Saya agak terkejut apabila mendapati Zamihan Mat Zinpen al-Ghari, Pen. Pengarah ILIM, Bangi, di dalam blognya mengambil bahan dari lamanweb Ahbash yang telah difatwakan SESAT oleh sekian banyak ulama antarabangsa. Sila lihat screenshoot dibawah ini:
Bahan dawnload yang ada di dalam blog Pen. Pengarah ILIM ini adalah bahan dari lamanweb kumpulan Ahbash. Lamanweb tersebut tidak menyembunyikan indentiti mereka, secara jelas logo Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai Ahbash ada di muka utama laman darulfatwa.org.au tersebut. Sememangnya laman darulfatwa.org.au adalah laman rasmi kumpulan Ahbash.
Persoalannya: Apakah hubungan Pen. Pengarah ILIM, Bangi, Zamihan Mat Zinpen dengan Ahbash? Apakah beliau hanya mengambil bahan tanpa ada sebarang kaitan dengan kumpulan Militan dan Ekstrim Ahbash? atau, apakah sememangnya beliau ada kaitan dengan Ahbash yang telah difatwakan sesat oleh sekelian ramai para ulama antarabangsa? Siapakah pula dalang disebalik usaha meluaskan pengaruh Ahbash di Malaysia?
Kita harap pihak berwajib melakukan siasatan selanjutnya... Bahan-bahan yang kita usaha dedahkan di dalam blog ini rasanya sudah cukup menunjukkan kemerbahayaan kumpulan Militan dan Ekstrim yang dikenali sebagai Ahbash ini.
1 comment:
benarkah ulama al azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa ibn taymiyah terkeluar dari ahli sunnah waljamaah harap di bongkar keran isu ini telah dikeluarkan disebuah laman blog yang mendakwa beribu ulama alazhar menyatakan pendirian mereka tentang pekara tersebut harap bongkar
Post a Comment