al-Thohawiyyah
• Kitab al-Maulid al-Nabawiy
• Sorih al-Bayan
• Al-Taufiq al-Rabbani fi Raddi ‘ala Ibn Taimiyyah al-Harrani

Tuesday, January 29, 2008

Soalan dari Switzerland dan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah (Lembaga Fatwa Mesir) Tentang Ahbash


Kami para pelajar di Switzerland - dengan kurniaan dari Allah - kami memelihara solat dan menunaikannya secara berjamaah di dua buah dewan yang diberi oleh pihak Universiti untuk kegunaan penganut agama yang berbagai, termasuk pelajar muslimin, alhamdulillah.

Memandangkan kelas-kelas pengajian berjalan pada hari Jumaat, maka kami semenjak beberapa tahun telah mendirikan solat jumaat di sana dan beberapa orang dari kalangan kami akan bergilir-gilir menyampaikan khutbah dan menjadi Imam. Semenjak hampir satu tahun setengah yang lalu, kami bertemu secara mingguan untuk belajar tajwid dan memahami ayat-ayat dalam surah al-Baqarah, belajar fikeh dan sirah. Dengan pertemuan ini - dengan kurnian dari Allah - memberi kesempatan kepada kami untuk saling berkenalan dan tolong menolong dalam urusan harian, pelajaran dan saling nasihat menasihati.

Kami mendapat tahu ada dikalangan kami orang yang meraguikan Pusat Islam di bandar Lausanne dari kalangan pengikut syeikh Habashi yang namanya Muhammad bin Abdillah al-Harari yang menetap di Lubnan dan pengikutnya dinamakan sebagai al-Ahbash. Kami memdapat maklumat dan membaca tentang pandangan dan pemikiran mereka, kami dapati mereka memeliki penyelewengan-penyelewengan yang bertentangan dengan apa yang telah kami pelajari tentang agama kami yang hanif.

Sehinggalah sekarang ini hanya beberapa meter dari kami, mereka lakukan solat Jumaat bersaingan dengan solat yang kami lakukan semenjak lebih 9 tahun yang lalu. Mereka juga tidak solat bersama kami, kami mendapat tahu juga dari sumber yang boleh dipercayai, mereka di tanah haram Mekah di musim haji memboikot solat jamaah (di masjid al-Haram) dan mereka tidak menunaikan solat melainkan di belakang imam dari kalangan mereka sahaja.

Mereka telah menarik ramai penduduk Lausanne dari kalangan para pelajar dan selainnya. Apabila mereka memperkenalkan orang kepada Islam mereka perkenalkan kepada kumpulan dan pusat (markaz) mereka, bahkan mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hubungan dan rangkaian dengan Universiti al-Azhar. Apabila kami membaca statement Reaktor Universiti al-Azhar yang lalu Dr. 'Umar Hasyim yang menafikan adanya sebarang hubungan dengan golongan Ahbas dan beliau juga memberi peringatan akan merbahayanya pemikiran-pemikiran mereka, golongan Ahbash menafikannya dan mendakwa statement itu palsu. Mereka sentiasa mempnyai hubungan dengan pihak berkuasa Switzerland, mereka menghimpunkan orang ramai dan bersikap angkuh sambil mendakwa Universiti al-Azhar memberi sokongan dan bantuan kepada kerja-kerja mereka.

Berdasarkan ini, kami memohon daripada pihak tuan (Dar al-Ifta' al-Misriyah) memberi fatwa kepada kami tentang jemaah ini (Ahbash):

Apakah dicadangkan untuk mengikut kumpulan ini dan membaca kitab-kitab syeikh mereka atau sepatutnya memboikot jamaah ini dan menasihati ahli-ahlinya untuk keluar darinya.
Sesungguhnya kami benar-benar memerlukan penjelasan dalam perkara ini, sehingga kami memberanikan diri untuk menulis soalan ini kepada pihak anda disebabkan berita yang kami dengar tentang kemuliaan akhlak anda kelimpahan maklumat yang ada dipihak anda. Kami harap dapat menerima jawapan dari pihak tuan dalam masa terdekat dan kami mengalu-alukan keluarnya satu kenyataan rasmi tentang mereka (Ahbash), dan disiarkan di lamanweb rasmi Dar al-Ifta' atau lamanweb rasmi Universiti al-Azhar di internet, agar golongan Ahbash tidak lagi berani mendakwa sesiapa yang menemui pendustaan mereka.

Bersama risalah ini kami sertakan sama naskah statement Fadhilah Dr. 'Umar Hasyim dan naskah statement dengan bahasa Perancis yang dikeluarkan oleh Markaz (pusat) Ahbash di Lausanne di Switzerland pada bulan yang ke-6 tahun lepas, yang mana mereka mendakwa di dalamnya mereka ada hubungan dengan Universiti al-Azhar.

Potongan Jawapan Dar al-Ifta' al-Misriyyah yang berkaitan dengan Ahbash
Jika yang dinamakan dengan Jemaah Ahbash melakukan seperti apa yang dinisbahkan kepada mereka di dalam soalan, maka mereka adalah satu jemaah yang Sesat yang telah melakukan perkara yang dilarang didalam Syara'. Wajib menjauhi mereka dan tidak mengadakan sebarang ikatan dengan mereka.

Tidak ada juga sebarang hubungan antara Jemaah ini (Ahbash) dengan al-Azhar al-Syarif, dan tidak pernah keluar dari kami sebarang urusan dengan kumpulan Ahbash ini. Tidak ada dari pihak Universiti al-Azhar al-Syarif, tidak ada juga dari pihak Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah, tidak ada juga dari pihak Dar al-Ifta' al-Misriyyah, tidak ada juga dari pihak Kementerian Wakaf Mesir.

Penipuan ke atas institusi-institusi seumpama ini, untuk memberi gambaran yang meragukan, adalah perkara yang merobek (mencacatkan) maruah diri yang sepatutnya dijauhi oleh seorang Muslim terutamanya penuntut ilmu. wallahu swt a'lam.

Monday, January 28, 2008

Zamihan Mat Zinpen AHBASH???

Zamihan al-Ghari membela Abdullah al-Harari al-Habasyi...

Pen. Pengarah ILIM, Bangi Zamihan al-Ghari berhujjah menggunakan bahan Ahbash !?

Saya agak terkejut apabila mendapati Zamihan Mat Zinpen al-Ghari, Pen. Pengarah ILIM, Bangi, di dalam blognya mengambil bahan dari lamanweb Ahbash yang telah difatwakan SESAT oleh sekian banyak ulama antarabangsa. Sila lihat screenshoot dibawah ini:

Bahan dawnload yang ada di dalam blog Pen. Pengarah ILIM ini adalah bahan dari lamanweb kumpulan Ahbash. Lamanweb tersebut tidak menyembunyikan indentiti mereka, secara jelas logo Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai Ahbash ada di muka utama laman darulfatwa.org.au tersebut. Sememangnya laman darulfatwa.org.au adalah laman rasmi kumpulan Ahbash.

Persoalannya: Apakah hubungan Pen. Pengarah ILIM, Bangi, Zamihan Mat Zinpen dengan Ahbash? Apakah beliau hanya mengambil bahan tanpa ada sebarang kaitan dengan kumpulan Militan dan Ekstrim Ahbash? atau, apakah sememangnya beliau ada kaitan dengan Ahbash yang telah difatwakan sesat oleh sekelian ramai para ulama antarabangsa? Siapakah pula dalang disebalik usaha meluaskan pengaruh Ahbash di Malaysia?


Kita harap pihak berwajib melakukan siasatan selanjutnya... Bahan-bahan yang kita usaha dedahkan di dalam blog ini rasanya sudah cukup menunjukkan kemerbahayaan kumpulan Militan dan Ekstrim yang dikenali sebagai Ahbash ini.

Friday, January 25, 2008

Kementerian Wakaf Mesir- Dr Fikri Ismail mengulas tentang AHBASH

Dr. Fikri Ismail wakil kementerian Wakaf Mesir bahagian Dakwah berkata:

Tidak pernah lagi sepanjang sejarah di dalam ahli sunnah wal jamaah mereka berbeza di dalam masalah Aqidah. Dan tidak pernah berlaku juga mereka mengkafirkan salah seorang dari ulamak yang dikenali kerana ketaqwaan, kewarakan, keluasan ilmu dan keikhlasan mereka kepada agama sama ada di dalam atau di luar Lubnan.

Dan untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya di dalam menyebarkan fitnah di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak. Dan pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulamak besar ahli sunnah wal jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir.

Sesungguhnya al-Habasyi mengkafirkan ulamak besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutub, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulamak Lubnan yang mereka kafirkan Hassan Khalid, Subhi Soleh, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif. Tetapi persoalannya kenapa mereka menyerang ulamak besar yang mereka ini dii’tiraf dengan keilmuan di sepanjang sejarah ahli sunnah wal Jamaah baik dalam aqidah dan pemikiran?

Sebabnya iri hati dan hasad dengki dan suka untuk menonjolkan diri dengan menganggap sebagai ulamak besar. Maka al-Habasyi dari satu sudut seorang ta’asub kepada bangsa lalu dia ini membenci orang arab, dari sudut yang lain pula dia ini secara batinnya berhasad dengki dengan ahli sunnah. Walaupun dia ini mendakwa ahli sunnah tetapi dakwaan ini memerlukan kepada dalil atau bukti. Dan tidak ada maklumat yang kukuh yang menyatakan apakah tujuan sebenar disebalik kedatangannya ke Lubnan dan menghimpunkan orang-orang yang jahil di sekelilingnya…(sumber: abusyuaib.blogspot.com)
 

© Free blogger template 3 columns