Soalan:
Al-AHBASH iaitu mereka yang mempunyai Imam di Beirut Abdullah al-Harari, dia berkata kat masjid mereka solat dibelakang wahabi Haram dan sesungguhnya Imam Ibn Taimiyyah KAFIR.
Jawapan Dr. al-Bouti:
"Solat dibelakang Wahabi tidak HARAM dan mereka yang mengikutnya makmum dalam solat sah. Dan tidak boleh seseorang mengkafirkan muslim yang mana kita tidak mengetahui ketika matinya adakah ia mati Kafir. Dan tidak seorang pun yang tahu Adakah Imam Ibn Taimiyyah ketika matinya telah murtad dan mati Kafir.
Berkenaan kumpulan yang ditanya kepada saya ini (AHBASH), mereka ini mengkafirkan ramai orang Islam. Mereka mengkafirkan Mutawalli Sya'rawi dan al-Qaradhawi juga, mengkafirkan aku sendiri (al-Bouti)".
س: سمعت أن الأحباش قد كفرَّوك فهل رددت عليهم؟ (فهم يعلنون أنهم أشاعرة العقيدة وشافعيو الفقه ورفاعيو الطريقة) وكيف يردُّ عليهم أهل السنة فإنهم يثيرون الفتنة هنا وهم يرفعون شعار التكفير على المسلمين؟ج: إنهم لم يكفروني أنا وحدي، بل كفروا - فيما أعلم - من هم خير مني، مثل المتولي الشعراوي، وابن تيمية، والشيخ القرضاوي وكثيرين. وأنا أسأل الله تعالى أن يقيني الفتن كلها ما ظهر منها وما بطن، ولاسيما فتنة الكفر، وأن يختم حياتي بأحب الأعمال إليه حتى ألقاه وهو عني راضٍ.
Soalan:
Saya mendengar (orang yang bertanya) AHBASH telah mengkafirkan anda, adakah anda telah menjawabnya? mereka ini mendakwa beraqidah al-Asyaerah, berfiqh Syafie, dan bertariqat Rifaie. Bagaimanakah ahli sunnah menjawab kumpulan mereka ini. mereka menyebarkan fitnah dan mengangkat syiar TAKFIR orang Islam.
Jawapan Dr. al-Bouti: Mereka ini tidak hanya mengkafirkan aku, bahkan yang aku tahu mereka mengkafirkan orang yang jauh lebih baik dariku, seperti Mutawwali Sya'rawi, Ibn Taimiyyah, dan Syeikh al Qaradhawi , dan ramai lagi....." (sumber:abusyuaib.blogspot.com)
Sumber asal: http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3889aaea9fa90a49d08a8a9f64&id=459
3 comments:
sumber asal tak dapat di akses, mohon dapat kan semula, takut orang pertikaikan. tak percaya, atau tuduh ubah kalam ulama
sumber asal down, setelah kematian al-bouti
mohon sesiapa yang ada petikan sumber asal agar berkongsi di sini.
Post a Comment