Thursday, January 24, 2008

Soalan dari Ukraine di dalam laman islam-online menggambarkan Militan dan Ekstrimnya kumpulam Ahbash di sana

Maksud soalan: "Saya mengharapkan pandangan dari yang berbahagia tuan dalam persoalan berinteraksi dengan sebahagian kumpulan yang telah difatwakan oleh ramai ulama akan kesesatan mereka, yang saya maksudkan ialah kumpulan Ahbash, dimana mereka mempunyai masjid, dan masjid mereka berfungsi seperti masjid Dhirar, mereka mengkafirkan kami dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mengikut al-Harari (Abdullah al-Harari) syeikh mereka. Ramai yang bertanya kepada kami tentang hukum sembahyang di belakang mereka, kerana mereka (golongan Ahbash), mengkafirkan ramai ulama seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Syed Qutb, Syed Sabiq dan selainnya, apatah lagi mereka mendatangkan mudharat kepada umat islam sehingga ke tahap menggunakan Mafia untuk memudharatkan orang islam di Ukraine, mereka juga memomokkan kami kepada media dan menuduh setiap muassasah (institusi) islam sebagai terrorism, dan mereka menjauhkan (menimbulkan masaalah) orang tempatan dengan institusi-institusi ini, apakah yang patut kami lakukan terhadap mereka?

Jawapan oleh Ustaz Dr. Muhammad Mahrus al-Mudarris (أ.د محمد محروس المدرس) - Anggota tetap al-Majma' al-Fiqhi India:

Maksudnya: "Jika demikian seperti yang anda sebutkan, maka menghapiri (berbaik) dengan mereka itu adalah haram dan menyekat perkembangan mereka, menghalang tersebarnya pemikiran-pemikiran mereka adalah wajib, keadaan mereka sama seperti Qadyani dan Bahai dan seumapamanya. Dan Allah menguji hamba-hambanya disetiap masa dengan orang yang membawa kesesatan, sesiapa yang terselamat daripadanya, dia telah berjaya, dan Allah telah melindungi dia, dan Allah mewujudkan ujian untuk memberi balasan kepada orang yang berjaya dengan balasan orang-orang yang sabar dan yang diuji. wallahu a'lam. (sumber: islam-online.net)

No comments: