Monday, September 8, 2008

Berakhirnya perjalanan seorang syekhul fitnah


Dunia Islam seakan-akan merasa tenang sedikit setelah mendengar kematian Abdullah al-Harari yang banyak menimbulkan fitnah kepada masyarakat Islam umumnya dengan fatwa-fatwanya. Kumpulan AHBASH ini sepertimana yang telah dimaklumi mendapat kritikan yang hebat oleh ulamak-ulamak dunia Islam melalui fatwa-fatwa mereka. tetapi pengikut-pengikut mereka yang taksub ini terus-menerus mengangkat Abdullah al-Harari ini dengan berbagai-bagai gelaran seperti al-Muhaddis dan sebagainya untuk mengaburi mata-mata masyarakat awam supaya tidak terpengaruh dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulamak-ulamak dunia Islam.

Perginya insan yang bernama Abdullah al-Harari ini maka hilanglah sebahagian fitnah yang sering ditimbulkan olehnya. Antaranya fitnah TAKFIR, suka mengkafirkan ulamak-ulamak Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. malangnya fikrah TAKFIR ini diwarisi pula oleh anak-anak muridnya yang taksub dengan al-Harari.

Walau bagaimanapun semoga Allah ampunkan kesalahan-kesalahannya, kemungkinan dia tersilap di dalam ijtihadnya. Tetapi adalah menjadi kewajipan untuk kita terangkan kepada masyarakat kesalahan-kesalahan dan fitnah-fitnah yang telah dilakukan kepada masyarakat awam supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan kesesatan yang telah dibuat dan diteruskan oleh pengikut-pengikutnya yang taksub ini, semoga Allah memberikan hidayah kepada pengikut-pengikutnya untuk kembali ke jalan yang benar yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah sesuai dengan kefahaman salaful ummah.

4 comments:

HaRd said...

ko kapirkan org... ko sesatkan org.. ko tnggu je akhirat nnti.. ko bangkit la tok guru mna yg ajar ko kapirkan ahbasy ko dbat la 2 org tgk sape yg kene kapir... ahbasy xpenah sesatkan org.. die hnya mngmbil qaul2 ulamak.. kire ko ni kapir asha'irah jgk la ni?? ko mmg xde aqidah...

Anonymous said...

Di indonesia faham ahbash sudah mengakar di masyaarakat sejak munculnya agama islam di negara ini jauh sebelum ahbash muncul. Karena alhamdulillah yang membawa agama islam di negara kami adalah mereka para ulama' ahlussunnah. Akidah kami muslim di indonesia adalah akidah yang di sampaikan abdullah al harary asysyafi'i.ALLAH ADA TANPA TEMPAT DAN ARAH.

almughni said...

di laman blog ahbash atas nama kebajikan terdapat artikel yang puak ahbash telah mengatakan segolongan ulama besar baik dahulu atau sekarang sebagai sesat. Jadi bukan fitnah atau pembohongan kerana terdapat jelas dilaman blog ahbash.Tak tau lah sekiranya ahbash mahu menafikan lagi?

Anonymous said...

الاحباس انصار العقيدة اهل السنة
Syeih al hafidz abdullaoh al harari telah meninggalkan kami. Namum manhajnya masih utuh di dalam dada kami. di jaga oleh hujjah - hujjah qooti'ah. saya katakan bahwasannya Al mujassimah alwahhabiyah kafir bila hilafin. Wa hum laysuu min ahlissunnah bal hum ahlul bid'ah wal kafarah. Na'udzubillah.