Sunday, May 17, 2009

Laporan Akhbar al-Watan tentang kematian al-Harari: Abdullah al-Harari, Individu yang penuh dengan kontroversi


Terjemahan berita:

"Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harariy, Pengasas dan Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal dunia di Lubnan ketika umurnya 98 tahun. Kematian al-Harari tidak menghentikan perdebatan tentang keperibadiannya dan tentang kemunculan gerakan al-Ahbash ini yang dinamakan sebagai Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiah al-Islamiah. Al-Harari (Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M, seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab sebelum menetap di Lubnan pada tahun 1950M, beliau sering mengkafirkan para ulama umat Islam." (Akhbar al-Watan: Rabu 3 Ramadhan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil. 2896 tahun kelapan)




Saturday, May 16, 2009

Fatwa Mufti Mesir Dr. Ali Jumaah tentang kesesatan Ahbash

Anak-anak didik Ahbash di Malaysia sekarang ini sudah kehilangan dahan utk bergayut atau sudah ketiadaan tempat utk berteduh... lalu dalam salah satu blog, mereka mengada-adakan cerita kononnya Mufti Mesir al-Syeikh Dr. Aliy Jumaah memuji Abdullah al-Harari... Baik sekarang kita bongkarkan fatwa Mufti Mesir al-Syeikh Aliy Jumaat tentang kesesatan kumpulan Ahbash dan ketuanya Abdullah al-Harari beserta dengan bukti bertulis di bawah ini:




 

© Free blogger template 3 columns