Saturday, February 23, 2008
Wednesday, February 20, 2008
Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (4)
1. Mereka hendak popular di siaran-siaran television atas namaku dan aku sama sekali tidak akan memberi peluang kepada mereka. bahkan aku katakan kepada mereka: "matilah kamu dengan kemarahanmu itu."
2. Mereka akan berkata kepada orang-orang yang sangsikan mereka: "Lihatlah kami telah berdebat dengan al-Qaradhawi."
3. Kebanyakan perkara yang mereka hendak berdebat dengan ku itu adalah perkara yang berkaitan persoalan-persoalan di dalam buku-buku ku. Perkara ini tidak perlu kepada perdebatan, bahkan memadai dijawab penulisan buku dengan buku yang seumpamanya jika mereka mampu.
4. Perdebatan sepatutnya terjadi diantara yang setanding, sedangkan mereka (golongan Ahbash) bukanlah setanding dengan-ku, tidak dari sudut usia, tidak juga dari sudut hasil ilmu. Barangkali aku akan menerima berdebat dengan mereka kalau aku melihat adanya faedah. Aku juga boleh memanggil mereka berdebat jika aku mahu dengan murid ku yang paling kecil, dan murid ku itu mampu - dengan bantuan daripada ALlah - untuk mematahkan hujah mereka dengan sekali pukulan sahaja.
5. Aku telah cuba dengan cara perdebatan, akan tetapi aku tidak mendapatinya bermanfaat, aku telah cuba dengan golongan sekularis, dan kami memenangi ke atas mereka alhamdulillah, akan tetapi mereka (golongan sekularis) tidak berganjak juga dengan pendirian mereka.
6. Aku akan berdebat dengan mereka (golongan Ahbash) dengan cara lain, iaitu dengan pena bukan dengan lisan, kerana itu aku menulis lembaran-lembaran ini, aku akan bongkarkan kejahilan murakkab mereka dan aku akan jelaskan pembohongan mereka. Aku hanya mengatakan seperti perkataan Nabi Syuaib: "Aku tidak bermaksud melainkan untuk pembaikan selama aku masih mampu, dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah, hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadanya aku kembali."
Tuesday, February 19, 2008
Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (3)
Sebahagian saudara-saudaraku dari kalangan ahli ilmu telah membaca surat yang mereka (Ahbash) hantarkan kepada al-Jazirah untuk memohon diadakan perdebatan tersebut, lalu mereka ceritakan setiap perkara (isi kandungan surat tersebut) termasuk penghinaan mereka, termasuk tuduhan mereka (Ahbash) yang mengatakan bahawasanya aku (al-Qaradhawi) telah terkeluar dari agama yang hanif ini, aku berlindung dengan Allah (dari tuduhan tersebut). Lalu saudara-saudaraku mengharapkan aku menjawab tuduhan-tuduhan tersebut yang mereka himpunkan di dalam surat tersebut yang berupa perkara-perkara utama kepada tuduhan dan kecaman mereka. Disebabkan harapan daripada saudara-saudara ku, aku menerima untuk menulis jawapan ini untuk mengendurkan kesamaran, menyatakan kebenaran dan melenyapkan kebatilan walaupun orang-orang yang berdosa tidak menyukainya.
Yang mengejutkan, mereka ini (Ahbash) menyibukkan diri mereka untuk mengganggu rancangan-rancangan ku di television dengan kecaman-kecaman dan pembohongan-pembohongan, sepertimana yang berlaku dalam program al-Syari'ah wa al-Hayah di siaran al-Jazirah dan program Syu'bu al-Imam di siaran satelit Qatar. Aku menghadapi adab buruk mereka dengan kelembutan, tidak mahu menjawab dan berpaling dari mereka seperti yang di firmankan oleh Allah swt: "(dan (orang-orang beriman itu) apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpalig daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amalan-amalan kami dan bagimu amalan-amalanmu, kesejahteraan ke atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil." (al-Qasas: 55)
Akan tetapi perbuatan mereka itu melampau dan berterusan, mereka bertambah agresif dan mereka menyangkakann kelembutan itu berupakan kelemahan, dan demi Allah ianya bukanlah kelemahan, akan tetapi aku tidak mahu menyempitkan/mensia-siakan waktu dan tumpuanku untuk menyemarakkan api perselisihan diantara umat Islam. Sedang mereka (Ahbash) paling fakir dari mahukan kesatuan dan keharmonian. Akan tetapi disebabkan mereka melampaui batas dan berterusan dan menyerang dengan cara yang batil, ia membuatkan aku menjawab tuduhan-tuduhan mereka , sedang perkara ini seperti aku nyatakan ianya tidak aku sukai, akan tetapi sepertimana firman Allah: "Telah difardhukan ke atas kamu semua peperangan sedangkan ianya tidak disukai olehmu, barangkali kamu tidak mengukai sesuatu sedangkan ianya baik untukmu dan barangkali kamu sukakan sesuatu sedangkan ianya tidak baik untukmu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini Wahhabi dan taasub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu, dalam masa yang sama ikhwah al-Wahabiyyun atau al-Salafiyyun mengedarkan beberapa edaran yang menyerangku di Jeddah, Riyadh dan lain-lain bandar di Saudi. Aku bukanlah hamba kepada seseorang melainkan kepada Allah semata-mata, aku tidak mengambil melainkan daripada al-Kitab dan al-Sunnah, dan aku sayangkan semua ulama yang mendalam ilmunya, akan tetapi aku tidak mensucikan mereka dan tidak mendakwa mereka memiliki ismah atau bersifat maksum.
Monday, February 18, 2008
Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (2)
Sambungan dari (1)
Aku ingin memohon maaf dari saudara-saudara kita ahli Habashah yang lain dan kepada penghulu ahli Habashah Sayyidina Bilal r.a. Mereka (golongan Ahbash) telah merosakkan nama Habashah dan al-Ahbash yang sebenarnya. Mereka (golongan Ahbash) bukanlah dari ahli Habashah yang baik sedikitpun, mereka ahli Habashah berlepas diri dari kesalahan-kesalahan golongan Ahbash - yang telah membawa nama mereka secara salah - seperti berlepas dirinya serigala (dalam kisah saudara-saudara Nabi Yusuf) dari darah anak Nabi Ya'kub. Mereka (golongan Ahbash) sejauh-jauh manusia dari adab dan akhlak Bilal r.a.
Sesungguhnya, pada awalnya aku tawaqquf dari menyebut tentang mereka, dan aku tidak membenarkan setiap perkara yang aku dengar tentang mereka, aku juga menahan lidah dan pena-ku dari menyebut tentang mereka, aku tidak menyentuh mereka walau dalam satu kalimat. Sehinggalah jelas kepadaku kebenaran dan (seperti) jelasnya subuh bagi orang yang memiliki dua mata, dan tuduhan-tuduhan terhadap mereka diketahui dimerata tempat, maka tidak wajar aku senyap. lalu aku sentuh tentang mereka dalam beberapa kitabku yang kemudian dengan cara yang lembut dan aku kritik mereka dengan kritikan yang ringan. Aku juga menjawab dalam beberapa seminar kepada orang yang bertanya tentang sebahagian pendapat-pendapat mereka yang ganjil seperti pendapat mereka dalam keharusan merokok secara mutlak, keharusan bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan dan selainnya, sebagai menjelaskan kesalahan mereka dalam ijtihad-ijtihad mereka seperti ini, tanpa aku melontarkan tuduhan kafir dan fasiq kepada mereka, kerana cara itu bukanlah jalanku.
Akan tetapi, kritikan yang lembut dan ringan ini, seperti membunuh bagi mereka, menghentam dan menggilakan mereka, mereka datang kesemuanya dan mereka kerahkan pasukan-pasukan berkuda dan berjalan kaki (kiasan mereka kerahkan semua kekuatan mereka) yang berada dalam kelalaian, mereka hendak mengganggu program al-Syari'ah wa al-Hayah di siaran al-Jazirah di Qatar. Mereka juga menghalakan anak-anak panah mereka dari setiap arah. Apabila mereka tidak berjaya, mereka menghantar surat kepada Pengarah al-Jazirah, meminta diadakan perdebatan dengan aku (al-Qaradhawi). Kalaulah aku menerima cara ini, sudah tentu aku akan izinkan sebahagian anak murid kepada anak muridku untuk berdebat dengan mereka. Akan tetapi mereka (golongan Ahbash) terlaku kecil dan terlaku rendah untuk berdebat dengan mereka, mereka tidak memiliki nilai ilmu untuk mengizinkan mereka memasuki nilai perdebatan, walaupun untuk berdebat dengan murid yang paling rendah.
Friday, February 15, 2008
Ringkasan Dari Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi Tentang Kumpulan AHBASH (1)
Golongan Ahbash yang pelampau dan penyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abi al-Hasan al-'Asy'ariy di dalam aqidah, dan mazhab al-Imam al-Syefie di dalam Fiqh, dan mengikut tarikat al-Rifa'iyyah di dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka mereka amat jauh dari manhaj para imam ini kesemuanya samaada dalam pemikiran, adab dan akhlak.
Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lubnan, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah mereka dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belakkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Fatawa al-Muasarah. Cet ke-3 (2003), Dar al-Qalam, Jld 3, ms: 685-686)
Monday, February 11, 2008
Forum dari laman Tranungkite.net tentang Ahbash
Wacana Ilmu: Bahayanya Ahbasy Kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Tarikh: 13 Februari 20088 Feb 2008, 8:15pm, Rabu, 13 Februari 2008
Tempat: Pertubuhan Kebajikan al-Nida'
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail,60000 Kuala Lumpur.
Tektik Kotor Ahbash Terbongkar: Ahbash memalsukan surat penyaksian dari al-Azhar ke atas Syeikh Dimasyqiyyah
Antara isi penting ucapan Syeikh Dimashqiyyah:
- Ahbash memalsukan surat penyaksian dari al-Azhar yang kononnya beliau ada masaalah yang bersangkutan Akhlak ketika belajar di Azhar Lubnan di kuliah al-Syari'ah al-Islamiyyah. Perbuatan mereka memalsukan surat dari al-Azhar ini termasuk dalam perbuatan dosa besar, namun pemalsuan terhadap beliau ini masih kecil jika dibandingkan dengan dosa perbuatan syirik yang menjadi akidah mereka yang mereka sebar dan pertahankannya termasuk meminta pertolongan, memohon diperkenankan hajat dari orang-orang yang telah mati, mengambil berkat dari sebahagian batu dan pokok bahkan mereka juga mengambil berkat dari kahak yang diludah oleh syeikh mereka. Sedangkan Allah berfirman:
- Berkenaan penyaksian palsu, Nabi saw telah bersabda:
- Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Ahbash, mereka benar-benar telah memalsukan surat penyaksian tersebut. Akan tetapi disebabkan ketaasubban mereka, mereka menyangka tidak akan dibongkar perbuatan palsu mereka ini. Perhatikanlah surat asal yang sah tersebut betul-betul yang telah dicetak dari komputer melalui microsoftword, kemudian perhatikan pula surat yang telah dipalsukan dan diubah tarikhnya ke tahun 1972 yang juga dicetak dengan microsoftword, tanyalah kepada Ahbash yang telah melakukan pemalsuan ini, Apakah pada tahun 1972 telah ada program microsoftword???
- Kemudian perhatikan juga kepada tandatangan di dalam surat tersebut, ia benar-benar telah dicetak dan benar-benar sama dengan tandatangan yang ada pada naskah yang asal, dari sudut gerak tandatangan dan kedudukannya. (Surat palsu dari Ahbash -->)Perkara ini tidak mungkin boleh dilakukan sekali lagi oleh orang yang menurunkan tandatangan walaupun ianya dicetak untuk tandatangan itu benar-benar sama pada bentuk yang pertama dari sudut gerak tandatangannya dan kedudukannya sekalipun dia bersungguh-sungguh melakukannya. Ini menguatkan lagi Ahbash sebenarnya telah mengubah kandungan teks, dan mereka mengambil cetakan surat yang asal dengan tandatangan yang asal seperti yang ada lihat pada surat penyaksian yang asal.
Sunday, February 10, 2008
MUFTI HASSAN KHALID
MUFTI LUBNAN YANG DIKAFIRKAN OLEH AL-AHBASH
كانوا يكتبون على جدران الطرق (( لا للمفتي حسن خالد الكافر ، نعم للمفتي نزار الحلبي ))
Mereka menconteng di dinding-dinding dengan kata-kata: KATAKAN TIDAK KEPADA HASSAN KHALID YANG KAFIR dan KATAKAN YA KEPADA MUFTI NIZAR AL-HALABI
Syeikh Hassan Khalid dilahirkan di Lubnan pada 1340 H bersamaan tahun 1921. dilantik menjadi Mufti Lubnan pada 1966. Beliau merupakan ahli di setiap program yang dianjurkan oleh Rabitah Alam Islami, beliau juga ahli di Majmak Buhuth Islami Azhar al-Syarif di Kaherah.
Antara kitab yang ditulis oleh Syeikh:
- الإسلام والتكامل المادي في المجتمع
- أحكام الأحوال الشخصيّة في الشريعة الإسلامية
- أحاديث رمضان
- الزواج بغير المسلمين
- الشهيد في الإسلام
- مسار الدعوة الإسلامية في لبنان خلال القرن الرابع عشر الهجري
- المسلمون في لبنان والحرب الأهلية
- المواريث في الشريعة الإسلامية بالاشتراك مع عدنان نجا
- موقف الإسلام من الوثنية واليهودية و النصرانية.
- كتاب يتضمن البيانات والتصريحات الصادرة عن دار الفتوى خلال الحرب الأهليّة في لبنان .
Kematian Syeikh apabila keretanya terkena letupan bom ketika keretanya melalui kawasan tersebut pada 11 Syawal 1409H bersamaan 16 Mei 1989. Semoga beliau dikurniakan Syahid..Amin
ونسأل الله أن يرحم علماءنا وجميع علماء المسلمين
Wednesday, February 6, 2008
Fatwa Dari Markaz Fatwa laman islamweb.net tentang Ahbash
Monday, February 4, 2008
Kenyataan al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-'Aliy Tentang Ahbash
Sunday, February 3, 2008
Friday, February 1, 2008
Ahbash Mengkafirkan al-Qaradhawi: Al-Qaradawi yang dizalimi
Satu pihak mengkafirkan beliau, manakala satu pihak yang lain pula telah menyesatkan, dan tergamak menggelar beliau sebagai "anjing". Pihak pertama yang mengkafirkan beliau adalah kumpulan Ahbash, manakala pihak yang kedua pula adalah kumpulan Salafi jalur keras. Sudut yang menarik, kedua-dua pihak tersebut saling bermusuhan. Kumpulan Ahbash mengkafirkan puak Salafi secara umum. Puak Salafi jalur keras pula menyesatkan puak Ahbash, namun dalam kes al-Qaradawi mereka bersetuju di antara satu sama lain. Seperkara yang menakutkan ialah kedua-dua kumpulan ini telah sampai di Malaysia. Siapakah mereka?, artikel ini akan cuba mengupasnya.
Al-Qaradawi bukanlah seorang ulama yang asing pada masa kini. Keilmuannya, ketokohannya, malah keunggulan beliau bukanlah sesuatu yang diragui. Sebagai ulama yang menjadi rujukan hampir dalam setiap lapangan ilmu di zaman moden ini, beliau amat diminati dan dikagumi ramai. Beliau amat konsisten di dalam menyikapi isu-isu umat. Selain daripada kesungguhannya untuk menyebarkan dakwah, al-Qaradawi juga terkenal dengan sikap perjuangannya. Kebersamaan beliau dengan umat Islam lewat isu-isu berkaitan umat di peringkat antarabangsa menjadikan beliau amat berbeza dengan ulama-ulama lain di seluruh dunia. Isu Palestin, isu Iraq, isu Afghanistan dan semua isu melibatkan umat merupakan kepedulian beliau.
Di dalam bidang fiqh pula, beliaulah mujadidnya. Di dalam bidang dakwah, beliau juga merupakan seorang pejuang. Di dalam bidang hadis, tulisan-tulisan beliau telah berjaya mempopularkan perjuangan ulama hadis sezamannya. Di dalam bidang politik, beliau merupakan seorang mentor. Pendekata, jika ada yang ingin menamakan "mujaddid" di zaman ini, maka al-Qaradawi merupakan orang yang paling layak untuk gelaran tersebut di dalam abad ini.
Malangnya mujaddid ini telah dikafirkan. Kumpulan ekstrimis Ahbash telah mengkafirkan beliau kerana pegangan agamanya yang sederhana. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap keterbukaannya. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap ilmiah beliau yang sanggup menerima ijtihad ulama sezamannya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan dakwahnya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan aqidahnya yang mengikuti metod para salafusoleh. Beliau dikafirkan oleh kumpulan ini juga kerana manhaj beliau tidak seperti pendirian kumpulan ekstrimis Ahbash yang fanatik mazhab Shafii di dalam fiqh dan ekstrim mazhab ilmu kalam di dalam berakidah.
Kumpulan ekstrimis Ahbash ini berasal dari Lubnan. Kumpulan ini telah diasaskan oleh Abdullah Harari yang berasal dari Habsyah. Beliau telah dihalau keluar dari negerinya kerana fitnah yang telah ditimbulkan olehnya di kalangan ahli masyarakat di sana. Beliau melarikan diri ke Lubnan. Di Lubnan beliau telah merekrut ahli-ahli yang taksub dengannya. Berbekalkan fanatisme kepada mazhab Shafii di dalam fiqh dan juga ekstrimisme di dalam mazhab Abu Hassan al-Asyari di dalam akidah, beliau telah memulakan dakwahnya. Beliau menjadikan "takfir" sebagai senjata utama di dalam mengembangkan dakwah. Segala pendapat yang bertentangan dengan fikrahnya dianggap kafir. Ulama-ulama terkemuka telah beliau kafirkan seumpama Ibnu Taymiyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Beliau juga menjadikan tema mengkafirkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai jalan untuk menghasut orang agar bersetuju dengan fikrahnya. Beliau juga mengkafirkan Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Yusuf al-Qaradawi merupakan di antara mereka yang dikafirkan oleh beliau dan para pengikutnya. Lebih lancang lagi, mereka juga telah mengkafirkan ulama-ulama kontemporari yang lain seperti Said Ramadan al-Buti, Abdul Aziz Bin Baz, Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Mahmud Syaltut, Syed Sabiq dan kebanyakan ulama moden dan juga pemimpin tarekat sederhana seperti Jibril Haddad, tokoh tarekat Naqshabandi zaman ini.
Kumpulan ini telah mengamil langkah menyusup masuk ke adalam jabatan-jabatan agama di Lubnan, Syria dan Jordan. Kementerian Waqaf (agama) di Jordan pada satu waktu dahulu telah dipengaruhi oleh kumpulan ini. Mereka telah menyokong Israel yang ebrdamai dengan rejim al-marhum Raja Hussein demi menempatkan diri mereka di dalam hati pemimpin Jordan. Mereka telah menghantar imam-imam Ahbash untuk menghasut masyarakat agar mengkafirkan sesama Muslim. Bertemakan "memerangi fahaman Wahabi" mereka berakhir dengan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya. Jordan, bertuah, pada akhirnya pengaruh kumpulan ini akhirnya telah berjaya dibendung. Para imam Ahbash akhirnya telah dibuang dari tempat masing-masing. Di Lubnan, mereka akhirnya telah diharamkan selepas peristiwa pembunuhan Rafiq Hariri. Rekod telefon Hariri menunjukkan perbualan terakhir beliau adalah bersama salah seorang pimpinan tertinggi Ahbash. Kumpulan ekstrimis yang dikenali sebagai pro-Syria ini disyaki terlibat di dalam peristiwa pengeboman tersebut. Tidak mustahil juga beliau bersekongkol dengn Syiah di dalam usaha membunuh Hariri yang berketurunan Saudi. Kini, kumpulan ini begitu berpengaruh di Syria.
Kumpulan ini sering menjadikan "fahaman Wahabi" sebagai kambing hitamnya. Sepertimana golongan Syiah juga, slogan anti-Wahabi itu akan berakhir dengan isu takfir. Kumpulan ini juga telah mengkafirkan Muawiyah sahabat Rasulullah SAW seperti golongan Syiah. Di Jordan, kumpulan ini mempunyai sahabat setia mereka yang berkongsi fikrah "takfir", iaitu Hassan al-Saqqaf. Al-Saqqaf terkenal sebagai seorang yang gemar mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama besar yang lain. Seperti Syiah dan Ahbash, beliau juga mengkafirkan Muawiyah bin Abi Sufian, sahabat besar Rasulullah SAW. Kini kumpulan ini mula berkembang di Malaysia.
Mungkin ramai pihak merasa pelik melihat perkembangan terkini Islam di Malaysia. Isu Wahabi bukanlah satu isu yang besar satu waktu dahulu. Malah, Muhammad bin Abdul Wahab telah dianggap sebagai salah seorang mujaddid di kalangan gerakan-gerakan dakwah dan kumpulan Islam di Malaysia. Umat Islam pasca kebangkitan Islam di Malaysia juga amat menghormati adab berbeza pendapat. Malangnya kedatangan pengaruh kumpulan ini ke Malaysia telah mengubah segalanya. Secara tiba-tiba perjuangan "memerangi Wahabi" muncul. Selari dengan usaha AS memerangi keganasan, usaha memerangi "Wahabi" muncul di Malaysia. Sesuatu yang menarik, modus operandinya sama seperti di Jordan. Jika Kementerian Waqaf (agama) telah digunakan di Jordan. Di Malaysia, JAKIM pula sedang diintai untuk mereka tunggangi. Sesetangah jabatan agama negeri juga sedang cuba dipergunakan untuk menjayakan misi Ahbash melalui orang-orang yang telah mereka susupkan ke dalam badan-badan tersebut. Sehingga kini, mereka telah berjaya mempengaruhi beberapa tokoh agama tempatan. Hal ini bukan lagi rahsia.
Kini sudah mula kedengaran di Malaysia suara-suara "takfir". Dr Yusuf al-Qaradawi juga tidak terlepas dari perbuatan keji kumpulan berkenaan. Gejala takfir ini semakin merebak dan amat mengerikan umat Islam di Malaysia. Bertopengkan memerangi "fahaman Wahabi", kumpulan Ahbash terus bergerak subur di Malaysia untuk menimbulkan fitnah.
Di satu sudut yang lain, al-Qaradawi juga telah dikafirkan oleh kumpulan Salafi jalur keras. Kumpulan yang sentiasa menjadikan tulisan-tulisan dan pemikiran-pemikiran Rabi' Madkhali dari Madinah dan Muqbil Hadi dari Yaman juga tidak kurang kelancangannya. Kumpulan ini menolak ulama-ulama selain dari ulama Saudi dan Salafi yang ekstrim. Mereka juga menyesatkan kumpulan-kumpulan dakwah bealirankan gerakan Islam. Mereka juga memerangi pendapat ulama-ulama yang tidak selari dengan pendapat mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk menuduh pihak yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat, ahli bid'ah, zindiq, malah al-Qaradawi telah digelar sebagai "anjing".
Amat malang sekali, kumpulan ini juga mula menular di Malaysia. Mereka telah mengakui bahawa mereka adalah pejuang aliran Salafi yang sebenar. Mereka juga menamakan diri mereka sebagai "Salafi Original". Mereka sanggup untuk menyesatkan aliran salafi yang lebih majoriti kerana tidak bersama kefanatikan mereka di dalam menyesatkan al-Banna, Syed Qutb dan juga al-Qaradawi. Kumpulan ini sanggup menghabiskan waktu mereka untuk menghebohkan kepada rakyat Malaysia bahawa Hassan al-Banna, Syed Qutb dan Yusuf al-Qaradawi sebagai sesat lagi menyesatkan yang lain. Mereka juga sanggup untuk menerbitkan risalah-risalah untuk tujuan tersebut. Di kala kumpulan Ahbash sedang giat memfitnah golongan Salafi dengan mengatakan bahawa kumpulan Salafi adalah kumpulan sesat dan ekstrimis, kumpulan ini seakan mengiyakannya. Mereka bertemu di dalam persoalan ini. Kesimpulannya, al-Qaradawi sekali lagi menjadi mangsa.
Umat Islam di Malaysia kali ini benar-benar diuji. Di kala masyarakat Islam sedang diancam pelbagai isu moral dan kerosakan akidah, dua kumpulan ini muncul. Kemunculan mereka hanya mengeruhkan lagi masa depan Islam yang semakin terhakis di Malaysia. Apakah perlu al-Qaradawi dijemput ke Malaysia untuk merawatinya?
Berita Dari Indon: Libanon Kenakan Dakwaan Terhadap Dua Tersangka Pembunuh Hariri
27/10/2005
Para pejabat Syria telah menolak hasil penyidikan PBB itu, yang menyebut keterlibatan para pejabat tinggi Syria dan Libanon. Rusia yang memiliki hak veto di Dewan Keamanan mengatakan akan menolak sanksi terhadap Syria. Liga Arab dan putra Hariri, Saad juga menyatakan menentang kemungkinan sanksi PBB. (sumber: http://voanews.com/)